Tuesday, June 09, 2009

JICA, Management Training - OSAKA & TOKYO Part I

Konichiwa..

Sebagaimana yang Fendiosman janjikan, ni liputan pertama mengenai kunjungan Fendiosman ke Jepun untuk menghadiri kursus untuk 27 hari.


Adapun perjalanan Fendiosman bermula pada hari Ahad malam, penerbangan berlepas jam 11.45 malam dari KUL ke KIX. Heh.....kekwat neh, sambil menayangkan visa dan tiket penerbangan katanya. Perlu ke hebahkan? Rasanya perlu la kot, sebab bukan semua orang dapat peluang camni dak?


Acara untuk rombongan Cik Kiah ke Osaka ni bermula pada jam 8 malam. Walaupun ada jugak insan yang datang pukul 9 sebab jalan jem katanya! Jem kah? Dah tau jem, buat la time management yang sempurna. Salah ke solat kat airport? Rambut bitchy beehive ala-ala iklan astro dah mula mengembang....makanya ada la insan yang kena lazer sebab lewat melaporkan diri. Pastu feeling2 diva nak sengeh2 je kat Fendiosman. Cantik ke nak sengeh je?


Selesai urusan di check-in counter. Dengan beg peti ais segala, makanya semua bersedia untuk memulakan perjalanan. Alhamdulillah, dapat upgrade ke business class sebab load tak penuh sewaktu penerbangan. Jadi, tak timbul issue sentap macam siri terdahulu sebab tak dapat upgrade. Kaaaaaan?


Jam 11.45 malam, pushback. And Osaka...here we come. Since the flight departed near midnight. No meals were served except for midnight snack. Yaaaa...sate yang lazat bersama kuah kacang banjir. Lahap gila neh...walaupun baru melantak kat Golden Lounge. Almaklumlah nak tinggal Malaya untuk tempoh yang agak lama. Better melantak secukup rasa makanan Malaysia. Hiks...


Errr....konon seat empuk la sangat, tapi Fendiosman tetap tak boleh tidur. Baru nak terlelap, dah terjaga. Lelap la balik....terjaga semula. Hallahai...dengki sungguh tengok mamat sebelah Fendiosman, take off je, terus dia pengsan dengan bangganya. Bangun apabila si pram hulurkan tuala panas untuk sarapan. Fendiosman? Terkebil-kebil pasal tak boleh tido. About 4 hours after take off, matahari pun dah mula naik. Rasanya time ni ada kat area Taipei, based on Flightmap yang ditunjukkan di PTV yang ada di depan Fendiosman.


Breakfast (sebab lahap lagi, lupa nak amek gambar nasik lemak yang lazat itu), and we started to decend about half and hour before landing. Bila dah rendah tu, mula la nampak tanah di negara Jepun. Berbukit bukau katanya. Sambil menjakunkan diri tengok pemandangan, Fendiosman beramas mesra dengan jiran Fendiosman yang dengan bangganya sebelum departure menyiku air jus mangga ke atas baju Fendiosman. Tapi sebab Fendiosman tak kekwat malam tu, Fendiosman biar je pram yang selesaikan urusan mengelap badan Fendiosman. Wahhh....dilap oleh pram? Hiks....


Alhamdulillah, lebih kurang pukul 7 pagi pesawat yang membawa Fendiosman selamat mendarat di Kansai (KIX). One of modern wonder of the world. Airport yang terapung di tengah laut katanya.


Masing-masing ceria la konon. Sambil membuat pelbagai aksi di dalam keretapi yang membawa kami ke balai ketibaan. Lebih kurang KLIA la jugak.....


Hmm..di KIX ni susah sikit nak bergambar. Polisnye sangat detail memerhatikan. No camera allowed katanya. Heh.....sempat gak snap sekeping yang ada tulis Kansai ittewww....sebagai bukti. Kang kata cerita kosong lak kan!!


Selesai urusan semua, termasuk health screening, kami serombongan dibawa ke JICA office KIX untuk urusan pengangkutan ke tempat penginapan di JICA Osaka. Well....kat sini almost everything tulis dalam Bahasa Jepun, jadi Fendiosman agak sukar jugak la untuk menyesuaikan diri. Tercengang.....ya la, Fendiosman dulu kat sekolah belajar Bahasa Arab. Bahasa Jepun tak dioffer di sekolah ittewww satu masa dulu.


Errrrr, this is the view of KIX from the bridge connecting Kansai and KIX. Cantik!

Bila mula je duduk kat seat dalam bas tu...apa lagi, doze off la. Sebab tak boleh nak tido dalam flight kan....about an hour after bus ride, we arrived at Ibaraki. Tempat penginapan JICA Osaka.

Welcome to JICA Osaka (Versi Jom Jalan-jalan ala Maria Tunku Sabri katanya....). Nampak menarik......cuaca agak sejuk walaupun summer. 20 darjah katanya. Mrasa la cuaca kat Genting Highland kan....

Hah...masing-masing menurunkan peti ais dari bas. Dan terus dibawa ke bilik taklimat untuk penyerahan kunci! Heret la peti ais segala neh...Fendiosman ada 4 beg. Satu beg untuk baju bagai, satu beg untuk barang shopping termasuk bantal kapal terbang, satu garment carrier dan satu beg monyet bergayut untuk backpacking around Osaka and Tokyo.

Penatnye hai....here is the room. Bilik kat Osaka ni sangat kiut. Muat-muat saiz badan je. Tapi katilnya sangatlah empuk. Apa lagi.....katil di depan mata, walaupun perbezaan waktu sejam je, still jetlag nehhh......tido la apa lagi........zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

Sedar-sedar je dah pukul 2 petang. Sambil tu buka sliding door, tengok pemandangan sekitar Ibaraki ittewww...cantik! Sejuk dan mendamaikan....cari kawan-kawan semua dah takde. Tinggal 2 3 kerat je lagi. Ingatkan dah kena tinggal. Memang kena tinggal pun sebenarnya....padan la muka, sapa suruh tidoq.

Hmm..with the remaining participants, kami berpakat nak naik keretapi ke Osaka Downtown. Sneak preview katanya. Walaupun tak reti berbahasa Jepun, Fendiosman dan rakan-rakan tetap meredah jugak untuk explore part of Downtown.

Haaa...Osaka Central Station.....mrasa la pusing-pusing buat lawatan Che Kiah kat sini. Pusing kiri, pusing kanan sampai lenguh kaki ni ha...tapi still enjoy. Balik asrama pun waktu dah gelap. Rupanya kami je yang advance ke Osaka Downtown. Lain-lain tu gigih berjalan kaki sekitar kawasan Ibaraki je....

Kiranya kami mendahului senarai la eh! One thing yang Fendiosman perhatikan pasal Jepun ni, punctuality diorang sangat dijaga. Bas yang dinaiki Fendiosman dari JICA, kalau kat jadual tu tulis jam 4 petang, TEPAT jam 4 dah jalan. Takde 4.01 ke, 3.59 ke. Alangkah bahagianya kalau kat Malaysia pun macam tu!

Cukup untuk siri satu...nanti kita sambung lagi ya murid-murid....

Daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....

8 comments:

LavenderGal08 said...

warghh..akan ku ikuti cerita seterusnya

ainharul said...

bestnye dpt g jepun..

swit@kon said...

tak sabar tunggu next episode. kirim salam semua kat sana k!

kapalkeras said...

nak kimono seksi.. nak kimono seksiii

perantau.tt said...

alamak bang.. how i miss that place so much la.. eh yang nampak monitor dlm bilik ko tu memg ade ke ko punye laptop tuh..

tempat nye masih sama cume.. aku jeles la pulak tgk ko nak MH bisnes class lagik.. cis.. aku dulu naik JAL je.. haha jadilah ye tak..

dah ade wifi ke kat hostel tuh?

masmera said...

glad you're enjoying yourself thus far.. i ingat i sms sebelum u take off.. rupanya i was 25-minutes-too-late katanya...

keep updating! take care

fiza

phachat said...

Uits, pram lap air yg disiku org seblah tu tumpah ke mana?*matila aku berpikiran bukan2...

MOLY said...

ehhh .. encik fendi
harus la hebahkan
kalau boleh seluruh dunia !!
wahh .. gitu
huhu ~

bila lagi nak tayang dlm blog kan
peluang FOC ajo
bukan senang nak dpt pergi sana
kalau keluar duit sendiri, antara mampu dengan tak mampu je

jadi, nikmatilah peluang yg ada sebaik-baiknya

tolong bawak balik pakwe hensom satu untuk saya !!

:P