Disclaimer:
Posting hari ni takde gambar yang berkenaan.
Pasal cerita ni tak perlukan gambar sebagai alat bantu mengajar.
Pasal cerita ni tak perlukan gambar sebagai alat bantu mengajar.
Adapun selama 3 hari semenjak Isnin yang lalu aku telah hadir ke kursus di INTAN Kiara mengenai Analisis Bajet Gender. Hah? Bajet gender? Gender pun nak buat bajet? Hmm..ye la kan, sekarang orang makin sensitif pasal gender ni. Toilet pompuan tak cukup, pelajar lelaki kurang di IPT dan macam-macam lagi isu yang berkenaan.
Selama 3 hari tu memang terdedah sangat kepada isu gender. Dan pemahaman orang bila kita sebut pasal gender ni mesti orang kata pompuan. Gender dan pompuan macam sinonim sangat. Abis tu lelaki ni takde gender kah? Muahahahaha....
Hmm....aku taknak la cerita pasal bajet gender ni dengan detail, cukuplah aku mengatakan bahawa kursus ni sesuai sekali kalau disekalikan dengan kursus Modified Budgeting Sistem (MBS) sebab contentnya melibatkan perjanjian program, dan perkara-perkara yang berkaitan. Hari ni nak cerita pasal keadaan huru hara pada hari Isnin sewaktu aku sedang khusyuk mendengar kandungan kursus yang disampaikan oleh penceramah.
Sedang aku teliti mendengar, telefon aku bergegar, number yang tertera dari Pegawai Tak Berapa Tinggi Number 2. Heran pulak aku sebab jarang-jarang dia call aku.

"TARIQ, kamu kat mana? Dato Pegawai Tinggi mintak kamu pergi parlimen SEKARANG"
"Parlimen? Ada apa ek?"
"Menteri nak gulung"
"Aik...bukan ari Khamis lepas saya dengan SUB dah brief YBMK ke pasal penggulungan ni?"
"Dato Pegawai Tinggi mintak kamu pergi sekarang"
Hah....haru! Dah la jalan ke Parlimen tutup gara-gara kes yang sensasi sekarang ni. Nak taichi sapa lagi ek? Takkan la taichi bos sendiri kot?
Aku cuba call Dato Pegawai Pegawai Tinggi untuk memaklumkan perkara ni tapi tak berangkat pulak. Lantas jari aku ni cepat mendail SUB yang sedang bercuti rehat.
"Puan, maaf mengganggu Puan cuti....Dato' minta saya ke Parlimen. Knape ek? Bukan ke kita dah brief YBMK ari tu?"
"Hah..takpelah Tariq. Dato dah suka kat u la tu....."
Ewwwwwwwwww.....suka la pulak?
"Saya tengah kursus ni puan"
"Takpe...kamu lari la kejap ke parlimen tu"
Huhu...hajatnya nak mintak simpati tapi terpaksa pergi jugak dengan keadaan jalan yang ditutup kat sekitar Parlimen tu. Aku cuba lengah-lengahkan masa dengan menepek kat dalam bilik kursus tu. Sedang elok aku duduk, ada pulak SMS masuk dari Pegawai Penyelaras Parlimen yang bersuara bagaikan itik nila itu.
"Tuan...dato cari tuan kat Dewan Rakyat"
Aiyoooo. Ini orang tua sangat gelabah. Setau aku kalau penggulungan tak perlu menempek kat situ. Dengan muka yang bezerek, aku pun bawak la 848 masuk ke kawasan jalan sesak tu. Sewaktu nak menghampiri simpang ditutup tu, tatkala kereta lain sibuk untuk ke kiri, aku pulak sibuk nak ke kanan. Siap kena hon maki hamun lagi! Yang nak hon tu pasai pa? Aku nak masuk wat keje.
Alhamdulillah aku berjaya melepasi sekatan yang dibuat tu setelah aku menunjukkan pas jabatan.
"Encik...saya PERLU masuk ke dalam. Kalau tak Menteri saya tak boleh gulung"
Mrasa la jadi DQ kejap. Masuk je ke dalam kawasan parlimen, satu hal pulak nak cari parking. Ye la kan, dah pergi lewat, sapa nak reservekan parking kat kita!
Walaupun dah lewat, tetap aku propa yang aku ni dah ada di Parlimen dari awal lagi dengan menghantar SMS kepada beliau;
"Dato, saya kat bilik pegawai bertugas"
Heheh....ye la, ke Parlimen tu bukannya buat apa pun. Takat dok tercongok, Duduk dan Pandang. Sesuai la dengan unit aku kat BSM ni, Unit DP. Unit Duduk dan Pandang. Hmmm...aku ke hulu ke hilir mencari Dato Pegawai Tinggi. Nak tunjukkan muka yang aku ni ada kononnya.
Kesudahannya, bertemu jugak dengan beliau yang sedang dengan comel bertenggek kat kerusi di lobi parlimen tu."dato...saya ada kat belakang, bilik pegawai bertugas"
Hmm....dah jumpa tu, terus la aku cabut. Sesak sangat. Dengan wartawan berlari ke sana ke mari, dengan tah sapa-sapa lagi. Serabut! Dan aku memang tau, kalau penggulungan tu....memang takkan ada soal jawabnye!
Payah gak kan kalau orang dah lama tak masuk parlimen ni. Sah dia menggelabah semacam. Impaknya, kitorang machai2 kat bawah ni la yang kena. Alahai...geramnya, sakit hati aku! Tapi buat je la walaupun hati ni tak suka kan. Mrasa la menjadi plastik untuk kesekian kalinya.
p.s:- adakah aku sudah menjadi Pegawai Kipas in the making? Ataupun aku sudah at par dengan beliau?
14 comments:
tak nampak macam Pegawai Kipas in the making pun....
orang yang bertanggungjawab adolah hehehehe
TARIQ@PENDI@ADI,
aku cuma nk komen ngan p/s ko di akhir posting tuh. Kipas in the making? meh aku copy paste kan para-para sakura dr posting ko ni gak:
"Hah..takpelah Tariq. Dato dah suka kat u la tu....."
Ewwwwwwwwww.....suka la pulak?
*DITTO! EEEEEUUUUUWWW... Hati2 ADI, zaman ni kan jaman sodom menyodom....
larik............
Swit@kon
tu deme yang nampak. taktau la apa orang lain nampak!
PHACHAT
iskkk....awwww...mek tak rela uolsss
dah jadi org kepercayaan ....
harus lah dia cari tariq aja
kenapa x ckp ada kat intan ..
kita nya opis kat desa sri hartamas tuh ajo
:D
tariq. dahsat hang nooo.. tapi kalau betullah org tu dah suke cara kita wat keje.. sampai bebila dia akan carik kita gak.. get ready la nak jadi peg khas dia ke.. tak pun pindah ministry ikut dia nanti.. wakaka
" Dua yang ada
Merah dan putih
Mana yang akan menjadi warnamu? "
kekekeke...
yang aku x tahan tuh melekat nama 'samaran' PengAt tu haaaa...
nak buat camner, TAYO... dia dah terbekenan dengan 'sepuluh kuasa kuda' ko tuhhh...
comel jer pic koala bear tuu... teringat somebody kat Ostolia kah?
p/s: elehhh... u pun menggelabah sama kan hari tu? dari suara u tuuu i tauuu.... u pun huru-hara gakk...ekkk?
LILY
mana la kite tau awak kat hartamas. in fact hari selasa ngan rabu tengahari memang kite gi hartamas. lepak safiz corner!
AZRAL
dahsyat ka?
uish...aku ni manusia di bawah anjing je! underdog katanya
SHAZALI
tak pahammmmm...tinggi sangat bahasanya.
ZYRIN
10 kuasa kuda? aku tak mengerti kuda mana yang kau maksudkan
BANG SHIDI
sapa kat ostolia? i gelabah lite-lite je bang.
hello fendi! camne kerja hari isnin? Aku tgh ngantuk la kat opis....
dato tu suka dr segi keje takpe uols...jgn suka bab lain udah ler....
airkon. ha.
HALOOO.......
fendi, tu aku amek sikit lirik lagu citer bawang merah bawang putih, and coincidently aku tgh baca post hang tu...
Post a Comment