Saturday, May 20, 2006

Seri Panggung....layak ke?

Well well well, this week banyak la sangat keje aku kene buat. Dok kalut dengan keputusan peperiksaan kadet ATMA tu, orang kata Penolong Pendaftar kejam. Aku pedulik hapa kalau orang nak kata aku kejam. Yang penting keje aku jalan. Kisahnye terjadi bila aku hantar memo dalaman gegar pensyarah sekelian suruh hantar markah exam yang aku sendiri kene kejar dateline yang dibagi oleh UTM. Nak tak nak memang la aku kena keluarkan surat chenta kepada pensyarah budiman. Sori la ye, aku hanya menjalankan tugas. Kalau keje aku tak siap, sah2 la aku pulak kena bambu dengan orang atas. Jadi nak elakkan dari kena bambu baiklah aku dulu yang amek precaution.

Sedang elok aku buat keje2 tu, datang pulak kertas senat UTM yang perlu aku nak hantar sebelum mesyuarat JKTS. Approvekan budak tahun asas intake 2006, gegar2 lak typist aku untuk key in kan result SPM satu-satu. Kesian, terkebil2 dia membelek kertas. Dah siap paper senat aku, datang pulak kertas untuk Lembaga Pengarah ATMA. Analisis keputusan peperiksaan semester I yang dulu. Korek balik fail, dateline kene kejar. Main2 ngan statistik semula. Dah la meeting JK Akad nak kene prepare. Alahai, rasa cam tak cukup tanah. Ketung ketang aku menaip saban hari. Fuh.....keje katakan. Takpe, janji aku wat keje. Takde la makan gaji buta macam mana orang dok kata selama ni dalam paper.

Anyway, settle pasal kerja. Ni masuk bab keje2 masa lapang aku. Erk, Rabu malam ngan Jumaat malam, berkesempatan aku ke INTAN untuk prektis ngan kawan2 kabaret aku untuk show (ada ke show ni?). Takpe, dah Tuan Salim bagi green lite (nyebok la senior nak gi gegar junior). Apa lagi, ligat kembali mewarnai arena kabaret. Kat UKM dulu, dapat gelaran Seri Ponggong. Konon pasal aset kat belakang tu melebihi segala-gala manusia yang ada. Takpe, kalau ikut teater T. Pinkie, "Ponggongmu itu masa depanmu Pinkie...."

Fuh, kenangan DPA dulu dan2 je masuk menerpa dalam kepala otak aku. Kene dera dengan Chen (cina bukit kata Elfian) dengan senaman warming up yang cukup untuk melenguhkan bahu dan kaki aku....erkkk..tapi bagus jugak pasal rasa2 badan ni dah jadi macam Blue Hyppo lepas kuar DPA. Gigih nih....target 14 June kene pastikan badan nampak cantik untuk show. Mak Ayam suggest pulak masuk FTS (Festival Tari Selangor). Ohhh...dah lama aku tak masuk mende2 macam tu. Last time aku masuk time student dulu kot! Takpe, create a team. Then masuk memeriahkan suasana. Koman2 dapat kumpulan harapan ok gak! Mak aii berangan tak hengat....

Cukup untuk hari ni, kat bawah ni aku ada buat posting video aku tengah mengkabaretkan diri aku kat studio dengan kawan2 aku yang lain. Sori la posture aku tak lawa dah. Tak macam dulu lagi......enjoy it! Zapin Ghalit from the state of Kedah.



No comments: