Adapun hari ni Fendiosman nak menyambung perihal cerita yang Fendiosman ceritakan sebelum ni berkenaan Bos Besar di Jabatan yang berprofil tinggi tetapi anggotanya boleh dibilang dengan jari. Seminggu dua ni memang Fendiosman asyik sangat kena bambu dengan beliau, ada saja benda yang tak kena. Tapi...pada Fendiosman benda tak kena tu puncanya dari Bos Besar jugak. Gara-gara sibuk dengan urusan Jabatan dan urusan luar Jabatan tapi dikarau jadi urusan Jabatan, habis terlepas pandang semuanya, dan kemudian sisa-sisa najis tu dipalit balik kat muka Fendiosman. Ish.....pasai pa tatau?
Kisah pertama, dalam Mesyuarat Pengurusan, ada diarahkan Fendiosman untuk selesaikan Mesyuarat Pengurusan Jabatan di Peringkat Negeri sebelum akhir November. Dalam list yang dibagi tu, ada dalam 8 negeri yang belum selesai. Situasinya macam ni, Isnin, Rabu dan Jumaat sahaja yang free. Selasa, Mesyuarat Pagi (wajar la benda ni tiap2 minggu), dan Khamis Mesyuarat Pengurusan Jabatan (tiap-tiap minggu ye murid-murid. Fendiosman di Kesihatan dulu yang handle serba makneka untuk 190,000 personel pun buat sebulan sekali je mesyuarat ni). Buat perabis kuih je miting2 ni. Tak sempat nak ambik tindakan, dah kena soal dalam mesyuarat yang berikutnya. Hadoi laaaa. Tapi Bos Besar kata kat Fendiosman, "what do you know about management?" bila Fendiosman tanya kat dia rasional mesyuarat panjang berjela setiap minggu. Patutnya dah tiap2 minggu mesyuarat, boleh potong timing la kan, tapi masih jugak sampai lajak ke pukul 1.30 tengahari. Fuhhh...memang la menderita ya dengar jerkahan Big Boss ittewwwwww.Hmm...bila dah diarahkan buat kat negeri2, dengan gigih Fendiosman merancang la majlis di peringkat negeri. Last week Fendiosman heret beg ke Negeri Dikir Barat dengan Bos Kedua Besar. Kebetulan hari tu ada Majlis Berbuka Puasa Kementerian yang dihadiri oleh Pak Mamanda. Dan umum sedia maklum Bos Besar akan gigih hadir kalau Pak Mamanda ada. Memandangkan dah ramai sangat ke Majlis Berbuka Kementerian, Masjid pun sampai tak muat, makanya Fendiosman pun teruskan hajat ke Negeri Dikir Barat. Dan surat pelepasan kepada Bos Kedua Besar pun dia dah sain. Jadinya takde la menjadi perkara besar sebab green light dah dapat. Nak dijadikan cerita, bila pesawat sampai je kat Negeri Dikir Barat ittewww, satu SMS masuk ke dalam telefon Fendiosman.
"I WANT ALL MESYUARAT NEGERI TO GET MY ENDORSEMENT FIRST. YOU DAH TAU ADA MAJLIS BERBUKA PUASA KEMENTERIAN, KENAPA PANDAI2 PERGI BUAT MITING DI KELANTAN? I AM SO DISSAPOINTED WITH YOU"Tudiaaahhh....dissapointed katanya. Bukan ke dia yang sain, pastu dia jugak yang meroyan. Oh tuhan! Tapi, Fendiosman teruskan jugak la dengan miting ittewww. Apa la Fendiosman nak peduli dengan Bos Besar, lantak pi kat dia la.
Kes terbaru, pagi tadi waktu melawat Auditorium di Negeri Minang ittewww. Selepas sesi lawatan ada la perjumpaan dengan anggota kat sana. Tetibe disoal pasal MPK. Yaaaaa..seingat Fendiosman, memang dah dibagi kat Bos Besar untuk dapat approval, tapi sampai ke sudah takde apa2 feedback. Takkan la Fendiosman nak gi gegar dia kan? "DAH EDAR MPK?"
"MASIH ADA DALAM BILIK BOS BESAR"
"EH, BILA MASA ADA KAT SAYA"
"YANG SAYA BAGI HARI TU SELEPAS MESYUARAT......MINTAK BOS BESAR ENDORSE"
"YOU DAH TAU I SIBUK...KENAPA TAK INGATKAN? I DON'T WANT EXCUSES FROM YOU"
Ekskiusmi......waktu bagi dokumen dulu, dah kata suruh dia endorse. Tapi rasanya macam dokumen-dokumen sebelum ni jugak la. Bagi...pastu taktau letak kat mana. Last2 kita jugak yang kena. Ish...macam ni punya manusia pun ada jugak. Nasib laaa depan orang negeri tadi. Kalau la dalam bilik miting kat Segitiga Emas, memang dah ada yang menjawab balik.
Sangat la pening dengan kerenah Bos Besar. Ikut kata anak buah Fendiosman di sini, memang Bos Besar macam tu, suka cari pasal sebab nak tutup lubang yang dia dah gali. Apa la nak buat kan?
Kes ketiga, ni kes lama dah, sejak kewujudan Fendiosman kat Segitiga Emas berlatarbelakangkan KLCC ni, nama jawatan Pengarah Pentadbiran dan KEWANGAN. Tapi....hal ehwal KEWANGAN langsung tak dibagi kat Fendiosman. Katanya Fendiosman tak tau history. Sama la jugak dengan HR ke Pentadbiran ke, Fendiosman tak tau history gak, tapi bagi pulak Fendiosman buat. Rasa macam boneka je bila duduk kat tempat macam ni. Bukan gila kuasa, tapi tak patut la macam tu. Last2 nanti Fendiosman jugak nak kena tanggung. Benda ni dah diajukan kat HR, tapi apa nak buat? Nak mengadu kat Agensi Pusat suruh buat audit? Ada ke orang nak dengar? Fendiosman dapat rasa ada benda yang sangat tak kena dengan Kewangan kat sini. Ibarat lelaki yang ada barangkemasnya, tapi tak boleh berfungsi dengan sempurna. Tak naik kata orang....macam tu lah jadinya kat Fendiosman di sini. Waktu PTK dulu ada disoal oleh panel, tapi apa yang Fendiosman nak buat? Kalau berundur, maksudnya Fendiosman kalah. Fendiosman bukan orang yang suka pada kekalahan. Jadi, Fendiosman sahut cabaran. Apa pun, Fendiosman harap sangat ada yang betulkan keadaan kat sini. Lepas satu, satu.....rasanya pegawai-pegawai kat sini kalau diberi peluang memang diorang semua nak suruh diturunkan Bos Besar dari pundaknya. Tapi sapalah orang bawahan kan? Tapi Fendiosman berharap sangat, orang-orang macam ni kena ada orang yang ajar. Biar terbuka mata kepala sikit. Boleh sesapa bantu Fendiosman?
6 comments:
pasal bab kewangan di Jabatan ko tu tariq, mmg aku ada dgr terdapat baaaanyyyaaaakkkk kelemahannya, tp yerla, dgr citer je...
worse come to worse hantar surat layang ke SPRM, opis lama aku slalu la kene cenggitu (nasib baik aku buat ikut buku)...rasanya kalau hantar ke kementerian pun mmg tak dilayan.
mmg la nampak mengarut, hantar surat ke sprm tp jgn sampai dah teruk baru kita disuruh bertanggungjawab..ye tak?
saya boleh bantu dengar. tanpa mengetahui situasi sebenar, dengan melihat betapa lavish dan membazirnye rakan2 encik pendi berbelanja semasa majlis tempoh hari, i know that something is wrong somewhere. adalah ia menjadi suatu budaya yang tak elok dan saya kira encik pendi boleh perbetulkan. dan jugak kipas, aircond dan sewaktu dengannya dah tak relevan lagi zaman ini. dengan bos lama2 boleh la kot!
saya setujus dengan puan aida!
fendi, klinik pakar mata thanalingam ke u pergi tu?
can email me tak? norashina@gmail.com
pls i need to go tomorow.
(thanalingam pun ada.. hehe..)
sesungguhnya saya bersetuju dengan Puan Aida. Tuhan bersama orang yang bersabar. Sabar, kaji kelemahan, do what you can to cover yourself and when the time comes, dia akan sedar tinggi rendah langit ni... berdoa kepada yang Esa ditunjukkan jalan keluar.
chaiyok2, jangan mengalah!
you are the perfect-est person to be there... God put u there for a reason. kalau org lain, alamat lingkup kampeni, bahkan si Bos Besar akan lebih bermaharajalela.
we support u, tariq!! cuma berdoala setiap hari supaya u pun tak hanyut dibawa arus pusar berkenaan.~
Biasanya surat kepada KSN sangat berkesan...
Saya stuju dengan Mr Weatherman...
*awat view by invitation sahaja ni? Kang Nuffnag nk kasik duit camne? Oppps...
Post a Comment