Wednesday, April 20, 2005

Pasrah Menunggu Pelangi

Pagi yang cerah hari ni. Semalam mesyuarat sampai la pukul 6 ptg. Membaca result student2 kat sini satu persatu.Yang OK..yang KO, yang dapat senarai Pengarah (macam Dean's List la), yang dapat senarai tendang (normal la tu). Hari ni sambung lagi. Letih mengambil minit, satu-satu nak kena dengar. Nasib nasib...so kepada sesapa yang nak join PTD tu, jangan harap nak buat keje macam bos ye! Bila masuk gred 41 ni, merasa la jadi kuli batak dulu.

Hmm...serba sedikit tentang orientasi PTD, modul pertama Kursus Diploma Pengurusan Awam. Tunggu punya tunggu selepas interview (interview aku time bulan puasa), result keluar just nice lepas raya..rezeki di bulan Syawal la kot! Alhamdulillah. OK la, dengan masa yang singkat nak tulis surat resign (gaji bulan doblas tu setengah bulan je, cuti burn tak dapat tebus). Tapi Alhamdulillah tak payah bayar 3 bulan gaji walaupun short notice. Nak beli tu, beli ni..ceh! Macam masuk sekolah asrama la plak.

20.12.2004, aku report duty kat INTAN Bukit Kiara. Jumpa la dengan sahabat2 seperjuangan time PAC yang dapat masuk. Nak kene mention nama ke? Tak payah la kot! Anyway, geng2 time PAC (satu group) ni dapat interview on the same day with me. And all of us managed to get it! 6 of us..Enam Jahanam. Hahaha....after a long long queue, daftar, bayar apa2 yang patut, taklimat...and off to INTAN Kampus Selatan (IKWAS). Jeng jeng jeng....kat sini la kene dera serba sikit. But it was fun. Our life begins at 5.30 (solat subuh dan senaman pagi - as for me the most interesting part is J-robik, senamrobik versi Johor-as if kene la menari zapin, silat segala) in da morning, habis pukul 11.30...tambah nak gosip sembang bagai, abis la pukul 1-2. After 10 days, some of us managed to hilang berat badan (including me!).

Well, during this time, try to mendapatkan sebanyak mungkin kawan2 baru (since semua dalam satu batch, senang la nak calling2 waktu keje nanti-Smart Networking namanya). Kat sini ada la jugak yang jenis buat hal sendiri, jenis tak mau tegur orang, jenis muka sombong (aku dikatakan termasuk dalam kategori ni - aku rasa aku dah sengeh sampai telinga), dan macam2 kerenah lagi. It was fun!

Aktivitinya, ceramah dan ceramah dan ceramah lagi dan lagi dan lagi dan lagi! Lepas tu dengar bebelan Penyelaras Projek Kanan (he's good...dalam hal membetulkan mana2 yang tak betul), bebel lagi dan lagi dan lagi (macam orientasi kat U dulu - rasa macam budak2 pulak). Part yang best bila group activities..kenal2 dengan kawan baru. Hmm...one of the activity was Malam Persembahan. Masa yang diberikan pendek, so pepandai la nak organize show yang memuaskan hati. My group..I managed to teach some of the members untuk menari zapin Johor (note: I was a dancer time blaja dulu, so ilmu2 tu ada la lagi!). The rest of my group buat la macam teater..kredit untuk those people yang ada art background waktu kat U dulu. Risau gak takut orang tak gelak!

Well..panjat gunung pun best jugak...sini memang mengajar dan mengukuhkan group binding antara kami semua. Susah payah senang semua sama2 rasa. It was great! And I did enjoy it very much.

Last but not least, acara kemuncak....Penyerahan Surat Penempatan (hari terakhir dalam modul PTD Unggul). Time ni dapat la tengok macam2 reaksi. Kelakar ada...sedih ada. Bak kata Penyelaras Projek Kanan "Belajarlah memendam rasa". Hmm...macam konvo la jugak, sebut nama sorang2 naik pentas ambik surat. Since nama aku tu dah masuk kategori kat belakang (biasa la kan..nama2 kerabat2 raja kan semua ujung2! Tengku, Syed, Raja, Wan...bla bla bla..cheeewaaaahhh..perasan lak!) Sape yang glamer tu..dapat la orang tepuk kuat2! Kat sini jugak la kita tgk sape2 yang dapat posting District & State (Jadi ADO tu!), Wisma Putra (bakal Diplomat - note: masuk PTD ni tak semestinya nak jadi Diplomat! Ada banyak lagi post sebenarnya, Insya Allah semua ada chance nak ke oversea, Penang pun oversea kan!)

Tiba turn aku "Affendi Osman - Kementerian Pertahanan" Ohhhhhhhhhhhh....macam batu jatuh atas kepala! Tapi berlakon la cket, buat2 macam best bila dapat walaupun dalam hati ni tuhan saja yang tahu. Balik je bilik, terus ngadu ngan parents! Ni la orang kata Belajar Memendam Rasa. Terima seadanya.

Ish..dah la tu untuk hari ni, nak sambung meeting semalam. Ambik minit lagi! Letihnye....

1 comment:

Anonymous said...

akum. saya baru dapat offer letter jadi PTD tapi risau gaks sbb ade yg kata masa DPA 6 bln tu masa untuk tendang PTD. betul ke? nak keja apa kalo kena tendang? apa kriteria untuk kekal dalam PTD?affendi ko update kan la blog ni.