Monday, August 03, 2009

Intepretasi Lirik...

Zapin Malam Pengantin


Memang seronok pengantin baru

Masuk ke kamar kuncikan pintu

Orang lah lain tak boleh lah tahu

Hanya lah dia hai saja yang tau


Memang seronok pengantin baru

Malam pertama malu-malu

Malam kedua padamkan lampu

Malam ketiga hai tak boleh tahu


Riwayat bujang berakhir sudah

Malam pertama kenangan indah

Walau sekejap tak boleh berpisah

Pagi dan petang hai rambutnya basah


Memang seronok pengantin baru

Bertentang muka malu-malu

Lambat rasanya siang berlalu

Menunggu malam hai masuk beradu


Adapun sempena mood Festival Tari Malaysia yang baru berakhir hari Jumaat lepas, dan juga kisah Auntie Fuziah yang sangat suka menyuruh Fendiosman berkahwin, ada satu lagu yang secara kebetulan Fendiosman dengar, nyanyian Allahyarham Fadzil Ahmad berkenaan pengantin baru.

Lagu ni diharamkan penyiarannya di stesen2 radio dan tv, tapi hari tu dalam satu show tarian, ada satu group mana tah bawak lagu ni. Liriknya sangat mendalam maksudnya, dan directly dedicated to the newlyweds. Kalau dilihat, memang ada baur-baur biru sikit lagunya, memandangkan Fendiosman tak pernah lagi bernikah maupun berkahwin, makanya taktaulah apa yang berlaku. Tapi, rasanya mesej yang cuba penyanyi sampaikan dalam lagu ni memang benar kot! Kalau tak berlaku kat semua, mungkin dalam 50%. Biasa la pengantin baru kan.....

Ehmmm.....barangkali pengkisahan lagu ni merujuk kepada masyarakat Melayu zaman dahulu, berbanding dengan sekarang, takde lagi malu2nye. Masyarakat lebih terbuka katanya, talk about anything anywhere. Ada bagusnya terbuka ni, dan ada yang tak bagusnya. Tak boleh la kata semua tak bagus.

Bila masyarakat terbuka, contohnya perkhidmatan awam zaman sekarang ni, bak kata Tan Sri KSN, business is not as usual. Makanya, tak boleh berselindung tutup muka bagai. Kena nyatakan sebab musabab dengan jelas. Walaubagaimanapun, ada benda yang dikategorikan sebagai sulit dan terperingkat tu....memang tak boleh la dibuka untuk tatapan umum. Biar terbuka, tapi ada benda yang kena tutup. Jinak-jinak merpati katanya! Waaalaupun....


Apa pun....tu semua sekadar hiburan, tahniah untuk pasukan Sabah kerana berjaya menyapu RM53K dalam Festival Tari Malaysia. Memang anda semua layak berdasarkan pemerhatian yang dibuat. Zapin Tidong tu memang best! Dan kreasi baru yang dipersembahkan pun cukup untuk memberitahu yang anda adalah juara.


Untuk Auntie Fuziah, errr....Mama dah jelaskan semua kat Angah. Kaedahnya Auntie yang suka sangat kat budak tu tapi takde calon yang sesuai (anak lelaki takde yang berdekatan dengan usia sang doktor ittewww), makanya dimajukan ke Fendiosman.


Dan....sesungguhnya warga perkhidmatan awam sekarang ini diseru supaya lebih telus dalam menjalankan tugasan seharian. Integriti masing2 kena dijaga. Bukan takat nak jaga maruah perkhidmatan awam saja, tapi maruah diri sendiri pun kena jaga jugak. Wahh...3 posting dalam 1 katanya. Serampang 3 mata, ala2 Dasar Ekonomi Baru.....hiks...

2 comments:

saya said...

3-in-1 ye.. apa pon ada kebenarannya kata2 tu. kerja kat mana2 pon mesti kene telus. itu punca pendapatan kita jadi darah daging tu. anyway... saya pon macam pernah dengar lagu pengantin tu. fendi jaga2.. mana tau hujung2 u pulak yang dipinang orang. saham tinggi tu.hehhehe... gurau saja.

phachat said...

Telus kerrr????


Hahaha, penah dengar x ayat tuh? *bila panggilan intebiu ke obersea dibuat kekdah semunyik2?

Bonda ponek baca posting 3 dlm 1 ni, sarat sangat mesejnya... ;-)