Monday, July 20, 2009

Dilema Kerja


Adapun hari ni Fendiosman nak berkongsi masalah yang Fendiosman hadapi, dan rasanya kali ni Fendiosman perlukan pandangan daripada pembaca budiman sekelian untuk mengatasi rasa takut Fendiosman yang sekarang ni menyelimuti diri.

Kisahnya, Fendiosman ada terima surat layang daripada seorang pengurus kontraktor mencuci bangunan di sebuah negeri yang menceritakan perihal seorang isteri muda kepada pengarah jabatan itu yang suka campur tangan dalam urusan pentadbiran pejabat. Walaupun isteri itu adalah isteri muda, lagak beliau adalah mengalahkan isteri tua sedia ada. Isteri tua tinggal di negeri yang berlainan dan jauh daripada pandangan suaminya yang merupakan pengarah sebuah negeri itteewww.

Daripada surat yang diterima itteewww, jelas sangat apa yang ditulis oleh si pengadu menyatakan bahawa si isteri ini dah jadi ma'am besar dan sangat digeruni oleh anggota jabatan tersebut. Sebarang aktiviti pentadbiran di tempat ittewww memang perlu mendapat restu daripada sang isteri muda ini, dan sang isteri ini akan menyinga sekiranya apa yang dihajati tidak ditunaikan.

Terbaru, cerita pasal sang isteri mengambil tukang cuci bangunan untuk bekerja secara percuma di rumah beliau ittewww dan mengugut akan menamatkan kontrak pencuci bangunan sekiranya aktiviti ittewwww dibocorkan kepada pihak luar. Sang isteri ni semakin bermaharajalela. Habis jurulatih dan anggota kena herdik dan dikeluarkan kata-kata kesat.


Fendiosman mulalah menyiasat aduan seperti yang dikhabarkan dalam surat tersebut. Insya Allah dalam minggu ini jugak Fendiosman akan ke jabatan tersebut untuk menyiasat. Tadi, jari-jari ni ringan untuk mendail pejabat jabatan tersebut untuk mendapatkan gambaran awal mengenai aduan yang Fendiosman terima. Hmm...huru hara sebenarnya kisah yang digambarkan.

Pegawai dah jadi tak semangat nak kerja sebab isteri ketua campur tangan. Masing2 dah kena herdik, kena tengking, kena maki hamun. Ish...kesian sungguh rasanya. Urusan pentadbiran memang dikawal sepenuhnya oleh sang isteri. Apa2 aktivit memang kena dahulukan kaum keluarga sang isteri. Hatta penggunaan harta pejabat pun dikawal oleh isteri. Fasiliti jabatan yang patutnya disewakan untuk penggunaan luar, tetibe je jadi percuma sebab isteri pengarah yang guna. Erksss....


Hajat Fendiosman turun menyiasat adalah untuk berjumpa sendiri dengan sang isteri kepada pengarah ittiewww untuk berbual-bual selain berjumpa dengan mangsa-mangsa secara tersembunyi untuk melihat sejauh manakah masalah itu sebenarnya. Tapi Fendiosman khuatir, sebab sang isteri ni kuat sangat Mak Esah nye. Mak Esah? Mak Esah tu bomoh ye murid2.....

Kang free je Fendiosman kena ilmu2 hitam yang tak elok ni sebab orang tu tak puas hati dengan Fendiosman. Orang kalau dah tak reti bahasa, cakap la macam mana pun, macam dia tu mak datin besar. Fendiosman rasa cabaran ni sangat getir. Tapi tugasan ni memang Fendiosman kena buat pasal it is part of my work. Kalau tak...serupa la Fendiosman jadi tunggul kayu kat sini. Makan gaji buta.


Tapi....Fendiosman takut. Memang benar kita kena bermohon kepada Allah dan hanya takutkan Allah saja, tapi sebagai insan yang lemah, Fendiosman takut benda2 yang tak elok ni menimpa Fendisoman. Macam mana ya? Apa yang Fendiosman kena buat? Macam mana Fendiosman nak hadapi masalah ni?


Tukarkan pegawai? Punca pegawai tersebut kena ke negeri tu sebelum ni pun sebab isterinya yang melampau ittiewww, ni kalau nak tukar lagi memang rasanya takde meninggalkan kesan apa2 pun.


Jadi...apa yang Fendiosman boleh buat? Fendiosman taknan perkara ni berlaku dengan berleluasa. DEAR READERS, BOLEH TAK TOLONG BAGI PANDANGAN KAT FENDIOSMAN? Fendiosman dah buntu!!!

12 comments:

phachat said...

Err, maaflah saya tak dapat bagi pandangan sebab hijab saya setakat duniawi sahajor. Cuma saya hairan, tuan kan pandai agama, takkanlah tak ade ayat2 pendidnding ke, penembok dari gangguan2 alam2 ghaib nih?


Walaubagaimanapun, realiti adalah realiti. Kejadian ini benar, dan memang ada terjadi cuma penyelesaiannya masih samar2, tak de SOP lagi. Hieeeeyerrr, apa nak jadi la....

Saya salahkan : Keliwon. Puaka Nyang Rapik. Misteri Nusantara. Skrip 7707. Anak Betong. 7 Perhentian. Ceplos.

Anonymous said...

kalau siasat dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah, ok tak? so that u tak nampak macam bergerak seorang diri..kan, kan..? :p chop, dalam perkhidmatan awam takde ke biro penyiasatan khas untuk penyalahgunaan kuasa?

X-weatherman said...

Hehehe..ni bukan masalah hang sorang..hehehe

Ni masalah satu Malaysia..

Cuba tanya PM tengok mcmana dia jawab..kah kah kah..

azanov said...

ok. aku pun risau gak benda2 halus ni. cara terbaik mmg kena tukar kan dia. dan pastikan ia tak nampak spt ko yg tukar kan, tapi jwtnkuasa yg terdiri dr beberapa org yg wat keputusan.

tukarkan pun kena tgk, bagi la bhgn yg takde kuasa, yg takde dapat kepentingan, mcm khidmat pelanggan ke, dasar ke.. dan kalau benda tu mmg kau rasa dah betul, tak payah susah2 jumpa dia or turun padang, tukarkan je terus. demi kebaikan semua..

saya said...

susah juga kes ni ye... kalo saya kat swasta ni pon dah tentu2 le perkara mcm tu hari2 terjadi..tambah2 kita contractor diguna2 sepenuhnya kita ni oleh consultant & engineer.. situasi yg berbeza tapi tetap cerita yg sama. pada saya kalo fendiosman nak buat siasatan, buat secara diam2 le dulu.. kumpul segala makpak bukti baru le boleh bertindak. at least kalo ada apa berlaku kita dah ada back-up. takkan nk bagi tindakan lak kat isteri org tu sedangkan dia org luar. yg dah sah2 kene mesti le pegawai tu sendiri. bab2 makesah ni lagi satu hal. tawakkal je la yang kita boleh buat bak kata pengomen pertama tadi tu.. kita siapkan diri kita dengan apa yg patot je la..jangan lak pi ikut sekali pegi joint makesah tu..hwahahha..itu udah jadi cerita lain. apapon.. buat pertimbangan yang terbaik. all the best.

united ARAB emirates said...

Salam....mebe senier boleh dapatkan apa kata mangsa2 sekalian...kenapa x confront pengarah aka suami nye ye??? in this case perhaps senier boleh jumpe dia as last option, bincang baik2. part ilmu Mak Esah tu....serahkan pada Allah, kita tawakkal je...insya allah xde paper

swit@kon said...

alamak. seramnyee.kalau dah pakai mak esah. ermmmm kena kangkangan gamaknya. sushah la itu macam. gunakan apa kemudahan secara tak sepatutnya. haih....amik tatatertib la. tapi pastikan ada bukti secukupnya. atau transfer saja ke agensi yang tiada kemudahan sesenang yang dia dapat skang. atau email saja pada 'uncle' dot pmo dot gov dot my huhu

nishashburn said...

wah, cabarannya kes ini... sekiranya pegawai tersebut adalah pegawai gunasama, mungkin kes ini boleh dirujukkan kepada bahagian perkhidmatan, jaypeeyay?

m|ss angger|k said...

wahh..sungguh getir cobaaan pertama mu ini tariq... aku setuju ngan weatherman ngan phachat. bukan 1st time dengar dan berlakunya masalah nih, SOP xde lagi. kalu ada pun, slalunya yg aku dgr penjawat awam sdr yg buat, bukan ahli keluarga. kt ofis lama dulu, hmm... slalu dpt surat2 level ni tariqq... xdo kojo lain, bukak paper/fail siasatan je aku nihh...

from my humble opinion and mengambil pengalaman kerja yang lepas, 1st, siasat. kalu kat tempat aku dulu, bila nak siasat ni bukan berseorangan, at least, berdua. cth:aku ngan bos (pengarah). so maybe ko sbg pengarah, buleh jugak ajak anak buah sorang, dua bersama. kalu buleh bukan dari mrk yg berkepentingan. hatta, mesti different scheme pun just to safeguard ourselves and memastkan tiada unsur bias/pilih kasih dan yag sewaktu dengannya.

pas tu baru timbangkan options yg ada-kaunseling dgn jabatan, dgn kementerian, tukar etc. tapi kelulusan pengurusan la. kita SYORkan shj. also from my humble opinion, level kita masih stakat mensyorkan sahaja, bukan decision making lagi. apa keputusan masih diputuskan oleh KP, TKP or Kementerian. xtau la kalau setup jabatan ko berbeza, tapi that's what we practised in kemas.

and hal ehwal hitam putih ni, aku pegang satu je. keje mesti IKHLAS. insya allah dgn keikhlasan tu, ALLAH swt akan membantu. tapi kalau terjadi juga, mungkin ada hikmah di sebaliknya yang hanya ALLAH swt shj yang tahu.

Aida Manap said...

tariq..aku rasa cara yg paling selamat, bawak kes nih ke pengetahuan kementerian and pegi together2 ngan org kementerian...nih kes serius, org luar masuk campur hal pentadbiran...at least bila dah ada segerombolan tu selamat sikit..

sazali ahmad said...

Siasat baik2 ala CSI. Tapi jgn sampai siisteri ke2 pegawai tu tahu. Bukan apa - takut nanti bila dia tahu si Fendi yg menyiasat dia nak ikut Fendi balik pulak. Nak promotion jd isteri no 1 melalui si Fendi. Apa2 - good luck bro.

azanov said...

cdgn swit@kon tu baek gak. tu kira tikam dari luar la tp berkesan.
because, kalau email kt KSN, dia akan minit direct kalau nasib baik.
kalau email/lapor Biro pengaduan awam pun bagus gak, because every aduan MESTI disiasat oleh BPA..