Sedar tak sedar dah masuk hari ke 10 berpuasa hari ni. Cepat sungguh masa berlalu. Dan hari ni jugak rakyat Malaysia menyambut hari kemerdekaan yang ke-52. Lega sebab dalam bulan Ramadhan ni sambutan tak dibuat besar-besaran, takde countdown, tapi dibuat di perkarangan parlimen sahaja. Pendapat ikhlas Fendiosman, alangkah indahnya kalau tiap-tiap tahun macam tu je sambutannya. Jimat. Dengan keadaan ekonomi semasa sekarang ni, memang perlu la semua orang untuk berjimat. Elakkan wang dari terbazir macam air mengalir. Heh....
Sebut pasal membazir ni jugak la Fendiosman nak ceritakan pengalaman dihimpit oleh seorang eksekutif dari training consultant yang agak terkenal. Bukan consultant yang pernah Fendiosman deal sebelum ni, tapi ni yang baru. Dari firma yang agak terkenal di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Dekat je dengan pejabat Fendiosman. Kentut pun dengar....hiks...
Adapun beberapa minggu yang lalu, Fendiosman dapat satu minit dari Madamme Eyebrow memohon untuk membuat ulasan mengenai kertas cadangan latihan yang dikemukakan. Kisah ni pada hari-hari terakhir sebelum Fendiosman menduduki PPK format baru yang agak menggilakan. Fendiosman sempat mengimbas beberapa latihan yang ada, tapi tak mengulas secara bertulis gara-gara masa yang amat suntuk.
Terus terang, cadangan latihan itu lebih menjurus kepada latihan Perhubungan Awam dan Khidmat Pelanggan, dan juga Media. Oleh sebab latihan seumpama itu turut ditawarkan di Angkasapuri, dan juga sebab keadaan semasa ekonomi yang kurang mengizinkan, maka eloklah cadangan itu ditolak buat seketika. Bukan nak tolak terus, tapi kurang sesuai. Dengan fungsi Jabatan yang lebih kepada aktiviti menyemarakkan seni budaya, jadi elok ditumpukan kepada latihan-latihan lain.
Satu lagi, sebab nak pergi kursus yang wajib 7 hari tu pun puas Fendiosman bersilat, ni pulak nak conduct kursus camni. Hantar salah, tak hantar pun salah. Tersepit rasanya dengan kerenah Madamme yang serba cerewet ittewww...
Okeh, berbalik kepada eksekutif ittewwww, setelah gagal mendapat maklumbalas dari Fendiosman yang pergi kursus, terus dia meninggalkan pesan kepada seorang wanita blur yang menjadi PA kepada Madamme. Lantas wanita blur ittewww pula menyampaikan pesan kepada Fendiosman. Kisahnya wanita blur ini telah memberikan komitmen kepada syarikat yang kebarangkalian syarikat itteww akan mendapat peluang untuk masuk mengadakan siri latihan. Huuuuuu.....
Setelah mendapat mesej, teruslah Fendiosman mendail nombor syarikat berkenaan. Berjaya untuk bercakap dengan eksekutif berkenaan. Dengan nada sinis, beliau berkata;
"I've been waiting for sometimes, macam takde orang yang berminat langsung"
Fendiosman cuba menerangkan kepada beliau;
"Untuk makluman encik, sekarang ni kursus bercorak generik biasanya dikawal oleh Kementerian, dan agensi serta jabatan....."
Beliau memintas;
"Sekarang ni encik dah baca ke proposal?"
"Saya dah baca, tapi dengan keadaan semasa, we are bleeding, duit takde. Kementerian ada..."
Sekali lagi kena pintas;
"Saya tak sangka pegawai kerajaan macam encik guna perkataan yang holistik sebegitu? Patutnya kita back-up kerajaan kita"
Fendiosman jawab....dah dua kali kena pintas. Sakit hati pun ada...
"Err..sekarang awak cuba dengar dulu apa yang saya nak cakap. You listen to me first, let me finish my sentence then only you chip in..."
Beliau memintas lagi;
"Saya takde masa nak deal dengan pegawai-pegawai yang biadap!"
Hoooooooooooooooooooooo...kasar ni.
"Encik......saya tak habis nak explain lagi, encik dah potong. Bila saya nak cakap, encik mencelah. Macam mana saya nak explain kalau encik tak dengar apa saya nak cakap? Apa kata encik dengar dulu penjelasan saya. Lepas tu boleh la jump into conclusion..."
Lantas beliau pun dengan terpaksa kena la dengar jugak apa yang Fendiosman cuba cakapkan. Syarikat ni syarikat ternama. Taukenya berpangkat Dato, anak taukenya tu artis. Pernah jugak jari Ratu Cantik peringkat Malaysia dan bertanding di salah satu pertandingan ratu cantik ternama. Tapi, eksekutif itu sangat pushy sampai Fendiosman jadi rimas.
Setelah mengexplain mengenai semua yang perlu, termasuklah aktiviti yang Kementerian cuba buat, serta dasar berjimat cermat yang cuba diamalkan, konsultan itu nampak masih tak berpuas hati. Hajat beliau nak masuk jugak ke tempat Fendiosman tu nampaknya terganggu dengan ketegasan Fendiosman.
"Takpelah...kalau you semua susah sangat nak terima, I shall write to the minister la..."
Aikk? Nak main menteri lak? Ini sudah lebih....
"Terpulanglah kat encik, saya membuat keputusan berdasarkan garis panduan semasa....."

Hmmm....apa yang Fendiosman cuba tekankan di sini adalah berkenaan main kabel minister ye murid-murid. Rasanya permainan main kabel ni adalah permainan yang kotor. Tak sesuai untuk diamalkan. Tapi apakan daya, Fendiosman hanya penjawat awam. Kang bila dihuraikan lebih-lebih, ada yang makan pasir pulak. Apa pun.....saya hanya menurut perintah. Kalau minister dah arahkan, kena la jugak buat. At the moment, Fendiosman berjaya untuk mengelakkan syarikat itu buat seketika. Tunggu la nanti macam mana.....
6 comments:
keji dan sangat keji.
memang diorang ni mengata kita ni corrupt. sebenarnya sedarlah wahai orang2 yang menggelarkan diri diorang tu korporat (ke keparat?) sebenarnya kome semualah yang mengipas duit2 di muka kami2 ini yang kamu anggap korang! choi!!!!!!!!!!!!!
haahaha.. tkenang masa dahulu.. dulu aku pun penah terkena, satu consultant latihan ni bg price 3kali ganda biasa, ikut mmg la nak tolak, tp dia dah racun bos aku. Bos aku pun suruh wat. so aku ikutkan je. then lepas abis program, bos bleh tanya aku balik knp xbgtau price dia tinggi. aku garu kpala balik. (ko dah kawtim baek dgn dia, pastu bleh tanya aku balik). hampeh. tp aku anggap tu ayat penyedap je, xkan dia xtau. lgpun dia peg pengawal. lantak le... we can only advice =)
mmm..mcm tu la situasi reliti yg terpaksa dihadapi. betol2 seksa bila tersepit dicelah2 orang yang masing2 berkepentingan. apa boleh buat..buat setakat yg termampu je la cik fendi ye...
Peraturan 4(2) (h) : "Seseorang pegawai tidak boleh membawa atau cuba membawa apa-apa bentuk pengaruh atau tekanan luar untuk menyokong atau memajukan apa-apa tuntutan berhubung dengan atau terhadap perkhidmatan awam, sama ada tuntutan itu ialah tuntutannya sendiri atau tuntutan mana-mana pegawai lain"
"Peraturan-peraturan pegawai awam (Kelakuan dan tatatertib) 1993"
Hati-hati FendiOsman..Takpa..lantaklaa diaorg nak buat apa..dunia ini hanya sementara..
aku rasa nak lempang je.. cis..
if i were you, i would say,
"encik kata saya biadap, encik lebih biadap sebab memotong cakap orang lain... encik tak pandai cermin diri sendiri lah nampaknya, nak saya belanja beli cermin tak?"
Post a Comment