Thursday, June 25, 2009

JICA, Management Training - OSAKA & TOKYO Part XVI

Adapun hari ni masuk hari ketiga di Tokyo. Terus terang Fendiosman tekankan lagi, Fendiosman tak suka kehidupan serba kalut di metropolitan serba canggih ni. Semua bagaikan mengejar sesuatu yang tak pasti. Fendiosman lebih sukakan kehidupan yang rileks........now I've started to miss Kajang Utama...


Hari ni badan pun masih tak bape nak betul lagi. Tapi digagahkan jugak untuk berkuliah. Memang takmau susahkan orang. Jadi teruskan seperti biasa walaupun badan ni masih ada tingtong. 2 lectures today! One in TIC and another one is in Mitsui. The one in TIC dengan Prof Lau dari Reitaku Univ. Minggu lepas kat Osaka dia ada bagi talk dah.


Tapi yang kedua dari Mitsui ni menarik la sangat. Sebab tengok syarikat yang berjaya menerobosi pasaran dunia. Dari Ramen ke Robot. Tula tema syarikat ittewww, semua benda dia jual. Hahahahhaha.....View kat Mitsui ni sangat cantik. Nampak Imperial Palace Tokyo. Dan-dan je Fendiosman teringat view KLCC yang mahal ittewwww....


Waktu break je....terus Fendiosman dalam mode merehatkan diri. Recharging again....pedulikla kat Jepun ke kat mana ke....Fendiosman dah tak larat. Ada aku kesah?


Dalam tak larat tu....sempat lagi ke Kafe Batu Keras Roponggi selepas kuliah. Pencarian gelas tembak seterusnya......tak susah kat Tokyo ni, walaupun subway dia berselirat macam lobang tikus, tapi ada banyak singnage in English. Tak macam kat Osaka. And...there are plenty people who can converse in English! Lega rasanya....


Kepala tingtong..sakit! Tapi berjaya dengan misi shopping. Errr...kalau diperhatikan betul2 tulang pelipis hampir nak nampak semula. Sesungguhnya dalam kunjungan ke Nihon ini Fendiosman berjaya mengurangkan berat badan sebanyak 4 kilo. Tapi balik Maresia sok tah berapa kilo la nak baik pulak...huhuhu...


Selesai urusan di Roponggi, ingatkan nak ke restoran Malaysia di Shinjuku. Rasa Malaysia namanya. Tapi......pusing punya pusing skali restoran dah tutup daa.....ada restoran jual ramen la pullok....last2 jumpa dengan restoran Turki. Sebat je la...tauke kedai tu beri jaminan Halal. Jadi tanpa was2 Fendiosman dan rakan2 makan.


Errr...kalau pembaca tengok mesti heran kenapa Fendiosman asek gambar sorang2 je! Mana ahli Che Kiah yang lain? Murid2 sekelian.....banyak orang banyak ragam. Sebab takmau beragam2 makanya Fendiosman selesa keluar dalam kumpulan yang kecil tidak melebihi 4 orang. Sebabnya nanti kalau keluar ramai2 banyak kepala nak bersuara. Ada pulak yang sentap, kecik hati. Fendiosman tak suka. Tapi...ekskiusmi...Fendiosman tak berapa berkenan dengan sesetengah participants. I have to blurt it out here! But as always, Malaysians suka benda2 yang mudah, takmau adventurous langsung. Kalau boleh p*p*t tu dibasuhkan...rasanya memang ada orang yang nak. Sikit2 nak suruh Jun-san. Kesian la pompuan Nihon sorang tu. Yang depa tau, semua kerja dah ada orang preparekan! Hadhorrrrrrrrrrrrrrr......


Eh...selesai la cerita makan kat restoran Turki ittewww! Konon nak balik awal. Memang dah menapak dalam 2KM ke stesen, tetibe ada Hamba Allah ni tertinggal paspot beliau di kedai Turki ittewww tadi. Patah balik lagi 2KM. Hadoilaaa...abis terbakar telur Turki yang dimakan tadi! Huhuhu....moralnya: sila pastikan paspot anda melekat bagaikan benda yang melekat di badan anda ittewww. Anggaplah anda akan mengalami ED kalau takde paspot ye!

3 comments:

swit@kon said...

turun 4 kelo eh. patut nampak makin hensem. rambut dah panjang sket, kurus sket :D

phachat said...

waduh... siapa pemenang the biggest loser???

perantau.tt said...

salam, mana ko beb... bile balik osaka..?