Monday, April 25, 2005

Melayan Kerenah Staf

Hah..hari ni hari Isnin yang biru..gaji orang2 gomen masuk hari ni la jugak. Tapi belum sempat nak panas lagu duit terperam dalam akaun, dah kene bayar memacam. (termasuk la PTPTN, note: sejak Pak Lah mengamuk dalam tv tu..rasa ngeri aaaa!)

Baiklah, hari ni nak mengomel pasal staf aku. Aku dedicate khas untuk PAR aku yang tersayang. Yang selalu hilang entak ke mana macam biskut chocfudge. Sebagai bos kat department (ye la..aku sorang je pegawai gred 41 kat sini), staf aku macam tak caya bila diorang dapat bos semuda aku ni. Since pegawai sebelum ni dah umo 40 lebih, bila dapat yang kanak2 ribena macam aku ni, hepi la diorang. Budak ni, pangkat adik la kot...bila aku terpikir kelakar lak. Nak marah je..dia buat muka sedih seposen dia tu...terus tak jadi nak marah. Hari ni petang tak masuk kot budak ni (tadi datang jumpa cakap nak ke KEKAT = koperasi angkatan tentera). Bagi je la....kang buat muka sedih lagi susah lak aku.

Teringat satu hari tu...dia hilang2 macam ni, aku mengamuk membebel bagai. Esoknye pagi2 kat opis tu dibelanjanye roti canai untuk semua. (kes bodek bos!)...kat aku pulak ada teh secawan..ngan biskut. "encik..saya buat teh ngan biskut ni, cik taknak ke?" Cair la kejap...tapi takpe...ko nak buat air ke apa ke..buat laaa...yang pasti kalau ko ada silap, aku caras je. So skarang ni dah paham sangat taktik dia tu. Kalau ada air ke apa ke atas meja aku tu, tau le ada salah yang dia dah buat! Kekadang tu rasa nak marah je tiap2 hari (tak payah la aku buat air, senang sikit)

Kekadang tu...bila melayan kerenah staf ni kan, bila bagi muka sangat..dia injak kepala aku. Dah tu cemane lagi aku nak buat? cabaran menjadi bos yang muda....staf yang pangkat mak ayah pada aku tu lagi la aku segan. Ish ish ish....dah tu terpaksa la panggil mak. Err..hari tu ada la kene sound ngan sorang lecturer kat sini...sebab aku panggil staf2 aku kakak maupun abang. Tapi pada aku, macam tu la mesra..tak terikat sangat ngan protokol2 ni. Aku rasa jurang tu jauh la...jadi aku nak mesra2kan diri...buat la apa yang patut.

Sampai sini je untuk hari ni.

Uishh...best pulak layan lagu Kak Pah, meh dengar sama sama...

Oooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo (berapa harkat tah ni)
Kudaku lari gagah berani!

hehehe..

1 comment:

Anonymous said...

hahahhahahah.. weih kerenah orang bawahan nih mmh macam2. macam kes aku contohnya ada pulak PEMBANTU TADBIR mengalahkan pensyarah, merasakan dirinya adalah head of department cam ner tuh! makan hati jerk laa!

mmg la kalau nak marah mmg tak sampai hati tapi kan kalau dah melampau kena gak hentam tariq oi! nanti orang kata ermmm boss baik. pakat kena pelekeh jerk la! ha ha ha. apa pun selamat menjadi boss.