Saturday, April 23, 2005

Sabtu Yang Indah..INDAH KE?

Kenapa la kene keje hari Sabtu? Dah la pakai batik bagai....nak pi jenjalan pun rasa malas kalau berbatik ni. Kat dahi ni ada cop "GOMEN" kalau berbatik di hari Sabtu. Hehehe...bukan apa, nak bawak baju extra dalam beg ni kadang-kadang tu memberatkan. Formal attire during kerja, dah tu nak back to my torn jeans after office hours. Kisahnya, kene la balik dulu ke rumah, tukar baju, dan keluar semula.

Hari ni nak nyanyi lagu DPA ahhh..wahid...isnain..ibda'

Sentiasa selangkah di hadapan
Dijadikan pedoman
Itulah iltizam kami peserta
Diploma Pengurusan Awam

Keteguhan sahsiah dan pekerti
Lambang keunggulan PTD
Kesopanan serta kesusilaan
Jadi keutamaan

Kami berikrar terus berusaha
Menjiwai keunggulan
Sifat mulia teguhkan ketrampilan
Asas ke arah kecemerlangan

Perkhidmatan Tadbir Diplomatik
Jasa kepada pertiwi
Meneruskan tradisi ini
Aspirasi dan komitmen kami

1st time dengar lagu tu..macam koir kementerian penerangan lak. Part yang best...rangkap akhir..sebabnye suara angkat tinggi..dan ayat yang senang nak diingat. Lagu ni la hari2 kene nyanyi time modul PTDTunggul dulu...ehhh PTDUnggul! I bet this song akan jadi lagu terpopular carta time DPA bulan 6 ni.

Err...aku ada gak satu lagi lagu yang aku buat khas untuk one of the penyelaras projek kanan..hehehe..kinda jingle la, bila dengar dia bebel di mana mana...lagu ni saduran lagi nasyid rabbani.

Sallim sallim sallimna
Ya sallim sallim sallimna
Sallim sallim sallimna
Sallimna ya sallimna

Hmm...tukarkan perkataan tu seperti ini

........ ............ di mana?
........ ............ di mana?
........ ............ di mana?
........ ............ di mana mana

Sebab lagu ni dicipta, time 1st modul tu la...merata-rata pegi mesti nampak dia. Dengan wisel lagi...fuh! Tapi ok la kot, dia menjalankan tugas dan amanah yang telah diberikan, nanti kat 'sana' takde la kene soal...."ya polan bin polan...kau jalankan tak keje yang diamanahkan?". Tak perlu nak salahkan dia sebab garang, kalau tak betul mesti la kene marah! Ye tak?

Bulan Jun ni...akan jumpa lagi, sampai la bulan Disember. Dok INTAN, errr..aku nak balik rumah aku la...katil aku tu walaupun tak best, tapi aku tetap tido lena.

No comments: