Wednesday, December 07, 2005

Kembali ke ATMA

Assalamualaikum..

Kembali semula..lama dah aku tak menulis ni. Alhamdulillah, dah tamat Kursus Diploma Pengurusan Awam dengan jayanya. 6 bulan macam 6 hari je. Rasa macam baru semalam aku berjalan2 kat taman rimba komanwel tu...tup tup smalam aku dah tercongok kat ATMA ni semula.

Banyak pengalaman yang aku dapat kat sana. At least mentally aku dah strong enuff, walaupun tak totally strong, at least cukup la nak membantu aku menghadapi masa depan dengan cerlang. Hes hes hes...

To all friends...I miss u all. Sidang B penggal I, sidang C penggal II, kekawan lain, kabaret2 sekelian..memori yang ada akan aku simpan sampai bila2. Sedih, gembira, marah semua adat idup la kan. Kenang2 balik sume tu..isk isk isk...sedih ohh...acara perpisahan jumaat lepas cukup pilu pada aku. Bila lagi aku nak berjumpa dengan kekawan semua. Kalau tak nangis tipu la namanya. Tapi ada yang cukup kuat untuk tidak menitiskan air mata. Tah le..part2 pisah ni tak leh tahan aaaa..time keluarga angkat pun meleles ngan mak angkat. Hhuhuhu.....

Ingatkan nak ceritakan pengalaman aku time DPA tu..nanti la ek..wat masa ni, ni je yang termampu, pasni aku citer part by part..aku fokuskan kat modul2 luar. Esok aku nak ke Johor..pi amek jubah konvo budak2 ATMA ni. Aku bertugas jadi Anak Kundang time konvo (yang duk sebelah canselor hulurkan skrol tu...betul ke istilah aku ni? tapi tu la aku nye part). Pegi balik ari...macam mak limah ke pasar...huhuuhhu....

Balik opis banyak berubah gak..ramai muka baru..so aku macam biasa la..nak kenal aku datang jumpa aku...hes hes hes....tapi si Padil tetap dengan dirinya itu..hari ni tak masuk opis lagi. Padil..padil..

Keje mencabar lagi time aku masuk ni. Konvo, exam result, jadual waktu..tulunnnnnnnnn nak tiyak la camni! Ok la..takat tu dulu untuk hari ini...edisi pengenalan selepas DPA..

Abang Idung..I miss u...

No comments: