Monday, July 06, 2009

Memerhati Gelagat....

DISCLAIMER: POSTING INI TIDAK ADA KAITAN DENGAN YANG HIDUP MAUPUN YANG MATI, CUMA BERDASARKAN PEMERHATIAN PENULIS BLOG YANG SUKA SANGAT MEMERHATIKAN GELAGAT ORANG DAN MENGKAJI BERDASARKAN PENGALAMAN BELIAU SENDIRI

Tudiaaahhh......besaq sungguh disclaimer yang Fendiosman letak. Kalau tak reti bahasa jugak Fendiosman taktau la nak cakap macam mana. Almaklumlah, ada langau yang sangat suka menyinggah sambil memberikan komentar yang sangat membina. Terima kasih Fendiosman ucapkan. Adapun hari ni Fendiosman nak cerita pengalaman memerhati gelagat manusia di sebuah bilik istirehat penerbangan di sebuah lapangan terbang. Dalam bahasa orang putih, nama dia Lounge.

Murid2, lounge ni adalah tempat istirehat untuk penumpang2 penerbangan biasanya untuk kelas pertama, kelas perniagaan, dan penumpang2 yang memegang kad istimewa frequent flyer bertaraf platinum, gold serta silver. Di lounge ini biasanya orang akan berehat sambil menikmati ketenangan sementara menunggu pesawat bersedia untuk berlepas. Biasanya suasana dalam lounge adalah amat sunyi sepi dan daripada pemerhatian Fendiosman, golongan yang berada di dalam lounge ini adalah golongan ahli2 perniagaan. Kalau di Malaysia, boleh lihat pak menteri, ahli parlimen, pegawai kanan kerajaan, orang2 kaya dan yang sewaktu dengannya.

Biasanya dekat lounge ada kemudahan seperti snacks bar, kerusi urut, bilik mandi, bilik segala macam bilik yang memudahkan para pengguna dan tidak perlu untuk berebut menggunakannya bersama orang ramai. Satu kelebihan katanya.....

Ada satu hari yang hening, Fendiosman masuk ke dalam lounge di sebuah lapangan terbang. Ish...Fendiosman bukan orang kaya maupun pegawai kanan kerajaan. Tak mampu nak buat semua tu, cumanya dengan kelebihan kad berwarna emas yang telah diberikan oleh Malaysia Airlines melayakkan Fendiosman untuk sama2 menikmati peluang yang diberi ittewwww. Syukur....

Dalam beristirehat tu, sempat jugak Fendiosman buat pemerhatian. Pertamanya di snacks bar. Ada beraneka pilihan makanan yang dihidangkan sebagai kudap-kudapan. Ada roti, ada kekacang, ada aiskrim dan macam-macam lagi, dan umum maklum bahawa makanan itu hanya untuk dinikmati sewaktu berada di lounge sahaja.

Ada la satu pasangan pertengahan usia ni, Fendiosman perhatikan asyik bukak tutup petiais, bawak keluar 4-5 botol yogurt. Kalau sekali tu mungkin takpe, kejap sang suami, kejap sang isteri, dengan yogurt, dengan biskut lazat, pelik jugak. Dalam hati Fendiosman ni mula la terdetik, ish...buruknya lantak depa ni! Kebetulan pasangan ittewww duduk berdekatan Fendiosman, teng teng teng.....ada adegan tapau menapau masuk dalam beg ye! Macam pergi groceries shop. Mungkin yogurt ittewww sedap barangkali. Makanya perlu la ditapau bagi kat orang kampung merasa. Heh....

Hmmm....hari tu mungkin sang suami tak berapa nak sihat. Selsema agaknya. Bersin tak agak2. Bergema satu lounge. Fendiosman yang berada berdekatan terus membuat tindakbalas refleks dengan menutup muka menggunakan jaket. Almaklumlah, wabak selsema babi ittewww amat merisaukan. Dalam lounge ittewww.....manusia2 yang ada ala2 terkejut dengan bersin yang kuat tanpa sebarang penapis. Kalau sekali tu dimaafkan la. Dok kejap lepas tu bersin lagi.....kali kedua dan ketiga. Fuhhhhhh.....terkedu kejap Fendiosman.

Di satu sudut yang lain pulak, ada sekumpulan pengembara yang turut menantikan penerbangan. Tengok gaya, muda2 lagi. Mungkin golongan korporat muda yang terbang di kelas perniagaan.

Tapi......alahai, sedih Fendiosman tengok. Macam parti la pulak dalam lounge ittewww. Bercakap tak pandang kiri kanan. Bising ya amat. Ada la jugak insan yang prihatin memberi isyarat senyap kat kumpulan pengembara ittewww. Haram tak dihiraukan. Tetap jugak bising. Mungkin menceritakan pengalaman diri masing2 dengan gembiranya.

Ada jugak adegan menjerit, OH MY GOD!!!......kuat sangat sampai orang2 lain terpinga2. Kalau ye pun terkejut, jangan la buat macam tu. Hmmm....tetibe je Fendiosman rasa nak bukak kelas manners dan protokol kat situ. Tapi kesian la jugak, mungkin depa ni first timers kot. Tak berapa nak didedahkan lagi kat benda2 eksklusif macam ni. Kesiaaaannnn! Ada jugak yang tak reti nak silentkan henset. Kuatnya bunyi. Kalau sekali, mungkin la dia terlupa nak silentkan. Tapi kalau dah berkali2.....kat setiap sudut lounge ittewww ada tertulis supaya disilentkan handphone dan bercakap hanya di tempat yang dikhaskan. Tak jugak paham...

On the other hand, boleh jugak nak dikata, adakah depa ni takde common sense? Some people memang tak reti, ataupun buat2 tak reti. Ada la sorang manusia di sebelah Fendiosman ni, gara2 terganggu dengan kebisingan kumpulan manusia yang berparti ittewwww bertanya kepada Fendiosman..

"BISINGNYA....DIORANG NI DATANG DARI MANA?"

Fendiosman tersenyum mengenangkan soalan sinis ittewww. Tapi nak menjawab apa...Fendiosman tak tau. Hai...entahlah. Susah jugak jadi rusa masuk kampung ni kan? Well...dari pemerhatian ni, banyak Fendiosman belajar. Nonetheless, ada jugak yang tak reti2 nak belajar. Tau kira seronok sendiri je. Apa pun, biarlah mereka dengan kegembiraan mereka ittewwww. Mungkin bila dah selalu masuk lounge nanti, baru la tau manners sikit. Harapnya begitu lah.....

2 comments:

swit@kon said...

terima kasih ye encik tayo. saya jadikan perkara ini panduan masa depan (ye la, kad i masih kaler biru and jangan harap nak terbang bisnes klas.)
sangat berguna tau :D

phachat said...

Susah orang kalau tak de manners ni. Kalau cenggitu, apakata kita bawak karaoke set pakat nyanyi ramai2 sebelah wad ICU, boleh?