Selesai sudah 2 hari aku berkampung di daerah asing ini. Daerah mana tatau? Jeng jeng jeng...mrasa la aku jalan ke Kota Kinabalu lagi. Hajat di hati nak mintak ke Kedah atau Penang, skali dah penuh la pulak. KK pun KK lah...dapat gak aku lari-lari membeli belah barang seketika. Tapi aku takmau la cerita pasal jalan-jalanku ke sana, nanti orang kata aku perabih duit gomen lak.
2 hari jugaklah aku bersua muka dengan calon-calon yang menaruh harapan yang tinggi untuk bekerja dengan kerajaan. Dari tinjauan yang aku buat sewaktu temuduga, calon-calon yang hadir nak menyertai perkhidmatan awam oleh sebab masa depan yang lebih terjamin jika dibandingkan dengan sektor swasta.
Cerita temuduga ni bermula pada hari Isnin pagi. Aku bangun seawal jam 5.30 untuk bersiap. Mengikut surat panggilan, tempat temuduga yang dilampirkan adalah di Ibu Pejabat Bomba Sabah, berhampiran dengan Likas. Merasa la aku menerjah KB Bomba yang menjaga hal ehwal bomba di seluruh negara ni untuk bertanyakan tempat temuduga tersebut. Jam 7 pagi aku dah sampai, dengan perasaan yang hairan, sebab orang takde langsung. Selalu kat tempat temuduga ni calon-calom akan sampai awal untuk mendapatkan giliran yang awal untuk ditemuduga.
Dengan penuh kebingungan aku bertanya kepada pegawai yang bertugas di Bomba mengenai tempat temuduga tersebut. Jam 7.45 aku diberitahu tempat sebenar adalah di Mini Putrajaya, bersebelahan denga UMS. Grrrr...................pagi lagi dah bagi aku menyirap. Dengan teksi takde kat situ, nak ke tempat temuduga yang telah dialihkan. Aku tanya kepada SPA Sabah, SPA kata JPA punya kerja. Isk.......dengan muka yang tebal, aku minta pertolongan dari anggota yang bertugas di Bomba untuk menghantarku ke tempat yang sepatutnya. Nasib baik tak naik kereta yang ada siren. Kalau tak, gempar satu KK.
2 hari menemuduga, bermacam-macam gaya yang aku jumpa. Ada yang overdress, terlebih maskara sampai mata tak larat nak dibuka. Ada yang rambut mengerbang macam pontianak sundal siang malam. Ada yang berselipar kelepek kelepek. Macam-macam la kiranya! Lucu ada, sedih ada. Harapnya lepas ni ada la lagi peluang untuk berjalan-jalan lagi.
Oleh sebab masa check-out kul 12, ni terpaksa la aku mengirai kat airport KK untuk menunggu kapal terbang jam 4. Nasib laa ada duit lebih, aku bayar la untuk upgrade tiket aku ke GCCL, dapat jugak aku masuk lounge. Boleh gak aku makan sambil berehat dengan aman dan tenteram. Seawal jam 8.30 tadi dah penat aku menelusuri lorong di Pasar Kraftangan membeli sedikit barang untuk bonda tercinta. 3 jam jugak la aku habiskan untuk memilih aneka brooch mutiara dan kristal. Biasa la, cerewet kan!
Heh.....untuk destinasi berikutnya, kat mana ek? Hmm....sebab destinasi seterusnya ni jarang-jarang aku pi, mungkin akan ada coverage serba sikit kat situ. Hiks.....
Cerita temuduga ni bermula pada hari Isnin pagi. Aku bangun seawal jam 5.30 untuk bersiap. Mengikut surat panggilan, tempat temuduga yang dilampirkan adalah di Ibu Pejabat Bomba Sabah, berhampiran dengan Likas. Merasa la aku menerjah KB Bomba yang menjaga hal ehwal bomba di seluruh negara ni untuk bertanyakan tempat temuduga tersebut. Jam 7 pagi aku dah sampai, dengan perasaan yang hairan, sebab orang takde langsung. Selalu kat tempat temuduga ni calon-calom akan sampai awal untuk mendapatkan giliran yang awal untuk ditemuduga.
Dengan penuh kebingungan aku bertanya kepada pegawai yang bertugas di Bomba mengenai tempat temuduga tersebut. Jam 7.45 aku diberitahu tempat sebenar adalah di Mini Putrajaya, bersebelahan denga UMS. Grrrr...................pagi lagi dah bagi aku menyirap. Dengan teksi takde kat situ, nak ke tempat temuduga yang telah dialihkan. Aku tanya kepada SPA Sabah, SPA kata JPA punya kerja. Isk.......dengan muka yang tebal, aku minta pertolongan dari anggota yang bertugas di Bomba untuk menghantarku ke tempat yang sepatutnya. Nasib baik tak naik kereta yang ada siren. Kalau tak, gempar satu KK.
2 hari menemuduga, bermacam-macam gaya yang aku jumpa. Ada yang overdress, terlebih maskara sampai mata tak larat nak dibuka. Ada yang rambut mengerbang macam pontianak sundal siang malam. Ada yang berselipar kelepek kelepek. Macam-macam la kiranya! Lucu ada, sedih ada. Harapnya lepas ni ada la lagi peluang untuk berjalan-jalan lagi.Oleh sebab masa check-out kul 12, ni terpaksa la aku mengirai kat airport KK untuk menunggu kapal terbang jam 4. Nasib laa ada duit lebih, aku bayar la untuk upgrade tiket aku ke GCCL, dapat jugak aku masuk lounge. Boleh gak aku makan sambil berehat dengan aman dan tenteram. Seawal jam 8.30 tadi dah penat aku menelusuri lorong di Pasar Kraftangan membeli sedikit barang untuk bonda tercinta. 3 jam jugak la aku habiskan untuk memilih aneka brooch mutiara dan kristal. Biasa la, cerewet kan!
Heh.....untuk destinasi berikutnya, kat mana ek? Hmm....sebab destinasi seterusnya ni jarang-jarang aku pi, mungkin akan ada coverage serba sikit kat situ. Hiks.....
7 comments:
huhuhu KK tu....
syiok la terpilih untuk memilih! bukan senang tau!
anyway..kotak merah ke kotak ijau ni..tanya en khair la hehehe
Hi Mr. PTD
Salam perkenalan....
Mesti byk shopping kristal n mutiara nie kan?
aku akan dapat brooch itukah, wahai anakku PENDI???
~BONDA~
aiyooo .. cam gerun jek kalau fendi osman yang jadi interviewer nya ..
pontianak harum siang malam pun ada eh .. hahahaha .. lawak lawakkk ...
seronok gak kalau kita yg dok interview org .. lain rasanya ...
katalah kot2 fendi osman yg interview lily, mcm mana laa gamaknya ek ??
:P
camner ko leh lepak 3 jam, aku bawak bini baru sejam pun dah panas bontot....
giler r..pas KK, Labuan plak..
tak kisaot ler..janji leh kuar ofis kan...
SWIT@KON
banyak cabaran kalau terpilih untuk memilih ni. apa pun, it was a great experience.
kotak kaler apa tu....errr rasanya ujung minggu ni ada aktiviti laha tu!
SHIDAH
ada la sikit.......hiks...
PHACHAT
dan dan je mengaku jadi bonda kan?
LILY
hmmm...kalau lily yang kena interbiu...errrr....errrr.....memang kena 2 jam kot? jadi sesi mengumpat! kannnn?
ADIFAIZAL
aku ni sangat detail untuk membeli barang yang paling istimewa untuk mamakku! hehehe.....hanya johari yang mengenal maniam.
round pertama, pusing semua kedai dulu, round kedua, cari orang sekampung yang berniaga. bila dah jumpa....apa lagi! terus cakap kedah sambil mendapat diskon yang istimewa. hiks....
AYUNIE
best oooooo...lepak opis Syidot
Post a Comment