Wednesday, August 20, 2008

Ku Berlari Jauhku Pergi

Macam-macam message aku terima dari posting yang sebelum ni. Ada komen membina, ada komen membinasa, ada komen sentap dan sebagainya. Apa pun, that's what we call asam garam kehidupan.Minggu lepas rasanya macam dapat perkhabaran yang gembira. Taktau la nak percaya ke tidak, tapi apa yang boleh dibuat sekarang adalah mencari tempat baru untuk posting. Kat Kementerian ni dah tak banyak, dengarnya ada 6 je. Harapnya dapat la tertendang keluar dari Ministry of Hell ni sebelum Rumah Agam idaman CityGirl tertegak sebagaimana yang dicita-citakan. Kalau betul bagai dikata, Alhamdulillah. Naik lagi gaji aku nampaknya. (isk...ni menuntut dari KuPah yang sangat pandai bila masuk bab mengira gaji ni)


Hajat di hati, teringin nak membawa diri ke daerah asing. Nak mencuba pula keadaan bekerja di sana. Tengok keadaan kawan-kawan dari Semenanjung mencari rezeki di sana nampak macam best je. Why shouldn't I try? Dengan ringan jari jemari ni mendail sahabatku di Agensi Pusat, Mior, bertanyakan mengenai PINA (Program Integrasi Nasional) yang menghantar pegawai-pegawai Persekutuan dari Semenanjung untuk berkhidmat di Sabah atau Sarawak selama 2 tahun. Macam menarik.

Tapi, tu la kan, kata rang tua;

Apa dilihat padi seberang,
Entahkan jadi entahkan tidak,
Apa diharap kasihnya orang,
Entahkan sudi entahkan tidak...

Rata-rata orang, (termasuk aku la kot), beranggapan daerah asing tu sebagai satu tempat yang memang asing. Bila dihantar bertugas kat sana, macam macam ayat auta diberikan. Mak sakit, bapak sakit, bini sakit, anak sakit. Tapi, selagi mana kita tak cuba, kita takkan tau macam mana keseronokkannya. Berdasarkan kunjungan aku ke kedua-dua buah daerah asing beberapa minggu kebelakangan ni, rasanya elok juga aku mencuba. Tak salah kan?

Aku tanya jugak pendapat handai taulan berkenaan hasrat aku yang nampak macam nak bawak diri (well..it all happened long time ago), majoritinya memberi sokongan.

"Koman-koman kitorang pegi sana ada gak tempat lojing free"

Hiks...konsep sama ngan aku waktu ke Miri tahun lepas. Mahligai Tepak Sireh menjadi tempat persinggahanku untuk percutian ala-ala bajet tu kononnya. After all, seronok menumpang umah orang ni pasal tak perlu kalut nak check out pukul 12 tengahari. Buatnya flight lewat, tak ke kena extend stay? Duit lagi!

Apa pun, biarlah masa menentukan. Tunggu je ujung tahun ni bila permohonan untuk PINA dibuka. Ada rezeki, ada. Takde rezeki, takde. Yang penting dah mencuba. Tapi, harapan tu mesti la kita letak. Tak gitu?

p.s: Posting ni takde kaitan dengan sesiapa pun. Hajat Fendiosman ni dah timbul sejak awal tahun lagi. Penerangan ni diberikan bagi mengelakkan masyarakat Malaya yang sangat prihatin ini suka sangat membuat speku yang sungguh mengaibkan. Wallahua'alam

18 comments:

swit@kon said...

wah...encik TAYO da naik ke next tangga iaitu empat lapan eh?

alhamdulillah..gud for ya!

tapi...kat daerah asing takde kotak ijau...

Adi Osman said...

blom lagi.

tunggu je la, ada rejekinya ada...kalau takde, takde la kot!

apa pun...biarlah masa yang menentukan. dengan ijin Yang Maha Kuasa

@rep said...

borneo is not bad la u. y not giv try. after all it just for 2 yrs.

phachat said...

EN. YAH,

Hmm... moga mendapat apa yg dihajati. Wa yg dh sah2 tercampak ni sangat respek sama lu!!!

orangrawa said...

Bagus tu....bak kat orang jauh berjalan luas pemandangan...betambah pengalaman.

m|ss angger|k said...

walopun kau merantau jauh, choc rice ku tetap mengikutii.. wahahha, buleh ke? pergerakan keluar sbb 48 ke ape? ke mohon biasa je?

Hambali ® said...

woh
nak p sekali la
aku naaaakkkkkkkkkk sangat keja di sabah/sarawak
tadak rezeki p sana pun sekali

X-weatherman said...

Hmm..betulkah cerita itu atau ianya hanya dengengan semata? Enche Ma'theory' pun berkata perkara yang sama.Harapnya janganlah hanya teori sahaja..

Di tempat aku pun takde post yang berkaitan..so sekarang nie kami sedang mencari tempat menapak yang baru pulak laa..harapnya janganlaa di Agensi Pusat iteww..

Aku pun nak mencoba berkhidmat di seberang especially di kampung halaman bini aku..memang best sebenarnya keja kat 'daerah asing' nie, dah laa dapat elaun tambahan yang mungkin akan menyebabkan ko tuka keta baru. Atau mungkin bertemu jodoh di sana.. (org gomen, tinggi nilainya di sana)

Cuma cabaran kerja mungkin berbeza..yang tu kena rasa dulu laa baru tau..

Nway, aku sokong apa sahaja yang akan ko buat wahai kawan. Kerana hanya ko sahaja yang tahu apa yang terbaik untuk dirimu..

wahh..penuh ekspresi..

Mamak!! Ekspresso tarik satu!!!

Adi Osman said...

AREP

aku pun rasa camtu. tunggu dan lihat apa seterusnya.


BONDAPHACHAT

ya....kau pun mangsa campak kan? hmmmm tapi aku rasa kalau campak kat tanjung tu best per! err....agaknya kau dah terbiasa outing ke PWTC semua, mesti selesa kat kelumpo dak?


ORANG RAWA

ya btol tu, jauh perjalanan luas pandangan.


MIMI

48 lambat lagi la. tunggu la kalau surat keluar. ada rejeki, ada....

tapi kalau takde, takkan hak gegar depa suruh naikkan kita? after all, kenaikan pangkat bukan hak, it's reward from the gomen, and rezeki from Allah.


YUSMAN

apa lagi, apply la!


XWEATHERMAN

tinggi ek?
err tak pernah tau lak aku. musti kau jadi menantu kesayangan kan?

MOLY said...

kalau ada rezeki .. insya-Allah .. mungkin apa yg diimpikan akan tercapai ..

lagi2 kalau naik gaji ...
karaoke ramai2 laa dulu jawabnya !!!

hehehe
:D

Adi Osman said...

LILYlulu

aminnnn


tapi kalau buatnye dapat ke daerah asing tu, cmane nak keraoke?

cacah said...

all the best to u en.fendi.
lagu memang best. saya akan bukak blog ni sepanjang waktu kerja. hehe. :)

Baiti Mustafa said...

kuching best per??....happening waat...

-dr aku orang semenanjung yang dah serupa orang borneo jua-

Rush Murad said...

cepatnya naik pangkat!!!! nak tukar kerja gomen lerrrr.... meh sini, tukar kerja di Miri ni, bertambah sahabat+blogger... dan pastinya Wan dah ada kaki nak pi karaoke selalu... wish u all the best!

seronok apa kerja di Borneo nih... memacam suku bangsa dapat kita kenal....boleh tukar2 selera...ooppsss terlebih sudah!

phachat said...

cissss..... sempat SP aku lagi tuh!!!


*kitalah put-ry harapan bangsa...

Faisal Admar said...

this is my first time singgah sini.

harap-harap dapat lah hendaknye bertukar ke borneo :)

teringin nak gi sane tapi tak sampai-sampai lagik :)

Wanpetunjuk said...

Salam bang....dah tib masa berpindah...nak Sabah ke Sarawak...terus terang bang, kerja kat Sabah @ Sarawak lebih seronok *wink*...jauh dari hiruk pikuk manuasi yang suka berlakon mcm kat bandar besar tuh *opssss....bukan semua lah...

datnglah sementara kami semua masih disini....sampai 2010 jea nih...at least ada gak teman kan...kan...

sedih ke housemate dah takde...yang patang akan tumbuh berganti walaupun yang berganti takkan sama dengan yang patah.....

Tabahkan hati mu bang!!!

Aja2 Fighting!!!!!!

Selamat berhujung minggu!!!!

perantau.tt said...

bro, kalau betul nak join pina tu,, aku advise kan ko konfemkan dulu post baru ko tu..baru ko join pina. kalau tak haru biru nanti... jgn dah terhantuk baru nak terngadah...