Saturday, June 13, 2009

JICA, Management Training - OSAKA & TOKYO Part VI

Hari ni off-day kata jadual. Walaupun off-day tapi kunjungan Fendiosman ke Osaka ni takde nak off la kan. Bila lagi nak explore kawasan sekeliling dak? Makanya, hari ni Fendiosman dan rombongan Che Kiah buat kunjungan muhibbah di samping menjana pendapatan ekonomi Jepun dengan berkunjung ke Universal Studio Japan. Orang sini kata USJ. Bila sebut USJ terus Fendiosman teringat USJ kat Subang nun! Rumah sapa tatau kat sana?

Perjalanan ahli rombongan Che Kiah ke USJ itteww bermula jam 8 pagi. Nak lagi awal tak boleh sebab bas shuttle dari JICA ni hanya start berfungsi pada waktu ittewww. Ye la, nak sewa teksi mahal, konsep jimat cermat mengikat perut di rantau orang sebab nak bergumbira. Hatta makanan pun ditapau secara seludupan di kafeteria sewaktu bekpes (syyyyyyyyy....ni la kerja kami hari2 sebenarnya! sebenarnya ilmu ni diturunkan dari orang yang dah pernah datang JICA sebelum ni).

Dari stesen Ibaraki ittewww, kami bertukar 2 tren sebelum sampai ke destinasi. Tambang kurang lebih 380 yen (kau darab dengan 4 je untuk dapatkan duit Mareshia- agak dalam 16 hengget la). Awal pagi pun dah ramai orang yang nak memulakan lawatan ke tempat yang sama dengan destinasi Che Kiah sekelian.

Turun tren....pakat dok jadi orang peghak (untuk orang2 luar dari wilayah utara, sila tanya kepada orang utara ya), masing2 dok ambik gambar. Belum pun masuk ke Universal Studio, dah pakat dok lawan posing.

Hadhooorrrr.....termasuklah Fendiosman.

Ingatkan kami ni awal la kan, sebab tempat tu bukak pukul 9 pagi. Sekali bila sampai kat main entrance, punya la panjang beratur! Huhu.....dah mula terasa keadaan yang bakal kami tempuh kat dalam nanti. Nak beli tiket je dah setengah jam......isk, gamaknye orang Jepun memang suka tempat2 camni kot?

Haaa, ni dia wajah senyum paksa selepas membayar 5800 yen (kau darab lagi sekali dengan 4) untuk masuk ke USJ ittewwww....sanggup ikat perut semata nak masuk ke dalam. Bukan Fendiosman saja, tapi kesemua ahli rombongan Che Kiah la kisahnya (tapi...orang biasa susah cam Fendiosman ni memang terasa gak la nak keluarkan duit tu....almaklumlah...).

Masuk je ke dalam, ada la maskot2 depa dok beraksi kat depan menyambut ketibaan pengunjung. Fendiosman mula2 nak ambik gambar dengan Woodywoodpeckerina (Rina sebab versi wanita ya murid-murid), tapi ramai sangat la posing dengan dia. Takpelah, penguin pun jadilah......asalkan maskot! Hmm..mulalah acara eksplorasi di sekitar kawasan ittewww.

Dalam USJ ni, ada satu ride yang Fendiosman memang taknak naik. Walaupun dah beratur pada mulanya, tapi sebab pikirkan health state, tak elok la Fendiosman nak nyusahkan orang. Ride apa ya? Of course the roller coaster. Satu memang la pasal health state. 2, sebab Fendiosman terpengaruh dengan cerita Final Destination yang bangang ittewww (rasanya boleh saman tak depa sebab dah menjadikan Fendiosman takut? Bukan takut nak naik roller coaster saja ya murid-murid, tapi naik kapal terbang pun Fendiosman takut.....nampak je ala2 berani, tapi kalau travel sensorang, mrasa la beristighfar dari awal sampai flight landing....)

Well....acara posing memosing pun bermula untuk hari ini....

Haa..ni model kereta versi lelaki. Tapi kalau ada model camni, rasanya takde sapa pun teringin nak beli kereta....tak gitu?

Since kat sini banyak sangat attraction dan tempat untuk posing, apa lagi...posing la. Tapi, dalam posting ni takde la Fendiosman nak letakkan gambar gedik semua! Sekali sekala mari berskema seperti gambar di atas. Cuma senyum copy-paste (ni kata si Kerel) tu je Fendiosman berjaya kekalkan sebab dah diajar waktu jadi kabaret dulu untuk senyum. Hiksss...and I know I have a sweet smile (*matila perasan....).

Ni kat Oz. Nak naik atas stage sama2 dengan binatang tu, dirantai pulak kawasan sekeliling. Dok tepi sudah la...janji masuk dalam gambar.

Yang ni pulak dekat kampung JAWS. Nak ambik gambar kat ikan JAWS tergantung depan entrance tu kena bayar...jadi ambik feel dok dekat kampung JAWS pun ok la kot? Heh...

Ride yang pertama Fendiosman naik, Jurassic Park. Beratur dalam 50 minit gitu (ehh..bukan ke dah nak dekat sejam?). Ye la deknon....dah bayar ribu-ribu yen, kau tak reti lagi nak hargai duit tiket? The ride was nice, dengan simbahan air yang memercik (walaupun Fendiosman pakai raincoat), memang sangat menyeronokkan. Satu, sebab dia di tempat tertutup...(boleh rujuk kat sebab Fendiosman tak naik roller coaster tadi, dan humbanan ke bawah dia ala2 manja je. Hehe...sebab kedua.....sila rujuk sebab pertama. (*Matila taknak mengaku penakut kan?)

Selesai kat situ, konon beralih ke kampung JAWS semula. Tengok waiting time 70 minutes. Tetap gigih neh....nak jugak naik. But it really worth the queue la. Walaupun waktu tu exceed 70 minit (sebab orang yang beli express boarding boleh naik dulu walaupun datang lambat), tapi the way they present the show memang superb (walaupun cakap Jepun yang laju satu patah haram langsung Fendiosman tak paham).

Ni la view rumah Mayor Vaughn dalam cerita JAWS. Saja letak gambar pemandangan. Sebenarnya Fendiosman ada gambar sendiri posing kat sini, tapi kang asyik letak gambar sendiri, orang kata feeling2 nak enterprem blog sendiri lak kan?

Siri lawatan Che Kiah ni diteruskan dengan perut yang lapar2 manja. Nak makan, tak boleh bawak masuk makanan (walaupun dalam beg ada nasik dan serunding). Kasik jalan pusing2 dulu, naik rides yang ada. Naik Back to The Future yang pening ittewww kena beratur 50 minit. Nak masuk Spiderman pulak, 70 minit. Nak masuk Backlog, 30 minit. Nak masuk panggung 4D SHREK pun 30 minit. Alamat letih kaki berdiri je la nampaknya. Tapi mengenangkan 5800 yen tu, kena la jugak gagahkan...

Ehmmm...ada orang dok tunjuk gambar posing dengan awek Jepun, pastu dok kata apa kelas amek gambar sorang2. Errr......ni dia Fendiosman pun ada ambik gambo gak. Tapi bukanlah dengan yang ranggi funky segala tu, tapi yang ni awek kerja kedai gambar kat dalam USJ tu. Kira awek Jepun la jugak kan?

Banyak la jugak tempat Fendiosman posing. Menguji kemampuan posing katanya...

Gambar tiang pun Fendiosman ambik gak. Untuk feeling2 overseas....walaupun dok kat overseas jugak sebenarnya. Hahahaha....

Baiklah murid-murid, pesan Mama Fendiosman, kalau pi mana pun, tanggungjawab tu kena tunaikan. Jadinya...walaupun sedang bergumbira di tanah orang, tempat yang susah nak buat amal ibadat, kewajipan sebagai Muslim tu jangan lupa.

Punya la susah nak cari tempat solat. Err..ni bukan la Fendiosman yang bersolat, tapi one of ahli rombongan Che Kiah. Waktu ambik wudhu je orang dah tengok atas bawah. Since tempat ni ada air, mana nak boleh buat tayammum dak? Pusing punya pusing, last2 terjumpa tempat belakang bangunan yang agak kosong dan lapang jauh dari hiruk pikuk orang ramai.....Alhamdulillah (err..ni bukan versi Zamarul dan Diana Rafar ye murid-murid).

Hmmm...ada jugak show sekitar kawasan USJ ni. Fendiosman suka tengok Big Bird sekor ni. Tapi tu la kan, show apa pun...semua dalam Nihongo. Kruh kreh kruh kreh....terkebil-kebil Fendiosman nak pahamkan. Hatta wayang Shrek pun dalam Jepun. Adoiiilaaaa.......

Mari kita terus berposing ya....

Alang2 dah mai sini...walaupun kamera murmur sebagai yang dinyatakan. Tapi tetap gak menghasilkan gambar yang baik sebab model yang ditonjolkan berpengalaman dalam dunia peragaan. Laaaaaaaaaaaaaaaaaaariiikkk...

Tah kenapa balik2 Fendiosman dok posing kat props kampung JAWS.....

Kat sini ada jugak Walk Of Fame...sesuai sangat untuk posing. Provided takde orang lalu lalang la....

Lenguh kaki berjalan...hari dah petang. Memikirkan bas percuma terakhir abis jam 8.25 malam. Segeralah kami semua pulang....walaupun lenguh, tapi hepi la sebab dapat bergumbira di USJ ini.

Tengok...sampai petang pun orang masih ramai lagi. I wonder how much USJ gains daily! Musti juta2 kan?

Hmm..sebelum balik, of course la mencari kedai membeli Gelas Tembak untuk menambah koleksi sedia ada. Walaupun tak naik Roller Coaster, tapi Fendiosman tetap puas hati dengan lawatan Che Kiah ini....

Hari ni Sabtu, esok Ahad...off-day lagi! Nak pi mana pulak eh?

4 comments:

Baiti Mustafa said...

waah..seronoknya ko jenjalan noxs...!!!

aku nak FM jepun dlm 2 3 ketoi.....kalau bleh blikan..nanti aku bayar balik la bila jumpa ke mebeng2u ke.hahah

..hang still hutang lunch ngan aku..

swit@kon said...

makin syiok lah!!! best2. paling mahal posing model kereta lelaki itiew. me likey. hek hek...lagi encik tayo, lagi....:D

Uncle said...

Dear Fendi Osman.

Your blog is very interesting. There are plenty of things to explore in Japan. Grab the opportunity! Take care and have fun!

DINATRA said...

BEST BEST BESTTTT!!!
bro, selamat berjalan2 and please take care ok?