Wednesday, July 01, 2009

Pojok


Murid-murid sekelian, hari ni topik JICA ditangguhkan sejenak untuk memberi pesanan penaja kepada para pembaca. Ye lah asyik siaran utama je, apa kata kita selitkan iklan untuk menjana sumber ekonomi negara. Hari ni kita nak belajar pasal cili. Sejak Fendiosman datang ke Nihon ni memang payah la sikit nak mencari makanan pedas. Kalau nak jugak makanan pedas, kena la ke kedai India ataupun Pakistan, yang semulajadi menjual barang-barang sebegitu. Kalau wasabe Nihon tu pedasnye sikit je. Pastu hilang lenyap. Tapi kalau DKK macam Fendiosman ni memang tak kisah kalau bercili. Lagi pedas lagi sedap. Biar berair idung takpe, daripada takde rasa langsung. Ada jugak cili yang bagi berair mata. Biasanya cili macam tu susah sikit nak dicari, sekali sekala je dapat. Hanya dalam acara-acara tertentu.

Tapi kenapa cili ye? Apa kaitan iklan hari ni? Ish.....takde kaitan apa pun, sekadar teringat kepada rasa pedas cili itu. Macam Fendiosman cakapkan tadi, Fendiosman susah nak cari cili kat Nihon ni. Semua makanan rasa tak pedas. Tapi......walaupun tak pedas, memang ada jugak yang panas sebab termakan cili di Nihon ni. Berapi katanya. Sapa dia tatau?

Kalau dapat tengok kat karpet hijau di tepi blog Fendiosman, pembaca sekelian boleh tengok Che Mat Poi tulis komen pasal Fendiosman yang merasakan diri Fendiosman ni adalah yang terbaik. Konsep nak baling batu sembunyi tangan, ingat Fendiosman ni tak reti nak trace siapa yang tulis tu. Jadi...dengan IP yang berjaya dijejak kesan kecanggihan teknologi, jelaslah orang yang menulis itteww adalah orang yang terkena pedas cili di negara Nihon ini. Untuk Che Mat Poi (kompem kau suka tengok AC DI SINI yang tak berfaedah tu), pedas ke cili yang dimakan tu? Nak tambah lagi?

Macam Fendiosman cakap sebelum ni, konsep kalau tak makan cili, buat apa nak cari air minum hilangkan rasa pedas? Jadinya, teori makan cili tu memang la betul. Tapi yang peliknya, salah sendiri makan cili, lepas tu nak laporkan kata orang lain yang suruh makan cili? Apa cerita pulak tu? Kalau taknak rasa pedas, jangan makan cili. Makan la gula, tak pun minum madu. Betul tak?

Hmm...teringat kertas NOTA PERSEDIAAN yang dibekalkan oleh Agensi Pusat pada hari taklimat di Citibank tempohari. Antara petikannya termasuklah SENTIASA MENJAGA IMEJ PEGAWAI KERAJAAN MALAYSIA. IMEJ ye murid-murid....dan kat bawah tu ada jugak lagi anak2 nota yang boleh dimasukkan di bawah perkara imej. Ada satu lagi adalah berkenaan PUNCTUAL. Kalau dari hari pertama kat Mareshia pun dah tak punctual, mustahil la tak menjadi target Fendiosman. Konsep yang Fendiosman pegang sekarang adalah konsep datang berkumpulan. Jadi, kalau seekor kerbau membawa lumpur, habis kerbau lain akan terpalit. Ni sekadar pandangan Fendiosman berdasarkan apa yang dibekalkan dan apa yang ditaklimatkan oleh Agensi Pusat. Tak tau la kalau ada intepretasi yang berlainan dari orang lain.

Tapi yang Fendiosman paling tak faham, bila orang makan cili tapi rasa pedas tak hilang2. Hairan cili mana la yang diorang makan tu. Mungkin berlonggok-longgok cili yang ditelan. Memang pedas sangat la tu. Bila dah makan cili, memang la kena minum air. Kalau tak minum, sah rasa pedas tak hilang. Orang sekeliling pun kadang2 prihatin, ada yang cuba bagi bantuan dengan bagi air, tapi sebab rasa hebat, air pun ditolak. Sudahnya? Rasa pedas tak hilang, makin bertambah lagi ada la.

Err..kepada yang tak mengenali Fendiosman dengan betul, memang akan rasa horror bagaikan anak tiri cerita Lela Manja. Dan tidak kurang jugak ada yang berkata...ALANGKAH BAIKNYA AKU TAK KENAL DENGAN FENDIOSMAN. Fendiosman langsung tak berasa terkilan kalau ada orang yang berpendapat sebegitu. Tapi, apa yang Fendiosman cuba sampaikan itteww sebenarnya Fendiosman dah intepretasikan terlebih dahulu untuk menjaga imej sebagai pegawai Kerajaan Malaysia. Sebab apa? Sebab Fendiosman taknak dilabelkan sebagai pegawai Kerajaan Malaysia yang tak reti menjaga imej negara.

Tepuk dada, tanya selera. Orang hantar jauh-jauh, suruh menimba ilmu, bukan suruh borong cili dari Nihon bawak balik Mareshia. Kat Mareshia pun ada banyak cili la! Nanti excess luggage sila bayar sendiri ya. Ish ish ish.....

5 comments:

phachat said...

Aku baca Wikipedia, cara nk hilangkan pedas dengan segera adalah minom susu sejuk. Ce ko bancuh susu buatan cina yang ada saki baki melamin, tambah ais ketui 2-3 bijik then suap kat orang yg kepedasan tuh. Meh kita tengok dia brani bukak mulot mintak cili tak lagi...

*matila keracunan melamine...

Adi Osman said...

BONDA PHAC

susu sejuk kah?
kalau yogurt yakult shirota tu boleh tak?
ada rasa masin2 sikit!

mungkin lagi cepat hilang rasa pedas tu.

hish...tak baik bagi racun melamin tu, nanti kena tangkap tuduhan membunuh sapa nak jawab?

ada aku kesah?

swit@kon said...

pelik la. macam2 hal orang2 ni kan. dah terasa tu pepandai aaa ubah lagi mau simbah petrol, makin marak la api. hahahaha kang rentung kang!

azanov said...

ntah la. aku pun tak sokong sapa2. tapi rasa nye ko kena tegur dulu si pemakan cili direct sebelum tegur dlm blog (mungkin udah kot).

apa pun, kalau ke luar negara, WAJIB la jaga nama negara. We are representing our country. If u are stupid, then they will say Malaysians are stupid...

MOLY said...

hari tu buat pertama kali puan lily memasak ayam masak lemak cili padi.

perghhh !! meletop pedas tak terkata

agak2 yang suka makan cili tu nak merasa x ?? :D