NOTA : MEMANDANGKAN GAMBAR YANG CUBA AKU ATTACH DALAM NI MENIMBULKAN MASALAH, JADI POSTING NI TAKDE GAMBO. KEPADA PARA PEMBACA, HARAP MAAF....
Awal sekali tahniah aku ucapkan kepada Ruzana Jajuri kawan PTD ku yang telah selamat melangsungkan perkahwinan dengan teman sekolah rendahnya semalam (Ahad, 7 Mei 2006). Macam biasa carpool dengan JP69 punya tuan dan awek tersayang, ada jugak Samasudin Lidut dan Diana. Kira sardin la jugak kereta Citra tu. Zana oiiii, ingatkan umah kau kat pekan banting, rupenye masya allah jauh tak hengat. Nasib baik la kawan kan....takpe, janji misi menyerbu pelamin pengantin berjaya dan pelamin tu alhamdulillah sekukuh pelamin Mimi dulu.
Hahaha...Pastinya aku suka pasal ada banyak jajan waktu makan (keprek, keprok sume ada). Paling utama sambal tempe goreng..lama dah aku cari ni. Akhirnya.............................Selesai acara kenduri kendara, budak2 ni ramainya nak g melencong ke Morib, tapi since aku ada night stop kat JB malam ni (perasan jadik pram la plak), maka JP69 pun bergegas la hantar aku kat KLIA. Kali ni aku jadi despatch terhormat bawak kertas jawapan peperiksaan budak2 ATMA ni untuk disemak oleh UTM. So, as usual my journey begins kat KLIA. Malas dah nak amek gambo kapal terbang yang lalu lalang. Ari ni tak de mood. Sejak2 perut aku ni rasa macam ada api kat dalam, semua benda aku buat rasa macam serba tak kena. Time aku tengah buat posting ni pun, rasa macam ada api kat dalam (Padan muka, sapa suh makan rojak mamak tu tadi, dah tau perut sakit lagi nak sumbat sume benda. Hah rasakan.....)
Flight to Senai was uneventful. Nothing much, aku cam biasa "Excuse me, can i have a few packet of peanuts please". Dan normally aku takkan kecewa dengan apa yang aku mintak sebab konfem dapat. Siap tapau bawak balik lagi tu. Ala..buat kunyah2 kat bilik.
Landing time, amek cab ke Mutiara. Check in at 1930hrs, jalan jem tak hengat sebab ada Karnival Jom Heboh kat danga tu, berdedai-dedai kereta (betul ke ayat ni?) parking tepi jalan, jauh pun sanggup menapak. Cam biasa uruskan diri mana2 yang patut. Next, jalan time ke Holiday Plaza tu. Cari dvd. Pusing2, siap masuk secret chamber kat kedai tu (aku terkejut pasal dapat masuk gua. Tapi dvd yang aku nak cari takdak.....).
Landing time, amek cab ke Mutiara. Check in at 1930hrs, jalan jem tak hengat sebab ada Karnival Jom Heboh kat danga tu, berdedai-dedai kereta (betul ke ayat ni?) parking tepi jalan, jauh pun sanggup menapak. Cam biasa uruskan diri mana2 yang patut. Next, jalan time ke Holiday Plaza tu. Cari dvd. Pusing2, siap masuk secret chamber kat kedai tu (aku terkejut pasal dapat masuk gua. Tapi dvd yang aku nak cari takdak.....).
Memandangkan takde aktiviti apa yang menarik nak buat sebab kawan2 ku kat JB sumenye sibuk belaka. So aku pun melapok la kat bilik aku sambik browse magazine travel. Oiii...apa...terkejut aku tgk muka dancer dalam tu. Ehh..junior2 kat Aadyamaatra. Budak2 ni skang main2 majalah la pulak ye! Sentaprina (Haris ajar) aku. Sesambil tu layan cite Ali Setan. Citer ni aku suka walaupun ayat dia skema tak hengat.
Jengah kejap tv Singapore tgk perkembangan pilihanraya kat sana. Time for Majulah Singapura. Nasib la tv indon takdak kat hotel ni, kalau tak sah2 la ada lagu kebangsaan indon berkumandang. Untung orang JB, banyak lagu kebangsaan dapat tau kan? Ahaks. Pusing kiri pusing kanan, tah bila aku terlelap aku pun tatau.
Pagi2 bangun breakfast, checkout amek cab terus ke UTM. Ramah sungguh pakcik teksi ari ni, cerita dia perang zaman konfrantasi malaysia indon dulu. Terkedu kejap aku bila dia cakap budak2 zaman skang ni masuk askar bukan nak berbakti macam dia dulu. Skang ni masuk nak pangkat, nak duit. Aku no komen pasal aku bukan askar. Ayat pakcik teksi tu lebih kurang camni la "Buat apa la kapten banyak2 tapi tak reti buat keje....".
Aku senyap je. Sudah ditanya mana aku keje, aku cakap keje gomen la. dah tanya gomen kat mana pulak. Nak cakap apa ek? Tak baik tipu orang tua2...dah bila dia tau aku keje kat mana lagi la rancak orang tua ni sembang. Sampai nak terlelap aku layan dia. Huk huk....oh tuhan, lambat lagi ke nak sampai UTM ni? Pasni nak sambung ke Senai dengan dia lagi.
Well, keje selesai, hantar barang je (kan aku cakap aku jadik despatch terhormat). Terus g airport. Hari ni aku naik GCC. Merasa la lepak lat Golden Lounge kat Senai. Takde la meriah sangat. Suram je aku nengok. Siap terlelap lagi kat dalam tu.
Time to board the plane. Sebelum tu, macam biasa la amek gambo2 yang aku rasa menarik. Kat display hall ni, dulu dia letak instrumen ghazal, skang ni dia letak gamelan jawa lak. Takpe.... "Good morning sir, welcome onboard" Aku tengok tergantung kat dinding tu, flight origin from SBW, then KCH. Load penuh hari ni kat GCC.
Settle down, it happens bila aku tgk jiran sebelah aku ni si Amylea AF3, kat depan Marsha, kat belakang aku Felix. Tapi sebab aku ni jenis tak kisah sangat kan, takde la excited sampai nak terlompat (aku pun artis gak...so apa barang nak excited tgk2 artis ni). Pulak tu dok GCC, takkan la nak over kan? Tapi, kang aku cakap je orang tak caya, aku pun amek la gambo (kualitet tak elok sori sangat).
Nasib la si Amylea ni tak kekwat kan. Kalau kekwat perasan diva, wajib la aku telepon Zubir Berita Harian. Derang baru abis show Jom Heboh (ni menurut orang sebelah aku tu laaa....) Hmm..senyap sepi lak..masing2 layan perasaan. Aku pun malas nak buat apa, tido je la kot. Tapi sebelum tu tapau kacang dulu....sampai KUL, amek limo balik umah. Sudah gedeh gedeh naik moto datang opis. Saje buat spotcheck kat staff aku. Ahaks....esok kadet baru masuk. Juniors, welkam to hell. Selamat kene lanyak!
2 comments:
Patutlah asyik tak leh bukak je.Ada gambar2 tak sepatutnya ke ualls?
wah i very like the statement u wrote you know <--- i do no know inglish! kekekekk\... ha ah dah sah sah je artis, takkan nak over kan... setakat terus terus je climax buat apa... kita ni kan bermula dari bawah... tapi sekarang mmmm semua cari! lol
Post a Comment