
Malam tadi dah keluar muka Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah sewaktu siaran Buletin Utama mengumumkan tarikh puasa Ramadhan untuk tahun ni. Adapun Fendiosman bersyukur sebab diberi peluang lagi sekali untuk menunaikan ibadat puasa. Alhamdulillah. Dan tahun ni Fendiosman nak jadikan Ramadhan sebagai bulan yang terbaik dalam banyak2 bulan yang ada. Mudah-mudahan hasrat Fendiosman ni direstui dan diberkatiNya. Amin.

Kalau tahun lepas, tahun pertama Fendiosman sekeluarga menyambut Ramadhan tanpa Baba. Tahun ni, walaupun dah meniti tahun kedua tanpa kehadiran Baba, rasa hiba tu masih ada. Walaupun pada hakikatnya nampak macam Fendiosman gembira bersukaria, tapi bila tiba awal Ramadhan, rasa hiba tu tiba-tiba meruntun. Semoga roh Baba ditempatkan bersama-sama roh para syuhada' dan solihin, ulama' dan 'alimin. Semoga Baba tenang di sana. Rindu tak terkata, Allah saja yang tau perasaan Fendiosman kala ini.
Kebetulan hari pertama Ramadhan kali ni jatuh pada hujung minggu, maka Fendiosman ambil kesempatan untuk menyambut bersama Mama di Sungai Petani. Rasanya lama dah tak sambut hari pertama Ramadhan dengan Mama. Malam ni, Fendiosman nak terbang pulang ke kampung halaman. Errr...bukan mahal punya tiket ye, walaupun terbang bersama-sama syarikat ini, tapi tiket yang dah dibeli awal tu menjamin harga yang minima. Cuma RM148 pergi balik.
Hari Ahad, Fendiosman terbang semula kembali ke Bandaraya, kali ni bawak Mama bersama yang kebetulan juga sedang bercuti sekolah. Mama walaupun dah bersara, tapi sebab kepakaran dan kebolehannya, Mama dipanggil semula untuk mengajar. Walaupun hasrat Mama pada mulanya untuk tidak lagi mengajar, tapi selepas Baba pergi, segala-galanya berubah. Mama mengajar untuk hilangkan rasa bosan dan mengalihkan perhatian ke tempat lain. Boleh la bawak Mama masuk Lounge untuk buka puasa, dah flight sebelah malam. Jadi, gunakan peluang yang ada sebaiknya. Tak gitu? Hes hes hes...Untuk pembaca budiman, Fendiosman mengambil peluang ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak. Jadikan Ramadhan ini sebagai institusi kerohanian yang terbaik untuk sama-sama kita memperolehi ganjaran sewajarnya dari Allah Taala. Kalau mana-mana pihak yang pernah sentap terasa hati dengan kritikan pedas dan carutan manja Fendiosman tu, mohon maaf Fendiosman pinta. Ya la kan, nak puasa ni kena la bersih.....tak gitu Dik Non?
4 comments:
Selamat Berpuasa!!!!! kita jumpa merdeka?
salam...
selamat berpuasa....
selamat beribadah, noooo....
selamat berpuasa.. moga bertambah berkat hidop kita..
Post a Comment