Monday, June 05, 2006

Mari menapau kacang

Hoi apa! Ehh...apa (Pidah, ko tau kan apa ini?) Kejap je rasanya dah dua minggu berlalu. Lama gak aku tak update blog ni dek kebizian (purak2 bizi ke?) yang amat sangat. Minggu lepas turun JB lagi, mesyuarat jawatankuasa tetap senat mengenai peperiksaan. The week before pun turun JB jugak, pembetulan keputusan peperiksaan sebelum mesyuarat. Masya allah, terkangkang kau. Sampai demam2 kat opis ari ni. Batuk2 dah start...huk huk huk...Minggu depan lagi satu pun kene ke JB smula, proses slip peperiksaan budak2 kadet ni.

Awalnye tahniah kepada para pengantin baru yang melangsungkan perkahwinan ari tu. Acap hosmet lamaku, Kid matrik mateku, Cik Jah Figure of 8 dan Hasry (aku tambah nasik wooo kat umah kenduri). Semoga ikatan yang dijalinkan kekal sepanjang hayat. Amin.

Cerita terbang ke JB last week, aku terbang GCC. Well, macam biasa la kan terbang GCC sah2 la ada makan walaupun kejap je. Tapi ada la insiden yang aku malu giler sampai la ari ni. Kisahnye hobi aku yang suka mintak salted peanuts (kacang masin) dari kapal terbang tu tak kira la kelas apa pun aku terbang (sedap la kacang tu, tambah2 kalau makan sambil minum coke). Kali ni gini ceritanya:

Aku : Cik, boleh saya mintak kacang tak? (aku dah translate melayu ha)
Pram : Sure, I'll come back to you shortly..

Sedang aku dok rilek tu dia bagi la 2 paket kacang...dalam hati aku terdetik, (Mak aiii kedek gile bagi 2 paket, aku dok EYCL pun dapat 3-4 paket)Time dia serve makan aku tanya la lagi:

Aku : Can I have extra packets of these please (aku tunjuk kat kacang aku tu)
Pram : U want to tapau Mr Tariq?
Aku : Boleh jugak (sebenarnya memang nak tapau pun)
Pram : I'll come back to you shortly sir...

Dok kejap lepas tu, sampai la masa nak landing, diorang pun mula distribute hot "tarwel" (ikut style SQ nye cabin crew), dan collect pinggan. Nampak la pram tu bawak satu beg plastik. Aku ingatkan apa...rupanya:

Pram : Mr Tariq, your peanuts as requested...(seplastik besar dia bagi aku)
Aku : Mak aiii...banyaknye. (muka aku dah panas sebab malu)
Pram : Tadi encik cakap nak bawak balik, ni saya bungkuskan la....

Masya Allah, malunye aku. Satu beg penuh dekat 40 paket kacang aku dapat. Siap ada tulis "PROPERTY OF MAS" lagi. Macam perli la pulak kan? Dalam hati dia aku rasa mesti camni, "nah, hamek sume...nak tapau sangat!". Tapi apa pun, servis dia best aaaa...mungkin dia guna pendekatan "Going Beyond Expectation". Takpe la, dalam malu2 tu aku tetap jugak letak dalam beg, pastu gi UTM buat kenduri kat pejabat akademik. Hahaha (morale: jangan mintak tapau makanan dari kapal terbang).

Previous week, ada insiden memalukan gak. Ni kat KLIA pulak, bila nak naik limo. Dengan muka slambe aku heret beg kat arrival hall lepas beli kupon teksi (berangan jadik crew la kunun heret2 beg). Sampai kat depan gate tu dengan yakin aku bagi kupon kat orang jaga teksi tu (terkedek2 heret luggage dengan garment bag lagi), ok la dia tunjukkan teksi. Normally kereta yang ada Hyundai Matrix, tak pun Proton. Kali ni dapat kereta apa tah, yang kena panjat dulu ke dalam baru duduk tu (luas tak hengat, satu kampong leh muat dalam tu).

Nak dijadikan cerita, aku ni naik penuh yakin tak tengok belakang. Ala2 letak ponggong dulu baru naik kaki kan! Skali aku letak ponggong tergolek terlentang aku dalam teksi tu...yakin sangat (malu gilos aku...). Apa pun tetap gak aku cover. Kali ni purak2 la kononnye kaki tersadung kat pintu. Hahaha (apa pun tetap la aku malu..panassss) (Morale: Biasakan diri anda buat imporvisasi bila ada insiden2 memalukan).

Dah abis cite malu, masuk cite keje lak...macam biasa bila peksa abis, kena proses la result. Bila dah proses, banyak la keje nak kene buat. Macam nak tercabut bontot aku bawak kotak 30 kilo. Berat sehhh angkut mende tu. So, meeting kat skudai minggu lepas baca result kadet2 ni. Alhamdulillah, tak banyak sangat problem macam semester lepas. So far ok la. Berdepan ngan TNCA baru. Sempoi je, cool! Tapi orang kiri kanan dia lak banyak bunyi.

Isk...Delegates ATMA ada 7 orang including me! So, bentang keputusan sume, ada la kot 17 orang yang KG. Slamat la adik2 sekelian. Hari ni prepare memo untuk BPLK nak maklumkan bape orang yang KG, yang Grad lagi. Manyaknye keje......Lillahi Taala.Cukup entry untuk hari ni. Malam ni toink toink kat INTAN lagi. Minggu depan dah show. Lentik lentik...ahahaha.....

p.s aku lupa bawak kabel camera aku, so esok aku update posting ni dengan gambo2 skali ye!

2 comments:

mizzwanda said...

muahaha...lawak ah hang ni tariq..mintak kacang lebey2..tapi mmg sedap pun..aku kalau naik flight pun cari kacang dulu heh..tapi xdak la mcm hang kekekeke

Hambali ® said...

hmmmm
disebabkan banyak baca blog hang lah maka aku skang ni dah mola minta kacang, mintak tu mintak ni dari pramugari.
huhuhu