Friday, May 20, 2005

Cuti 3 hari Yea Yea

Semalam balik keje je terus aku pengsan...tertido! Letih sangat malam sebelum tu balik umah kul 1 lebih dari dinner! Sedar2 je dan pukul 8, maghrib pun tak semayang lagi. Kalut2! Malam takde mende pun, sebab tak larat sangat aku tak join acara akhir FUTSAL PTD 2/2004 sebelum masuk ke INTAN 2 minggu lagi. Bangun kepala rasa biol mamai2! Heheh..layan ASTRO je la kat umah. Banyak channel kan, kejap tekan sana kejap tekan sini. Meriahnye...

Malam tadi tido lewat gak, kul 12.30 gitu. Maklumla, malam Jumaat kan! Hahaha...ni untuk orang2 dah kawen je, aku yang bujang ni...overtime kejadahnye? Saje lepak2, tak buat mende pun. Layan cerita NIP/tuck channel8. Kisah kembar melekat kat kepala nak dipisahkan lalu mati la mereka berdua itu, lebih kurang cerita pasangan kembar Iran, Ladan & Laleh satu masa dulu. Sedih kan?

Pagi ni masuk keje terawal la pulak. Baca la paper kejap. Hmmm..sebut pasal paper ni, 2-3 hari lepas ada isu polis tuntut kenaikan gaji. Hari tu tentera...ish ish ish..PTD gak yang blom naik gaji lagi. Barang makin naik harga, minyak makin mahal, duduk di KL / Lembah Klang ni macam2 nak dibeli. Nak gerak ke mana2 pun ada plaza tol! Orang bujang macam aku ni pun dah terasa keperitan, bayangkan orang yang dah kahwin beranak pinak. Let say yang keje PAR. Aku pikir2 balik, kesian jadinye. Kesian kat diri aku sendiri, kesian kat semua la...bila la nak merasa gaji lebih 2 ribu ni. Harapkan duit claim je tiap2 bulan. Tu pun kalau ada keluar, kalau takde alamatnye claim habuk pun takdak.

Banyak benda nak difikirkan, nak bayar PTPTN lagi. Since YAB Dato' Seri PM dah gegarkan semua orang, aku pun mula la membayar PTPTN aku. Yang anehnye bila aku call PTPTN waktu nak mulakan pembayaran, begini la serba sedikit dialognye:

Fendi Osman : Puan, selamat pagi...bahagian kutipan PTPTN ke?

PTPTN : Selamat pagi, boleh saya bantu anda?

Fendi Osman : Saya nak mulakan pembayaran PTPTN saya, bagaimana saya nak start bayar secara online memandangkan surat arahan pembayaran tak saya terima sedangkan kawan2 saya semua dah dapat?

PTPTN : Boleh saya dapatkan nama dan nombor IC encik?

Fendi Osman : Affendi Osman, ******-**-****

PTPTN : Sebentar ya encik


Setelah beberapa ketika

PTPTN : Encik, menurut rekod kami encik masih belum menamatkan pengajian

Hah...terkejut badak aku mendengar ayat tu. Aku abis mengaji bulan 10 2002, dah sampai 2005 pun tak tamat lagi!

Fendi Osman : Dah tu macam mana saya nak bayar sedangkan saya belum tamat pengajian ikut rekod? Saya dah abis belajar hujung 2002.


Kat sini aku tak salahkan pegawai yang bercakap dengan aku tu, yang aku aneh takkan la rekod2 yang ada tak dikemaskini? Sudahnya nanti orang2 yang tak bayar ni nama naik dalam paper...buatnye kes naya macam aku, sampai ke sudah tak tamat pengajian...bahagia la kot hendaknye! Tapi sebab hutang tu kan...kena la bayar! Tambahan pulak keje dengan kerajaan, so baiklah melakukan sesuatu sebelum nama tu naik dalam paper dan diglamerkan! Malu beb!

Well...hari ni macam biasa, selesaikan keje mana2 yang ada. Jumaat depan aku dah nak mula cuti panjang...menenangkan fikiran, kosongkan fikiran sebelum menyemakkan nye semula selama 6 bulan!

Hujung minggu yang panjang..sampai isnin cuti! Yea yea..dah nak gaji! Seronoknye!

Hari ni aku dengar lagu dari Yayasan Warisan Johor..best pulak!

Pulanglah (Rahman Kamaruddin)

saujana luas terbentang
dedaun menghijau dan melambai
sejuknya mata yang memandang
di kampung indah pandangan

kicauan burung keriangan
damainya meresap ke dalam jiwa
walaupun jauh di rantauan
resah rindu tetap ku rasa

anak punai terbang tinggi
terjatuh pula di tengah laman
hatiku sepi menanti
rindu mengenangkan taulan
nun berada di selatan

kelopak usiaku semakin melayu
ku pendam di kalbu bila kan bertemu
terkadang terdengar sorakan gembira
dengan kawan lama yang sama usia
indahnya

keindahan kemakmuran
darul takzim menjadi gelaran
berkat usaha kepimpinannya
kini johor telah berubah...


cheeewahhh..macam la aku ni orang johor kan? hehehehe

2 comments:

Mat Jenin Kota! said...

saya orang Johor, lama dh cr nama penyanyi n lirik lagi nih...tq bebanyak, tp tau x mana nk dapat lgu nih?

Adi Osman said...

mat jenin...

lagu ni dinyanyikan oleh a rahman kamarudin, tajuknya pulanglah. lagu ni ada jual kat YWJ, tak pun kat kedai speedy yang besar. tajuk CD nya senandung johor.