Thursday, July 30, 2009

Melanggar Sempadan

Adapun hari ni Fendiosman dalam angin yang tidak berapa nak baik sangat. Pagi tadi ok, tapi petang ni, Fendiosman dapat satu panggilan dari Mama Fendiosman. Kalau Mama Fendiosman biasanya call tanya khabar ataupun ada urusan-urusan tertentu, tapi jarang Mama Fendiosman call di siang hari. Biasanya selepas Subuh atau selepas waktu Isya. Hari ni, ya...memang ada urusan tertentu, tapi urusan tu memang tak terduga oleh Fendiosman, dan tak pernah Fendiosman fikir akan ditanya oleh Mama.


"Angah....Mama berkenan dengan sorang doktor houseman ni, anak yatim piatu....anak Auntie Fuziah punya kawan"
Fendiosman dah terkedu...


Selama ni Mama tak pernah tanya langsung pasal ni sebab Fendiosman tak masuk tahap wajib kawin lagi. Dan.....Fendiosman ni bila masuk bab cintan cintun memang rasanya tak termasuk langsung dalam list utama buat masa ni.



Sekali hari ni Mama sudah tanya. Kalau Mama sorang yang tanya tak la menjadi hal, tapi bila dah kawannya ittewww mengambil telefon dari tangan Mama dan membasuh Fendiosman, yaaaa...itu memang menjadi hal besar untuk Fendiosman.


"Mama awak tu dah tua....bila lagi? Tak cukup lagi enjoy? Gaji dah besar pangkat dah besar duit dah banyak, nak tunggu apa lagi"


Macam tu lah kata Auntie Fuziah kepada Fendiosman dalam nada membasuh. Fendiosman diamkan je, bungkam! Sebab bagi Fendiosman, benda macam ni memang dah langgar sempadan privacy Fendiosman. Fendiosman tak suka bila orang tanya soalan2 macam ni. Kalau sekali, ok. Kalau dua kali, boleh tahan lagi. Dah masuk 3 kali tanya, takkan tak paham dengan jawapan sebelum ni kot?


Fendiosman tak salahkan Mama. Ya, Mama teringin nak menimang menantu lagi. Tapi Fendiosman paling tak tahan bila ada orang dok cucuk Mama nak kenenkan sana sini untuk jadi calon ISTERI Fendiosman, memang Fendiosman rasa dah langgar sempadan.


Bagi Fendiosman, tanyalah apa-apa soalan untuk dijawab oleh Fendiosman, tapi satu soalan yang paling Fendiosman pantang ialah bab KAHWIN, ISTERI, NIKAH dan yang sewaktu dengannya. Jangan tanya soalan-soalan ni kat Fendiosman.


Untuk Mama, Angah akan bagitau Mama bila Angah nak kahwin. Angah terharu dengan usaha Mama untuk carikan jodoh untuk Angah, tapi Angah rasa belum sampai masa lagi untuk ke arah itu. Nanti kalau dah kena waktu dan ketika Angah akan suarakan kat Mama. Mama jangan risau pasal tu.


Fendiosman ada cakap dengan Fahmiosman pasal benda tadi, tapi ikutkan riwayat yang disampaikan, bukan Mama yang chiwi sangat nak bermenantu, tapi kawannya itulah dok cucuk Mama pasal benda ni. Hish...macam2 kisah ada. Mungkin dia dah takdak anak lelaki nak dijodohkan, terus nak passing kat anak orang lain.



Kisah cinta? Pengakuan terbuka la ye, Fendiosman ada kenal dengan seorang wanita ni. Dan terus terang Fendiosman suka kat beliau. Rasanya ada timbul satu perasaan yang tak pernah Fendiosman rasa sebelum ni. Sapa dia? Yang tu nanti kita cerita dalam lain-lain tajuk pada masa akan datang!

11 comments:

Aida Manap said...

aku ingat pompuan je yg kene pressure bila nak kawen, lelaki pun sama ek??

anyway tariq...knowing u (eventho baru kenal kejap je...) ko akan buat yg terbaik..not just for u but for ur mom also..apa2pun, happy for u and good luck!!!!! :D

swit@kon said...

i think when people try to 'redah je' dan amik mudah dengan prinsip yang kita ada memang aaa kita hangin.

ayat meletop yang saya penah dapat ' tak sedar ke awak dah tua, tak kawin2'

KEJI!!!YEK YEK

sabar, saya rasa mama encik TAYO ok je tu.

amiechomel said...

sabar ye dik...
tak sabar nak tengok wajah sebenar di sebalik gambar kat bawah sekali tu... semoga jadi lah hendaknya.

Baiti Mustafa said...

menimang menantu?..takleh ku imejin!!

if i were in ur place, aku hangin jua...sibuk betul la makcik tu nak amek kesah ttg jodoh ko..

yg gamabu tu budak UKM ke?..aku kenal ke?.heheh..(mode:kepochi)

united ARAB emirates said...

Salam senier,

wishing u all the best... pilih yg terbaik n take ur time before taking that big leap...ok???

In the mean time ..Sabo jela...hehehe

phachat said...

Ahahahahaha.....


Kalau kat kampung, mesti makcik tadi dah Esahkan oleh masyarakat sekitar akibat kekepochian beliau....

perantau.tt said...

wakakaka... walau apa pun niatnya... saya rasa baiklah tuan maklumkan pada bonda tuan.

maklumlah hati ibu ni sgt sensitif..dan memahami.. dan taknak memaksa..

terpulanglah kepada tuan punye badan... amik langkah selanjutnya.. masa makin pantas berlalu.. ade yg kawen lambat ade yang cepat. jodoh masing2 kan.

btw aku tertarik makcik tu tau gaji ko banyak ek.. wakakaka.. pangkat besar? rumah besar? hehe

cacah said...

hoho. ingat perempuan je yang kena pressure macam gitu. :(

Shah said...

Same problem la. Paling tak tahan bila orang tak berkenaan dok cucuk-cucuk mak bapak pulak pasal isu sensitif ni...

X-weatherman said...

Hehehe..biasalaa tu kena pressure..

Tapi aku lagi tertarik dengan gambar negetif kat bawah tu..agak-agaknya saper yek??

Bila nak kenalkan kepada kawan-kawan?

Hambali ® said...

aku ghasa aku tau siapakah gerangan gadis bertuah bertopi ampat segi bergambar negatif di posting di atas ... hehehe
nak simpan rahsia kena rasuah sikit ni hehehehehe