Selesai sudah di KK, perjalanan aku diteruskan ke sebuah lagi destinasi asing buatku. Ke mana ek? Haaa...ni gambar yang sempat aku capture dari tingkap pesawat yang membawaku ke sana. Sekejap sangat, setengah jam selepas take-off, dah nak landing. Isk....pi mana taktau?Yaaaa....
Tuan-tuan dan puan-puan, Selamat Datang ke Lapangan Terbang Labuan, bagi tujuan keselamatan, sila pastikan anda berada di tempat duduk sehingga tanda isyarat pasangkan tali keledar dipadamkan dan pintu pesawat dibuka;
Alhamdulillah, aku jejakkan kaki juga ke Labuan. Dari Lapangan Terbang, terus aku menuju ke tempat penginapan aku di Dorsett, berhampiran dengan tempat tugasanku yang seterusnya, Ujana Kewangan. Seberang jalan je dah sampai. Tak perlu teksi.
Sebaik saja aku buka tingkap, perrrghhhh.....cantik sungguh pemandangan suasana pelabuhan Labuan. Harga yang ditawarkan amatlah berpatutan. RM170 sehari semalam penginapan. Untuk sahabat di Labuan, Cikgu D, terima kasih atas hospitality yang diberikan. Appreciate that very much.Untuk Ketua Imigresen Labuan, Pok Dey, I oso want to thank you for the assistance given. Walaupun kau takde di Labuan, tapi staf-staf kau amat membantu, especially Encik Zainal.
Untuk Ketua Sektor Khidmat Pengurusan, Jabatan Pelajaran Labuan, Puan Syidot, terima kasih jugak sebab bawak aku memusing2 di Labuan yang kukatakan bagaikan tanah sekangkang kera itu. Kira tengok dari udara nampak cam kecik je, tapi ekceli aku rasa macam best je kalau dok tempat2 camtu. Opis dari tingkat 10 Ujana Kewangan cukup untuk menyebabkan aku sentap dan makan hati! Alangkah bahagia kalau di Putrajaya pun begitu.
Hariku bermula dengan sarapan di Victoria Bressarie, terus aku melangkah ke Pejabat Imigresen Labuan untuk sesi temuduga. Calon 6 orang saje, yang datang 4. Mrasa la aku lunyaikan dengan sesi yang agak panjang untuk seorang calon. Tapi sebab 4, 2 jam dah abis....
Err...kat sini walaupun calonnya sikit tapi rasanya macam susah nak pilih, sebab keempat-empat calon mempunyai keistimewaan tersendiri. Bergantung kepada pihak berkuasa melantik untuk memilih.
Untuk mengisi masa lapang yang ada di tempat asing ini, aku pusing2 sekejap dengan Ketua Sektor (mengulau ekkkkk?) ke tempat yang paling aku nak tengok kalau jejakkan kaki di sini, tidak lain tidak bukan, War Memorial. Kubur tentera British sewaktu zaman perang Jepun dulu.
Tempatnya cantik dan terpelihara. Lain-lain tempat aku takde la pegi, macam Chimney tu, akuarium tu. Tah hapa-hapa lagi, memang tak pegi. Sebab aku merayau ke kedai kain membeli beberapa helai sutera untuk Mama dan insan-insan yang berjaya aku hasut untuk mengirimkan kain. Ala Pah..takat gaji masuk 12K tu, 2 ratus apa la sangat dak? Hiks
Dan kopak jugaklah bila bil membeli coklat mencecah 2 ratus. Wahhhh....pitam!Hmmm....masa makin menginjak ke petang, tibalah masa untuk berangkat pulang. Overall, untuk ketenangan, Labuan ni tempat yang sesuai untuk dikunjungi. Aku cuba bayangkan zaman tahun 70-an dulu, sewaktu Arwah Baba dipostingkan ke TUDM Labuan. Apa yang ada waktu tu ek?
Harapnya satu hari nanti, dapat aku kembali ke daerah asing ini lagi. Ujung minggu depan ke mana pulak? Jeng jeng jeng....tunggu!
7 comments:
yey...aku orang pertama nak nganto..hehehee..
merasa gak nyah g labuan ek..ngulor ngan ketua sektor katanya...
bahaya statement nie...
wah...best!dah lama berangan nak g labuan sbb italian silk kat sana murah2...
encik TAYO...nak ceklat!
:D
huh ngkauuuuuu
Aku jadi panel kat putrajaya jek... kesian nak tinggal kanak2 ribena aku tuh
next post mungkin citer pasal rokiah dan bree??
mungkin??
mungkinkahhhhh??
fendi, best nye ko.. kalau aku jadi panel.. sah2 soalan2 aku.. you ade blog? ape add? dan2 aku baca dan buat evaluation dari sudut kreativiti dan idea serta penialain dari sudut kemungkinan gaya2 pekerja yang kurang buat keje sebab selalu sgt update blog.. heheh
AYUNIE
hehehe...memang bahaya statement tu!
kang orang2 skim itu nampak memang kena hanjeng la kita!
SWIT@KON
yaaa...italian silk memang murah. dan incik fendiosman berjaya membawa balik beberapa helai untuk bondanya.
ANGAH
aku dah perasan nama kau kat jadual. putrajaya untuk EO N27 kan?
KHAI
nanti la bila aku rasakan sesuai. skang ni malu la nak ceritakan benda2 tu. Hehehe....
AZRAL
aku tak sampai hati nak tanya soalan tu, takut depa nanges....
wahahah...
dapat kain lagi aku... baguih anakku ini...
~BONDA~
Post a Comment