Wednesday, July 23, 2008

Puan, Saya Nak Mintak Izin Keluar BSM

Disclaimer:

Posting ini juga tidak mempunyai sebarang gambar yang berkaitan memandangkan ia tidak memerlukan alat bantuan mengajar.


Adapun hari Isnin yang lepas, aku ingin meminta izin dari CityGirl untuk ke sesuatu tempat bagi menghadiri undangan oleh JPA. Temuduga jawatan tertentu yang memerlukan aku keluar dari pejabat untuk beberapa hari. Tempatnya tu nanti la dulu, sebab eloklah bila dah sampai ke tempatnya tu baru aku buat laporan. Tak gitu?

Tapi apa yang menjadikan benda tu menarik, aku rasa macam iklan Loreal lak, kerana diriku begitu berharga. Heheh.....

Kisahnya bermula apabila aku nak melangkah masuk ke dalam bilik CityGirl. Mari kita lihat petikan dialog antara aku dan CityGirl. Saje je nak testing.....

Aku: Assalamualaikum Puan, saya tau pun ada meeting kejap lagi tapi saya nak masa kejaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaapppppppppppp je! (sambil buat aksi nak mintak masa sikit.....)

Puan: Hah...apanye? Saya ada meeting ni pukul 8.30. (waktu tu dah pukul 8.20)

Aku: Saya nak mintak izin dari Puan ni....

Puan: Mintak izin apa?

Aku: Puan, saya nak mintak izin keluar BSM

Puan: Hah? Nak keluar ke mana? Apa pasal pulak ni? (dengan muka terkejut dan menggelabah). What's wrong with you?

Aku: (sambil ketawa jahat) Ala rileks la puan...tak abis cakap lagi ni. Saya nak mintak izin keluar BSM 3 hari je...ada JPA buat temuduga untuk jawatan sekian sekian sekian.

Puan: Huh..kamu ni, buat saya terkejut je...ok lah, kalau bos kamu kata ok, saya takde halangan.

Dan dialog berterusan sehingga la aksi usik mengusik insiden CityGirl main nyorok2 hari Jumaat sebelumnya.

Cukup petikan dialog itu....

Soalan untuk pembaca: Adakah diriku begitu berharga? Atau adakah aku ni dah berjaya menjadi jelmaan kipas bilah 5?

Biarlah hidup ini diselubungi misteri.......................

Hiks...matila perasan kan?

11 comments:

swit@kon said...

adapun tuan TAYO setarap Maya Karin kerana itu la CityGirl bereaksi begitiew...

:D

tahniah la....
gud for ya!

phachat said...

yer, dirimu begitu berharga...

kapalkeras said...

kerana dirimu begitu berharga [murah ke mahal?].. ooppss.

zyrin said...

ahem.

sila re-play reaksi aku dalam bilik maya.

sekian.

hehehehehehe...

Anonymous said...

kerana dirimu begitu berharga untuk dimangsakeadaankan.. hu hu. mengingatkan aku kepada situasi yg lama di tempat lama..

patut la ko kata ministry of hell..

keh keh..

bro, mind if i add u to my favs?

orangrawa said...

Wah...engko akan mendapat keja barukah? Harus sambung cerite.......

Rush Murad said...

alaaaa... itu semua mainan psychology..... bos2 semua dah expert menghadapi situasi macam nih... buat2 muka terkejut lah... ... jangan mudah terperangkap... atau mudah terperasan...oooppsss...... but i believe u r a very....... precious (?) worker.... kan?

adifaizal said...

Citygirl ngan Cek Mek Molek... mana lagi kiut? Senyumlah.....

Hambali ® said...

[nampak] macam hang dah tergolong dlm bilah bilah kipas yang berlima itu

Mediviron UOA Clinic said...

happy monday fendi!

MOLY said...

time time mcm ni la kan nak test market kat dalam opis diriku berharga atau tidak ..

huhu
:D