Wednesday, June 24, 2009

JICA, Management Training - OSAKA & TOKYO Part XV

Hari ni memang hari yang memenatkan untuk Fendiosman. Saaaangat penat. Sampai huru-hara Jun-san, Nori-san and Andy-san serta kawan-kawan-san yang menyaksikan Fendiosman nyaris tumbang sebab overexhausted dan dizzy di tengah-tengah Shibuya selepas sesi lawatan sebelah pagi ke Kedutaan Mareshia di Tokyo. Apa pun Fendiosman nak ucapkan terima kasih kepada kawan2 yang concern pasal Fendiosman. Yang tolong dok papah Fendiosman, yang tolong tanya keadaan Fendiosman, yang tolong tengok tapi taktau nak buat apa2, yang bawak beg Fendiosman......pertolongan anda semua amat dihargai. Jadi malam ni Fendiosman mengambil keputusan untuk tidak keluar malam sebab nak berehat! Lantak la orang cakap rugi ka apa ka....kalau Fendiosman kejung sorang2 ada orang nak kesah?


Adapun sesi hari ni bermula dengan kunjungan ke Kedutaan Mareshia di Tokyo. Dalam hati dah terdetik mesti ada masakan Mareshia yang dirindui, dan boleh behave sebagai orang Mareshia. Mula2 naik tren pagi dah terasa kepenatan itu. Tapi gagahkan jugak badan ni untuk aktiviti. Makin meningkat usia ni, akan ada konflik antara fikiran dan badan. Fikiran kata nak, tapi badan kata taknak...dua charge positif dan negatif bertemu....makanya....paham2 je la eh!


Kat kedutaan Mareshia ni ada gak sesi dialog bersama Menteri Penasihat (Duta dah abis tempoh, dah balik ke Maresia.....). Sungguh gumbira bila dapat mengucapkan Assalamualaikum, dan berjumpa dengan orang Mareshia. Yeeeeehaaa....


Haaaaa...punya la pelahap! Dapat karipap sebijik....oooohhhh nikmatnya! There is no other place like home. Nampak bendera Malaysia kat kedutaan tu pun dah macam melompat kegirangan. Hahahaha....memang sah Fendiosman tak boleh dok obersi lama2....


Selesai acara dialog ittewww....makanya kami diberi lunch. Sebagaimana yang telah digambarkan, lauk-pauk Mareshia. Ada kari ikan, sambal belacan, nasik beras siam, ayam sweet sour! Pakat la kami semua serbu macam orang pelarian kebuluran. Coordinator JICA pun tak kurang gembira dapat rasa masakan Mareshia yang terkenal dengan rempah ratus ittewwww.


It's too spicy. Mrasa la Fendiosman paksa Jun-san pakai tangan untuk makan. Terkial2 dia meniru kami cara kami makan! Tapi Fendiosman memang tak pandang kiri kanan dah...Aummmmm...sedap menjilat jari! Yang paling tak senonoh tu, siap tapau bawak balik! Ada aku kesah?


Malangnya lepas dari acara di kedutaan, badan Fendiosman memulakan aura penendangan jurus tertinggi. Sementara menunggu naik tren ke JPA Nihon kat stesen Shibuya tu, memang Fendiosman rasa goyang nak tumbang. Kat Nihon ni takde tempat duduk disediakan di tempat ramai orang. Takut orang melepak gamaknya! Dannnn.....acara huru-hara pun bermula. Tapi serius memang rasa sangat tak sedap badan.......


Perjalanan ke JPA Nihon untuk sesi kelas berikutnya rasa macam laaaaama sangat. Nak kena jalan lagi. Adoi laaaa! Sampai je ke destinasi, terus Fendiosman diberikan tempat untuk berbaring sebentar. Biasanya keadaan macam ni perlu berbaring sekejap. Muka pun dah bzzrekkk, memang letih ya amat! Tuhan saja yang tau. Fendiosman rasa rimas tengok orang jalan laju2 kat Tokyo ni. Nak tempat tenang ala2 Kajang Utama. Huhuhu....


Tapi dalam pada dok berbaring tu, Fendiosman tetap dengar sesi kelas yang disampaikan. Alkisahnya Jepun ni syarikat swasta je gah. Gomen dia ala2 pening lalat gak. Konsep employment by ministries ni memang menjadikan depa bagaikan tukun di satu2 kementerian ittewww. Kesiaaaann.......


Lelap2 sikit.....dengar2 sikit. Alhamdulillah dapat recharge sikit tenaga. Abis je kelas, tetap gegeh neh. Bersama rombongan Che Kiah sekelian, kami ke Tokyo Tower. Tokyo Tower ni kalau tengok cerita Doraemon, ada Si Nobita pasang kipas atas kepala terbang melintasi menara ittewww. Kalau dengan orang JICA ni dapat subsidi 500 yen untuk naik ke atas menara.


Tiketnya tak mahal, dalam 800 yen je. Tu takat observatory platform 1. Kalau nak naik sampai ke puncak kena tambah lagi 600 yen. Tapi...alang2 dah sampai tu kan, naik je la.


Tapi agak gayat sikit naik ke puncak ittewww. Dalam lif siap ada bunyi yang sangat tak menyedapkan hati walaupun ada pengumuman kata benda yang berbunyi tu adalah alatan keselamatan yang dipasang kat lif. Kat puncak siap ada rasa goyang tu. Huhuhu...


Dapat la tengok view Tokyo yang saaaangat luas ittewww. Kalau di Osaka WTC, sayup mata memandang nampak la gunung ganang dan bukit, serta laut. Tapi......kat Tokyo Tower ni sayup mata memandang, semuanya bangunan. Luas sungguh. Tak dapat diucapkan dengan kata-kata.


Mode model yang overexhausted! Nak posing jugak....waaaalaupun!


Sempat gak berfoto dengan Nori-san. Dia ni walaupun rakyat Nihon, tetap jugak first time naik Tokyo Tower ni! Bleyyyy? Sama la gak rakyat Mareshia di KL yang tak pernah naik KLTower itteewww! Kaaaan? Err..korang pernah naik tak KLTower?


Kat sini gak ada tingkap untuk view ke bawah. Memang menguji keberanian la gak. Kalau dalam fikiran tu dah set kata cermin memang akan pecah, akan ada perasaan ragu2 tatkala mencangkung kat tingkap itteewww.


Hampir sejam kat Tokyo Tower.....time to go back to JICA. Sebahagian besar ahli rombongan Che Kiah terus ke Akihabara untuk shopping. Tapi, Fendiosman tak larat. Memang nak berehat. Hajat di hati nak ke Shinjuku lepak2, tapi keadaan tak mengizinkan. Dok bilik je diam2...

Satu je yang Fendiosman boleh bagi pandangan di sini. Orang2 kat Tokyo ni semuanya laju2. Jalan laju, makan pun sambil berdiri, buat kerja laju! Memang gopoh-gapah la nampaknya. Agaknya.....kalau suami isteri depa ni berhubungan pun laju gak kot? Macam dalam cerita CLICK yang Adam Sandler berlakon tu! Hmmmmm....I wonder how? Laaaaaaaaaaariiikkk....

2 comments:

masmera said...

kalau i kat sana, ntah2 i yg sambut korang semua kan? bestnya...
tapi apakan daya rezeki ku di sini..

swit@kon said...

tengah syiok baca tokyo tower ending 'kelajuan itu'encik tariq. haiyoooo :P memanglah...hehehe btw, jaga diri ye. lagi bape ari je nak balik mareshia :D