Hari ni berpeluang mencuri sikit masa nak menulis kembali dalam blog aku ni. Untuk pembaca-pembaca yang setia, ampun banyak2 atas ketidaksempatan aku menghapdape blog yang idup segan mati tak mau ini. Keh keh keh...
Minggu ni concentrate jadual waktu kuliah untuk tahun 1 dan ke atas. Juling mata aku tgk jadual diorang yang sangat pelik. Isnin petang tak leh usik, ada military training. Jumaat petang tak leh usik, ada TTS (Tempur Tanpa Senjata). Malam tak leh ada kuliah. So waktunye amatla terhad ditambah pulak dengan pensyarah2 part time yang request itu request ini untuk mengajar. Nak kelas kul 3 ke atas, nak kelas kul sekian2. Belum lagi pensyarah dalaman, nak kelas isnin pagi nak kelas itu nak kelas ini. Kang aku tak ikut, mogok lak pastu datang serang aku. Kalau ikutkan ati, aku bagi je apa yang aku dah buat. Tapi ikut la motto "KEPUASAN PELANGGAN KEUTAMAAN KAMI". Baru la customer oriented namanya, selaras dengan apa yang dikehendaki oleh pihak atasan.
Jadual dah siap untuk Foundation Year, junior la tu. Kelas pun dah running alhamdulillah. So far ok kot. Tapi kadet2 baru ni masya allah kelakar tak hengat. Normally untuk civilian tak patut salute bagai. Tetiba sedang elok aku jalan nak mengadap bos aku. Tetiba je...tegak berdiri "Selamat Petang tuan...saya _______ (aku tak ingat nama daaaa, siap sebut nombor tentera lagik) mohon kebenaran untuk menjalankan tugas" Hah lantak korang la..tapi yang aku fobia bila derang hentak kaki depan2 tatkala aku dalam keadaan tenang dan fikiran ala2 braeakaway. Akan berlaku la aksi2 memalukan dari Penolong Pendaftar sepertimana semalam. (Hoiiiiiiiiiiii....apa...eh..apaaa - malu malu malu). Nampak cengey, suara tak hengat kuat tapi masya allah kantoi plak. (Moral : jangan sakat orang suka melatah, kang lekat kat diri sendiri). Untuk mak long kat Bota Kanan, ampun sebab slalu usik Mak Long dulu...tobat takmo dah. Seksa jadi camni. Orang buat main slalunye.
Macam2 ragam aku tengok budak2 baru ni. Yang pakai baret macam ultraman pun ada, yang macam roti nan pun ada. Excited giler nak masuk kelas. Rasakan la bilik tunggang langgang, kena susun sendiri. Korang nak belajar, susun la kerusi sendiri. Takde pekdahnye aku gi susun untuk korang. Abis rosak kuku aku ni...hahahah
Untuk adik2 yang KG dan menghitung hari untuk passing out depan orang ramai, semoga tabah ye. Ada la sorang ni masik tak caya kene buang. Peliknye dia takmo jumpa aku, dia sudah pos kawan dia pulak. Ala2 berlakon cerita Tamil sangat. Tak boleh tidur malam la, tak lalu makan la. Memacam. Kalau dah semester lepas result teruk, knape semester ni masih nak main2? Nak kata aku pandai sangat kat UKM dulu tak jugak. Tapi at least aku sedar kat mana kedudukan aku. Bukan tak penah dapat result bawah 2.0. Penah, tapi pandai2 la bangun sendiri. Nak jatuh tergolek senang, aku jatuh dulu dari kedudukan yang tinggi, bila dah jatuh tu sakit nak naik balik. Tuhan saja yang tau betapa seksanya nak naik semula. Azab! So apa yang aku lalui dulu tu aku jadikan iktibar dan teladan untuk adik2 yang tengah belajar ni. Yang mana penah aku nasihat waktu semester lepas dulu, ada yang insaf, syabas. Yang tak reti2 bahasa tu, aku malas nak cakap apa dah. Sendiri buat, sendiri tanggung. Ada yang parents datang, marah Pejabat Akademik pasal tak ceritakan masalah anak diorang which I totally disagree. Ingat ini sekolah menengah ke? PIBG? Masalahnye anak2 diorang MALAS. Tak mau belajar! So itu bukan masalah Pejabat Akademik. Tu masalah diri sendiri.
Dah letih aku mengomel kat sini. Nak sambung keje ckek. Ni ha ada kadet yang dah kene berenti datang jumpa nak surat pengesahan untuk menyambung pengajian di tempat lain. Nak entertain sat. Ingat "KEPUASAN PELANGGAN KEUTAMAAN KAMI". (Mati la kalau mak ayam Rais tgk ayat ni)
Wa ilalliqa'. Ma'assalamah
1 comment:
aku ska bca blog ko ni....klakor plak bca kesah ko ngan kadet2 nih...aku paham sbb aku penah jadik kadet dlu....ko ni ptd kan?? tp nama jawatan ko kat atma 2, penolong pendaftar ek?
Post a Comment