Semalam cuti Maulidurrasul, hari untuk meng'cover' tido yang tak cukup. Hmm..the nite before..macam biasa la aktivitinye, menonton futsal kat Bangi. Kawan2 PTD se'batch' main futsal. As for me, walaupun kaki aku ni versi kerusi bangku tapi aku tetap gak pegi tengok, sebab ni la masanya untuk bersosial. Takde la terperap kat rumah je, dan ada la jugak gosip2 dan cerita2 terbaru yang boleh disembangkan.
Lepas futsal....time to chill out with fwens, malam tu destinasi, kolam pancing Bangi. walaupun dah kene taruh minggu lepas, minggu ni tetap beranikan diri pegi makan. Caution: Semak harga dalam menu dan kira cukup2, karang kene bayar lebih...susah lak. Kepada orang2 di tribunal pengguna...tolong la senaraikan kedai tu dalam senarai kedai yang diperhatikan.
Tiap2 minggu, itu je la kejenye...bersosial sambil membawa cerita2. Well..aku pulak macam biasa buat survey keje kawan2 yang posting kat tempat lain. Nampaknye, walaupun post aku tak seglamer orang lain (Penolong Pendaftar je....orang lain dapat PSU, Penolong Pengarah, ADO bla bla bla) tapi orang cakap keje aku heaven, pasal normally aku akan punch kad tak lebih dari pukul 5.15 setiap hari. Kecuali hari2 tertentu yang memerlukan aku keje dengan waktu yang tak normal. Awal2 dulu aku rasa macam nak lari je. Tapi bila aku pikirkan keseronokan keje kat sini, macam nak kembali semula lepas DPA nanti. Apa2 pun, tu semua kena la pasrah menerima nasib yang menimpa diri.
Orang lain ada pegi Perarakan la, Parlimen la....aku takde langsung. Yang aku tau, almost every month aku akan ke UTM Skudai, meeting dengan UTM. Tu je la keje aku. Kalau nak difikirkan, keje aku ni tak termasuk dalam senarai utama tugas2 PTD yang dibagitau sebelum ni. Kisah aku, aku DIPINJAMKAN ke Akademi Tentera Malaysia, Sg Besi ni bagi membantu menjalankan urusan pentadbiran akademik (tugas2 seperti Penolong Pendaftar kat Universiti). I wonder nanti PTK untuk aku...dia akan tanya cara2 nak buat jadual kuliah ke? jadual periksa? isk...risau plak aku. Kang member2 satu batch dah naik gred..aku dok tercongok kat tangga 41 lagi. Hish..simpang malaikat 44!
Polemik di sini untuk hari ni, aku tertanya2 gak....aku ada dengar desas desus member satu batch ni, menjaja yang dia tu jadi PTD. Well, apa yang bestnye PTD tu..tolonglah, sedangkan aku ni pun malu nak cakap aku PTD kat depan2 orang ramai, apa la yang nak diceritakan kat orang sume (Note: masuk kubur takde de nak ditanya PTD ke hapa ke, so berpada-padalah - tak payah la dok jaja serata alam). Aku konpius sampai skarang. Hehehe....terima kasih untuk kekawan yang memberitau aku tentang cerita ni. Aku terlewat...biasa aaa, tempat jin bertendang..mana nak dapat berita2 sensasi macam korang kat Putrajaya nun! Ampun patik...
Baru je dapat surat arahan untuk ke JB minggu depan, mesyuarat senat UTM. Nak mengadap ahli senat untuk bagi result exam budak2 ni sebelum diluluskan. ISk...nak prepare 20 salinan yang terlalu tebal. Sudahnye, aku gak yang kene bawak sorang2. Baru berangan nak naik plane...dah kene naik trooper askar ni. Huhuhu....takpe, yang penting claim masyuk!
Err...err...err...dah le kot..tak reti dah nak mengarang. Mana la PAR aku ni, roti canai aku mana?
No comments:
Post a Comment