Wednesday, December 14, 2005

Kejang di Meeting Room

Aku tak tau nak mula kat mana hari ni. Dah 2 hari aku tak buat posting. Sibuk nye pasal. Ye la..dua hari berturut2 aku bertapa dalam bilik mesyuarat utama ATMA menjadi setiausaha mesyuarat yang paling setia. 2 hari la jugak aku balik keje bila bulan tengah mengambang. Aku takde hal...sebab blum ada komitmen yang jitu! Tapi kesian lak tgk staf yang dah ada anak2 kecik ni kan? Malam2 anak2 nak attention, tapi dah tugas..kene berkorban. Nasib la ek...nak wat cemane. Keje bermusim....

Smalam ngan kemarin 2 hari aku mengadap result exam budak2 SISKA ni. Pergghh..yang pandai, teruskan kepandaian korang. Yang kena tendang, selamat menjalani kehidupan sebagai orang awam semula. So far dalam rekod aku untuk semester ni ada la 18 cadangan yangnak ditendang. Apa pun ni subject to approval from Senate UTM. Kalau diorang kata ok..ok la. Isnin depan Insya Allah aku ke Skudai lagi. Tapi kali ni tak la buat lawatan Cik Kiah. Serik aku dah..

Bila aku balik sini semula, teringat kenangan pi modul tentera time kursus DPA intan dulu. Serba sedikit cerita tentang tentera ni...this was the first outcampus module for us from sidang B.

Ahad 3 Julai 2005, bertolak ke Pusat Latihan Tempur Tentera Darat, PULADA. Pagi2 lagi berkumpul kat OD intan tu. Naik bas....awal2 tu tak bape mesra lagi ngan ahli sidang..maklumla kawan2 baru. Hehehe...berenti makan kat ayer kroh..aku sental seadanya, tak breakfast dohhh...

Dalam kul 1 camtu sampai la ke Ulu Tiram. Kem ni menjadi tempat tido selama seminggu. Heheheh. Tak tau apa nak jadi...lantak pi la..bas bawak pi mes..makan punya la sedap. Sental lagiiiiiii. Pastu terus hantar depan berek. Pecah platun...aku dapat la platun 1 dengan a few fwen. Hmm...makan ubat malaria tah hapa tah. Petang tu terus orientasi kem, dapat peluang try kuih gulung tentera yang famous tu. Mau muntah ijau tengah padang. Apa pun, aku maintain. Balik berek, masuk toilet...uwekkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk keluar segala isi perut aku. Hahahha padan muka. Slama ni aku dok tgk SISKA kene, skang aku dah rasa.

The very next day, kehidupan kitorang dipenuhi dengan kenderaan 3 tan tu. Rambut dah potong rekrut. Macam sami buddha plak. Pakai baju loreng..sebijik askar. Hmm...panjang ropenye cerita ni.

Banyak aktiviti mencabar kisahnye. Well, tido dalam utan. Time tu merasa la tak mandi tak berak tak kencing sume. Muka berminyak ngan mekap askar ijau itam coklat tu. Makan ration askar (eh..sambal sardin tu sedap aaaaa), ambush malam tu tetap menarik walaupun tertido2 menunggu musuh. Aku pulak betul2 landing atas sarang semut, masya allah gatal tak hengat, siap masuk dalam seluar lagi. Ayoyo....nyamuk toksah kira la. Repellant abis dikongsi..konon takmo bintat badan la. Ceh....manje!

Naik gunung panti was such a great experience. Letih nye...dah le takde trek, main redah je jalan ke gunung tu. YAng ni banyak menguju kesabaran. Sebab too steep. Siap kene panjat batu lagi. Wowowo..aku kagum dengan diri aku sendiri, cemane aku leh lepas aku pun tak tau.

Apa lagi ek...haa...main2 dengan M16 tu aku rasa common kot. For a 1st timer menembak, I managed to get 13/20. Tak tau la, tapi pada aku ok la. Aku tau ada kawan2 yang dapat lagi banyak. Tak heran ahhh...hahaha..kemampuan diri sendiri.

Anyway, among all..repailling (betul ke aku eja ni?) tu menguji keberanian aku turun dari tempat tinggi. Menara goyang..kene gak turun. Main redah je. Janji sampai tanah...kan kan kan?

Errr...aku lupa lak, inokulasi tempur tu sungguh la mencabar. Peluru lalu atas kepala...bawak M16 crawl2. Bom meletup lagi. Yang aku heran time aku lalu kolam tu je mesti bom meletup, orang lain tak pulak kene macam aku. Air busuk tak hengat...tadah je la. Yang pasti baju aku paling kotor antara semua. Kes mandi selut. Yang menarik, budak2 pompuan ni kan bila kene merangkak pakai M16 tu buat muka seposen menahan berat. Konon berat la...tapi bila dah kita amek bawakan untuk derang, mencicit tinggalkan hamba abdi yang bawak ni. Grrrrrrrrrrrrrr........marah pun ada. Tapi toksah kira apa la. Kawan nye pasal

On the last day, ada log relay. Aku tak dapat lupa bila aku kene carry 'anak tiri' aku yang pengsan. Siap lempang2 lagi. To Zakuan, sori ye aku lempang ko. Ye la..ko pengsan sambil senyum, mata tak tutup. Cemane la aku nak caya.

9 Julai balik smula ke INTAN. Muka hangus, jemur tengah panas. Kawad bagai...kaki melecet...tak biasa pakai boot. Padan muka. Apa pun kenangan kat PULADA mengajar aku erti ketahanan diri. Mental semua tu (quote Staf Edwin ngan Staf Rosli). I managed to go tru all the obstacles..kira kuat la aku ni. Sambung lagi lain kali. Cerita modul lain lak ye...daaaaaaaa

No comments: