Tuesday, June 23, 2009

JICA, Management Training - OSAKA & TOKYO Part XIV

Kelas semalam dan hari ni memang banyak la mengajar mengenai pengurusan dan pentadbiran dalam organisasi. Banyak menekankan mengenai kerja berpasukan dan menghayati semangat bekerjasama antara satu sama lain dalam mewujudkan sebuah organisasi yang mapan dan mantap.

Hari ni jugak la pertama kali dalam sejarah Fendiosman datang ke syarikat Nihon dan kami diberi jamuan kuih dan cenderamata. Tapi kuih dia cantik sangat.....tak sampai hati nak makan. Kuih yang diambil sempena bunga yang bersepah-sepah di Nihon tatkala penghujung musim bunga. Rasa macam kuih bulan....

Selesai kelas waktu tengahari, Fendiosman dan rombongan Che Kiah terus dibawa ke stesen Shin-Osaka untuk menaiki keretapi Shinkansen yang terkenal dengan kelajuannya ittewww. Dari pagi lagi kami dah bersiap dengan barang-barang untuk dibawa ke Tokyo bagi mengikuti sambungan siri kursus kami ni. Hmmm....Osaka dan Tokyo. Tu belum kira Kobe, Kyoto, Nara yada yada yada....berderet.....memang chance in a lifetime la katanya!

Haaa dalam panas tetap jugak berblazer neh....tapi konsep Cool-biz kata orang sini. Tak perlu boh tali leher. Takde la macam kat satu tempat Fendiosman berkursus selama 6 bulan dulu, sampai naik bergetah ketiak, masamnya Ya Allah...tetap jugak kena bertie segala....Hadhorrrr.....

Tadaaaa....ni dia tiket Shinkansen. Harganya lebih kurang 14,000 yen (kau darab 4 ye) sehala untuk ke Tokyo. Fendiosman tanya la Jun-san, kalau naik kapal terbang lagi mahal ke murah? Jawabnya, naik Shin ni lagi mahal. Tapi ada tujuannya kenapa kami dibawak naik Shin ni, nak bagi kami merasa teknologi Nihon. Tudiaaahhh....gamaknya kalau ada buat kursus kat Mareshia, buleh gak bagi depa naik bas rapid KL....baru depa tau bila bas delay macam mana nak menggelabah!

Tudiaaahh, feeling heret beg katanya! Err.....tren Shin ni ada pramugari ala2 airasia yang menjual makanan ringan......Konhonnya nak lawan crew la, maka Fendiosman pun ala2 catwalk mengheret beg ittewww......

Ni la Jun-san, Fendiosman sengeh kasik nampak gigi semua.....sebab gigi Fendiosman cantik! Hahaha.....posing pun dah belajar cara Jepun! Tunjuk peace......

Frekuensi tren ni sangat banyak. Setiap 10 minit muncul dah tren. Tapi....ada jenis2nya. Ada yang berhenti kat semua stesen, ada yang berhenti kat stesen tertentu je! We boarded the Nozomi 30. Superexpress katanya! Hanya berhenti di 5-6 stesen antara Shin-Osaka dan Tokyo. The journey took about 2 1/2 hours dengan kelajuan purata 300km/j.

Ni tengah feeling2 excited nak naik Shin kononnya. Tapi hakikat sebenar, lebih kurang sama dengan tren2 lain. Yang membezakan adalah dari segi kelajuan dan servis macam dalam kapal terbang.

Masuk je tren...mata dah layu. Sempat la terlelap sekejap. Ilangkan pening kepala pasal tido lewat bangun awal. Huhuhu....merayau2 katanya!

Perjalanan naik Shin dari Osaka ke Tokyo ni merentasi bandar dan kampung yang sangat cantik pemandangannya. Tapi hari ni malang sikit pasal cuaca tak elok. Tak dapat nak tengok Fujiyama.

Memang gigih tunggu ni...tapi agak mengecewakan! Ulasan Fendiosman bila naik Shin. Malaysian, will always be Malaysian. Kat kerusi keretapi tu terang2 tulis phone in silent mode, tapi ada jugak Hamba Allah terang2 pasang radio nak dengar lagu. Rasa macam naik keretapi kat Chennai pulak. Ehhhh...Fendiosman kat Nihon ke India? Fendiosman terpikir, bila la Malaysian nak berubah ye? (errr...bukan serangan peribadi ye, tapi sapa makan cili, kena la pedasnya, sapa pegang babi, kena la samak ye!)

Kalau kat Osaka Fendiosman dah rasa kehidupan depa laju, sampai di Tokyo ni...laaaaaagi la laju. Semua hayun langkah kalut2 macam mengejar sesuatu. Yang berlari toksah kira la...memang ramai. Agaknya pasal tu orang Nihon ni kurus2 kot?

Dari stesen Shin kat Tokyo, tukar naik JRLines ke Shinjuku, pastu tukar lak naik subway ke JICA. Dari stesen subway, menapak lagi 10 menet......baaaaru la sampai ke JICA. Abis cair mekap....

Dan ni la bilik Fendiosman untuk 5 hari di Tokyo. Kecik cenonet je.....bantal pun comel sangat! Sah malam ni tak boleh lelap!

Dalam sekelip mata, belum sempat nak berehat, Fendiosman dah kalut2 mandi, tukar baju dan keluar mencari barang idaman. Yaaaa...gelas tembak Kafe Batu Keras. Kat Tokyo ni ada 3 Kafe Batu Keras. Target Fendiosman, nak pergi kesemua Kafe Batu Keras di Tokyo. Misi pertama selesai. Fendiosman ke Ueno-eki Hard Rock Cafe.

Barang2 kat Kafe Batu Keras ni semua sama je. Yang berbeza adalah nama tempat. Memandangkan ada kiriman dari Mareshia, Fendiosman pun membeli la barang2 yang dipesan ittewww. Gelas tembak ada jugak dibeli, untuk koleksi peribadi. Errrrr....Fendiosman ada terdengar aura Fendiosman mengumpul ni telah mencetus minat dari raaaaaaaaaaaaaamai orang. Nak jadikan hobi juga katanya, tapi sebutnya Gelas Pendek, bukan Gelas Tembak. Feeling berjalan serata dunia jugak.....macam la dah takde benda lain nak kumpul! Hadhoooorrrrrr.....tapi lantak la kan, nak kumpul apa pun kumpul lah...ada aku kesah?

Kat Ueno-eki ni dengarnya ada restoran muslim dari google yang Fendiosman cari. Nasib la awek Kafe Batu Keras ni sedia membantu! Siap dicarikan lagi tempat dalam internet supaya pelanggannya mudah. Memang terpuji. Japanese Hospitality katanya!

Kalau dah ada darah Kelly-ng tu, tetap la nak makan rempah segala kan. I managed to find a Pakistani restaurant dengan bantuan awek Kafe Batu Keras ittewww.....dannnn....

Plinkkkk.....Naan dan 3 jenis kari, serta teh tarik yang lazat. Mintak maaf la ye, Fendiosman memang tak gemar makan makanan Nihon. Tak boleh terima tekak. Harga agak berpatutan. Dalam 1500 yen je (darab 4 ye murid-murid.....). Balik Mareshia sok memang tak boleh buat perangai makan mahal2 camni dah...

Sedap sehingga mencapai orgasme berperingkat. (Ni menurut kata kawan Fendiosman laaa...). Tapi memang puas hati. Orang kata kat Nihon ni susah nak paham bahasa....memang betul tapi kena ringankan mulut bertanya. Lepas satu satu, lepas kiri kanan. Memang kena tanya....kalau tak memang sesat barat! (Awat sesat barat ek? Bukan sesat timur? Tak pun sesat selatan ke?)

Jalan2 lepas makan, ingat nak tengok wayang....tapi salah panggung daaaa.....

Cukup la takat posing2 je sebagai alibi berada di Tokyo...ni kat area Ueno! Badan penat....perlukan rehat...esok nak menapak lagi. Makanya....eloklah berenti di sini...

4 comments:

swit@kon said...

ada nama ahkon kah pada tshirt batu keras itiew. hahahaha.

bestnya merasa banyak benda. erm..syiok!!!!!!!!!!!!

azanov said...

wow.. best naik Nozomi yg harganya sangat2 mahal pasal dia ibarat direct train la. kalau yang pakai duit sendiri tu, naik shinkansen yang berenti2 lg banyak giler jimat. then kalau naik train 2tingkat, yg tingkat bwh mmg nampak rel je la.. heheh

=)

MOLY said...

sakan bershopping
sakan berjalan sane sini
ni yang nak menjeles banyak ni
lagi2 bila tengok cafe batu keras tu
mak tak relaaaaaaaa !!
:P

phachat said...

Hmm... bonda ke awek Nippon tuh yg bg direction ke Samrat?? Samrah mentari katanya....