Friday, September 04, 2009

Lihatlah Donia...


Adapun hari ni Fendiosman terpanggil untuk menceritakan kisah yang rasanya menggeremkan perasaan apabila membacanya. Daaaann, orang yang membacanya itteww juga pasti merasa sakit hati atas apa yang berlaku, rasa macam nak lempang je! Hiks...(Emokah aku di bulan Remdan ini?)


Kisahnya bermula di sebuah pejabat yang bilangan anggotanya kecil, tapi dakwa Bos Besar di sitteww, profil jabatannya tinggi melangit, mendapat pujian di sana sini. Sebab banyak buat keramaian yang mengumpulkan ramai rakyat jelata di seluruh negara.


Adapun, Bos Besar ittewww memang berjawatan Utama, kelas C, tapi perangai mengalahkan kelas A. Diberi pemandu pejabat, nak dibuat pemandu sendiri, diberi steno, nak Pegawai Khas. Memang tak ikut pekeliling yang ditetapkan la kan. Bayangkan, pemandu yang diberi, kena ambik beliau di rumah seawal pagi, pastu hantar pulak ke rumah selepas waktu kerja. Seingat Fendiosman, kalau Utama Kelas C hanya layak mendapat kemudahan-kemudahan tertentu saja. Tapi..........kalau la pembaca budiman dapat tengok dengan mata kepala sendiri, memang rasa sakit hati. Bukan dengki, tapi merenung diri sebab apa yang diminta tu lebih dari apa yang sepatutnya dapat.


Dan Bos Besar di tempat ittewww merasakan dirinya adalah kesayangan Menteri. Daaaan....kalau event yang ada Mamanda turun, sah sah lah Bos Besar akan turun. Kalau Penolong Mamanda? Kirim salamlah...hanya menyampaikan titipan saja. Kirim pegawai rendah hadir katanya.


Cita-cita Bos Besar ni nak jadi Bos Paling Besar. Nak cipta sejarah la hajatnya. Bos Tak Berapa Besar pun dengarnya makan hati dengan Bos Besar ni. Kalau tak dapat apa yang dihajatkan, memang Bos Besar akan cucuk Mamanda dan akhirnya Bos Besar senang-senang akan dapat apa yang dicitakan.


Ada la satu program tu, asalnya Bos Tak Berapa Besar punya baby. Program tu kalau tak salah hikayatnya membawa para Penglipurlara seantero Malaya ke luar negara untuk beradu kekuatan mempersembahkan bakat masing-masing. Memang Bos Tak Berapa Besar dah mula dari A sampai Z, tapi sebab program tu buat kat tempat berprestij, tiba-tiba Bos Besar nak Celah Bedah. Bos Paling Besar minitkan Bos Besar tak payah pergi, ya lah kan....kalau nak pergi ke tempat itteww, tiketnya saja dah berpuluh ribu harga. Kalau 2 Bos pergi, kosnya jadi double. Makanya mengambuklah Bos Besar bila Bos Paling Besar tak luluskan beliau untuk ke luar negara.


Apa lagi, guna Mamanda la.....dan dengan kuasa yang ada pada Mamanda, Bos Tak Berapa Besar tak dapat pergi. Sebab ketua delegasi biasanya sorang je, ikut Pekeliling. Yang menariknya, Bos Tak Berapa Besar yang patutnya handle projek ittewww terpaksa merayu untuk pergi. Lucu sungguh.


Ingatkan kisah habis kat situ. Dengar-dengar hari Lebaran ni ada satu Perhimpunan Seantero Dunia, di negara Kuda Belang Bersafari. Waktu Lebaran, waktu untuk bercuti bersama keluarga. Kisahnya dalam satu mesyuarat, Bos Besar dah maklumkan yang beliau akan jadi Ketua Delegasi. Kata beliau, kalau dah keperluan tugas, saya pergi la...(tapi dalam hati memang nak pergi pun......sebab negara Kuda Belang Bersafari kan......)


Sekali, keputusan Bos Tak Berapa Besar dan Bos Paling Besar untuk mengenepikan Bos Besar untuk ke Negara Kuda Belang Bersafari. Siapa yang dibawa? Yaaa....Penolong Bos Besar yang dicadangkan. Hah....apa lagi? Bila Bos Besar tau..teruslah beliau mengamuk!


Buat apa bawa Penolong Bos Besar? Bukan dia reti cakap Orang Puteh pun? Heh...kalau tang dia nak pi tu, memang la dia akan cakap macam-macam kan? Sebagai seorang Bos Besar, wajarkah kalau menjatuhkan Bos-bos Kecil? Semalam ada majlis berbuka kat rumah Mamanda, bila dapat berita mencuka, terus Bos Besar yang mulanya mencanangkan untuk berbuka di rumah Mamanda membatalkan hasrat. Ya la, dah dapat batu jatuh atas kepala. Mula-mula dah feeling nak pergi Negara Kuda Belang Bersafari, skali kena reject daaaa......


Hari ni memang angin Bos Besar tak berapa elok. Huuuuu...tapi lega la jugak sebab dia dapat Kereta SPANCO baru, ada la sikit keceriaan dimuka beliau! Hiks...korang paham tak tulisan aku ni? Hahahahaha......

12 comments:

swit@kon said...

hahahaha. i paham. paham sangat lah. cuma negara kuda belang bersafari je yang agak samar :P

Baiti Mustafa said...

oi..citer tergantung la beb..

jenuh jugak la aku nak keep track bos besar la bos plg besar la..bost tak brapa besar la..

macam2 la ko ni..adat la tu weh..
bab oversea hanya big bosses jek pegi pastu balik tak bawak apa..perabih beras jek..saban tahun balik2 gi tempat sama jek..

ur turn will come..ayat nak sedapkan hati..haha

Aida Manap said...

err..buat-buat paham la tariq oooiii...nasib baik tempat baru aku nih tak begitu politikus sungguh...heheheh

united ARAB emirates said...

konpius nak match watak ngan perangai masing2...hadoi...payah kan dapat bos yg selfish kan? xmasuk part langgar melanggar peraturan...hohoho

Anne said...

paham sesgt!!

superwoman said...

hello fendi
nak tanya pasal minor operation ketumbit tu la. sakit sgt tak?
dalam kelopak ke atas kelopak je?

Adi Osman said...

inatiffany

tak sakit pun, sebab diletak ubat. it depends on where the ketumbit's mata, kalau kat sebelah dalam dia korek kat dalam la, kalau kat luar dia korek kat luar.

Adni Ariff said...

donia.. donia... kesian beliau. andaikata diberikan kuasa yang lebih sedikit daripada sekarang, apakah kesudahannya??? menjawablaa di akhirat kelak.. wallahua'alam.

superwoman said...

helo fendi
sory lah..i punye dlm la.dia bius ke? kawan i ckp dia tak bius.mana satu betul ni? berapa lama procedure dia? i kecut perut ni

Adi Osman said...

inatiffany

tak bius, tapi ubat titik tu dah berfungsi sebagai anastetik. memang tak rasa apa2 pun. apsal lak nak kecut perut?
patut waktu nak bersalin lagi kecut.....
huuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu

superwoman said...

haha ada juga yg tak guna ubat titik la fendi. i reading people blog they said teruk sgt lah.and ada makcik here pun pernah buat, tapi tiada ubat titis tu..warghh
tak raya la den

nabelon said...

wah en fendi, saya baru nak join service ujung bulan 10 ni.. kena kuatkan diri untuk ini semua ya :)