Wednesday, June 17, 2009

JICA, Management Training - OSAKA & TOKYO Part X

Sedar tak sedar dah pun masuk siri ke 10 pengkisahan Fendiosman dari Osaka, makanya dah 10 hari la jugak Fendiosman berada di sini. Kejap je rasanya....macam baru je semalam orang kat sebelah Fendiosman siku mango juice atas kapal terbang sehingga menyebabkan badan Fendiosman berbau mangga dan melekit! Mujur ada pram yang pantas mengelap......

Heh..abaikan kisah Malaysian Hospitality...sesungguhnya bila dah masuk hari ke-10 ni, I've started to sakit rumah, and I miss my bed at home. I miss Mama...and I miss everybody back in Mareshia. Mujurlaaa Fendiosman tak gatal tangan nak masuk ke Kerajaan Langit Berbumbung Biru di Putrajaya ittewwww. Kalau tak.........mesti ala2 kebosanan seperti kawan Fendiosman yang berada di Chennai yang terpaksa menahan dinding sorang2! Kaaaaaaannn Mr Chennai kaaaaaannn? Mrasa la kau tak jumpa lagu Ramlah Ram kat sana kaaaaaann?

Hari ni ada 2 talk yang dijadualkan. Topik pertama.......EKONOMI. Ahhhhh tidaaaaakkkkkk!!!! Bagaikan MatSusly minggu lepas ittewww, minggu ni pun konsepnya kepala hotak Fendiosman ini tidak mampu untuk menerima istilah2 seperti GDP, mengembang menguncup segala. Yang Fendiosman tau, mengembang hanyalah untuk lobang idung Fendiosman. Bagaikan serombong kapal titanic.....

Sebab dah tepu sangat, bila dia bagi rehat je, teruslah tumbang menyembah bumi. Pada Fendiosman, memang EKONOMI tu rasa macam makan kari tak boh asam dan garam. Tawaq hebiaq... (mamposla kena berampun dengan ahli ekonomi semua - sumimasen......)

Masuk lecture kedua after lunch, hat ni boleh terima dek kepala otak sikit. Business Management - Japanese Style. Dalam siri ni, we were explained about the Kaizen concept yang rasanya dah ada disebut2 kat Mareshia. Cumanya kali ni didedahkan dengan lebih lanjut. Dulu kat sekolah ada jugak kawan2 sebut Kaizen2 ni. Tapi bila mintak lebih panjang ceritanya, memasing tersekat2 nak explain. Feeling2 letak nama kumpulan waktu kursus motivasi, tapi haaaaaaaaaaaaaram taktau maksud sebenar! Hehehe.....

Lesson to learn today, kat sini CEO syarikat yang jadi urusetia kursus sangat down to earth. Angkat meja susun kerusi bagai. I wonder kalau Pegawai Tinggi disuruh buat sebegitu, sahih muka moncong bagaikan tin yang digelek steamroll....mencuka katanya. Hierarki wise....kat sini ada tapi tak teruk sangat birokrasinya ittewww!

Tapi lesson paling menarik hari ni ialah.....

Jangan tekan sebarang butang di Jepun ni kalau tak reti baca bahasa depa.

Disebabkan semangat inkuiri yang tinggi, sorang hamba Allah ni telah berjaya menimbulkan havoc sewaktu break. Sedang kami bergumbira menunggu lecture disambung tetibe terdengar bunyi..

"Kreeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeekkkkkkk"

Hinggakan Jun-san pun terpinga-pinga kehairanan. Tetiba masuklah makhluk ittewww dengan muka malu2 dan kelat2 masin, sebab butang yang ditekan ittewww disangkanya untuk membuka tingkap, tetapi sebenarnya butang membuka tingkap kecemasan sewaktu berlaku musibah di bangunan ini. Rasanya takde orang yang pernah tekan.

Biasa la kan, rakyat Mareshia kan prihatin. Kalau tak takkan la bila eksiden langgar bontot sikit jemnya sampai 5 KM? Tak gitu? Mujur la butang tingkap je...buatnya ada butang gempa bumi? Tekan kalu....haaaaaaaaaaaaaru satu Tanjung.

Fendiosman rasa makhluk ittewww tentu dah fobia nak tekan butang lagiks! Hajat di hati nak menikmati angin luar tapi tertekan butang kecemasan. Errr...moral of the story, marilah belajar Nihongo beramai-ramai! Daaaaannn, jangan terlebih prihatin dan walaupun Nihon ini negara berteknologi tinggi, tak semua butang tu boleh ditekan bagaikan butang Doraemon. Hiks....

3 comments:

phachat said...

Wakakaka,

bonda cadangkan bila mata jadi ala2 mat Pitt, apa kata anakanda pula gegeh mencari butang untuk ditekan. Butang apa taqtau? Larik....

DINATRA said...

HAHAHHAHAHAHAHHAHAHAHHAHAHAH
AHAHAHHAHAHAHHAHAHAHAHHAHAHAHAHHA
AHAHAHHAHAHA....

nak jatuh kosi aku menggelakkannya!! sian makhluk yang kau maksudkan itewww... =D

Anonymous said...

sonoknyerr gi jepunnn.. teringat masa me kursus kat sakai, osaka tewww.. uhuhu