Tuesday, June 02, 2009

Snaking....away from the office

Adapun hari ni Fendiosman berjaya menyelamatkan diri dari menghadiri 3 mesyuarat yang dianjurkan di peringkat Jabatan. Mesyuarat Pagi Pegawai Kanan, dan juga mesyuarat-mesyuarat pasal aktiviti. Bukannya Fendiosman tak suka duduk kat pejabat sekarang tapi sebab mesyuarat bertimpa-timpa rasanya kena la Fendiosman melarikan diri barang sekejap.


Walaupun Fendiosman berlari, tapi tidaklah Fendiosman lari jauh. Takat beberapa kilometer je dari tempat Fendiosman bekerja. Apsal plak lari? Pontengkah? Heh...bukan ponteng aaaa (kalau ponteng nanti ada bas datang dengan pengawas-pengawas, angkut bawak masuk kat Parcel C, pastu Ketua Jabatan kena datang ikat jamin. Kau ado? Macam kes jenayah katanya!

Heh...kembali kepada cerita keluar pejabat. Hari ni Fendiosman ke Menara Citibank untuk mendengar taklimat daripada sebuah organisasi yang akan menganjurkan kursus bermula pada minggu hadapan. Siap ada video komperens....(kami ni orang kampung...tak reti nak komperens segala). Taklimat yang diberikan adalah berkenaan latar belakang kursus, dan beberapa perkara yang berkaitan dengan perjalanan kursus yang dijangka berlangsung selama 27 hari. Tudiaaahhh...kursus apa sampai lama camtu?

Dah nak pergi kursus 27 hari, makanya kenalah beli beg sebesar peti ais. Ahad lepas sempat la jalan ke Alamanda mengangkut sebijik beg bersaiz peti ais berjenama PakDin untuk dijadikan tempat menyimpan barang-barang yang bakal dibawa bersama nanti. Pakaian, keperluan kursus, itu ini begitu begini. Selama ni ada takat trolley bag saiz kecik je, yang muat-muat untuk bawak masuk dalam cabin. Kali ni nampaknya kena la check-in ke dalam kargo.

Dalam sesi taklimat tu, penerangan yang jelas diberikan oleh urusetia yang bakal mengkoordinasikan kursus. Pada masa yang sama, Fendiosman turut berkenalan dengan peserta-peserta lain yang datang dari seluruh Malaya. Ada kurang lebih 20 orang yang hadir. Tapi, Fendiosman nak berkursus di mana ya? Hmm..tu kita syadap-syadapkan dulu. Fendiosman kasik preview menara di lapangan terbang saja. Silalah cari sendiri ye murid-murid!

Err....kursus kali ni kena naik kapal terbang jugak. Mana destinasinya? Timur? Barat? Utara? Selatan? Tu pun Fendiosman diamkan dulu. For those yang dah mengetahui....mintak diamkan dulu la perkara ni. Nanti bila Fendiosman nak naik kapal terbang, Fendiosman akan bagi laporan terkini. Tapi 27 hari away dari pejabat...perrrrgghhh...dah lama tak rasa camtu sejak-sejak abis DPA tahun 2005 yang dulu!

Bila sesi taklimat tu, tetibe rasa nak tergelak bila ada sorang Hamba Allah ni tanya urusetia dengan soalan yang aaaaaaamat mengkagumkan. Beyond Extraordinary katanya..

"Urusetia dah booking MOML ke untuk kita makan dalam penerbangan?"

"Kita naik MAS cik....makanan semua halal..."

Dengan kompidens persis finalis miss world, beliau seraya berkata;

"Ehhh...kena booking halal jugak...walaupun MAS, nanti takut tak halal"

Hadhooorrrrrr......kena ambik majalah Going Places tenyeh kat muka dia neh. Dengar2 dah pernah gi overseas tapi tetap jugak nak MOML walaupun naik MAS kan! (For those yang taktau, MOML tu adalah Moslem Meal, yakni makanan Halal).

Dengan kompidens Fendiosman pulak membalas;

"I cabin crew....."

Tudiahhh...nada sinis berbaur kekwat dengan sentimen sekali dimainkan. Kalau rambut panjang, sah Fendiosman libaskan ke muka beliau. Bukan apa...orang dah terangkan macam nak tercabut anak tekak tapi dia teeeetap nak request MOML. Motif? Lainlah kalau dia nak Kosher Meal. Memang kena request! Keturunan Israel kah?

Anyway...lepas sesi perkenalan dan taklimat, makanya selesailah orientasi awal peserta kursus seramai 20 orang itu, walaupun hanya 19 orang saja yang sempat memunculkan diri. Dah habis semua, satu kerja la pulak mengumpulkan dokumen perjalanan untuk dihantar ke tempat yang mengeluarkan kebenaran masuk. Hiks....ingatkan lama...rupanya 2 minit dah siap.

Hmmm...untuk 2-3 hari ni, kena la buat check list barang-barang yang dibawa. Cuba untuk meminimakan berat beg supaya harapan dikenakan excess luggage tu tipis. Tapi....aura Fendiosman mengatakan, memang akan kena nanti. Tapi pelanggan Enrich Gold seperti Fendiosman ni rasanya ok kot, ada 50% extra allowance untuk dibawa. Nanti la Jumaat ni boleh la load barang masuk beg. Sekarang ni, buat rileks seperti biasa, jalankan kerja macam buat sebelum ni jugak.

Looking forward to attend the course and I won't waste the opportunity given by the Government. Insya Allah.......

13 comments:

phachat said...

Bonda kena betulkan. DPA tamat bulan 12 2005lah TAYO!!

p/s: buat je apa yg patut dibuat. Tenyeh je going places kt hidung dia. x pon browse website MAS, tunjuk penerangan/jaminan kehalalan food onboard dengan komputer yg monitornya besar gedabak ala2 tv 21inch dolu2, then ko hentak je dahi dia kt monitor kaca tuh!

LavenderGal08 said...

wah...gi *A*A* giteww..Have fun

MOLY said...

27 hari kursus ??
woww ~
memang lama giler ok
cam jauh jek nak pergi tu

apa2 pun, alang2 dah pergi kursus, jangan lupa gi jejalan dan shopping

hehehe
:D

selamat pergi dan selamat pulang yer !!

yang penting jgn lupa update bloggggg :D

HaNiE said...

souvenir abg pendi ye... bag fendi pun okeh

swit@kon said...

wah. seronoknya. encik TAYO nak ke mana?? tak sabar nak tau destinasi kursus yang ala2 meletops tu. oh, btw...kami InsyaAllah join Senam Seni taw!!!!

nishashburn said...

tahniah! oleh kerana telah berjaya untuk berkursus, masih adakah dendam kesumat amarah terhadap siti hajar? hehehe...

Wanpetunjuk said...

Selamat berkursus di timur dunia...

*Lucu banget baca tentang makanan halal/tak halal tuh....

Kekwat sungguh!!!!

Hehehehe...take care bang!

X-weatherman said...

Wah...gumbira benor nampaknya..

CH said...

semuga selamat pergi dan balik...

kama said...

selamat pegi n selamat balik ye mr tariq.. tp manusia yg request MOML tu mmg duh! lawak2

swit@kon said...

kirim kimono !

:P

Zamil Afiq Zulkifli said...

wah.. seronok tu..
kursus apa?
kursus kawin yek?

UrbAnWiTch said...

waste brother.. bukan WAST, hehehe