Sunday, September 27, 2009

Mari Melihat Kopek Fendiosman


Pening dengan kaedah baru blog ni. Bila dah biasa dengan kaedah lama, kaedah baru ni macam susah sangat untuk disesuaikan. Almaklumlah, dah makin veteran. Adapun hari ni mari kita sama-sama skodeng harta benda Fendiosman yang ada dalam beg duit ataupun wallet ataupun kata orang Kedah, KOPEK. Jangan salah faham ye kalau orang Kedah kata KOPEK, kami bukan mencarut!



Kalau beg tangan wanita tu lengkap dengan mekap segala bagai, tapi untuk seorang lelaki seperti Fendiosman, memang letak benda-benda perlu je. Kopek Fendiosman ni dihadiahkan oleh bos lama Fendiosman kat Kesihatan dulu, sempena besday Fendiosman yang ke -28. Sejenis kopek BONIA beserta talipinggang. Kira ni la hadiah paling grand yang pernah Fendiosman dapat.



Haaaaa....benda paling penting dalam wallet, semestinya Kad Pengenalan dan juga lesen memandu. Kalau takde benda dua ni alamatnya tak boleh la bergerak bebas di negara sendiri. Takut dikata PATI pulak nanti. Abang Fendiosman dulu penah disergah oleh polis sebab terkeliru dengan penampilan beliau yang persis Bangla. Kalau Fendiosman pulak, orang kata muka Chowo.....adoilaaa....


Benda seterusnya, kad ahli PPTD. Heh....tapi dah usang lak kad ni. Rasanya pasni nak pergi tukar baru la. Kalau tak bawak ID gomen, benda ni boleh ganti ID waktu nak check in di hotel. Senang.....


Errr....kad bank dan kad hutang. Ni pun wajib dibawa ke mana-mana. Kad bank sudah tentu untuk menjolok duit di ATM. Kad hutang ni biasa guna waktu otstesen heret beg sana sini untuk bayar hotel. Kadang-kadang otstesen waktu sesak napas...sudah pasti la kad hutang ni yang boleh menyelamatkan keadaan. Hiks...tapi jangan overspent. Kalau dulu pernah ada 3-4 kad hutang. Tapi, pengurusan kewangan ni kena mantap, jadi Fendiosman tutup habis dan tinggalkan satu je kad hutang. Satu lagi tu kad debit. Yang ni kena top up duit dulu, kalau takde duit, tak boleh guna. Hiksss...


Ni pulak kad loyalti ENRICH MAS dan jugak hotel. ENRICH ni baru je diupgrade ke warna emas itteww. Slama ni warna biru je. Collect point dengan setiap penerbangan yang disertai. Kad hotel tu pulak, terus convert ke point ENRICH. Makanya banyak la boleh ditambah. Hiks....



Selain itu, ada jugak la kad-kad mengarut seperti kad Bonuslink yang ado...yang jarang sekali digunakan melainkan waktu beli barang kat Parkson. Ada jugak kad kedai TokDet The Loaf ittewww, daaaaan kad ahli Tupperware. Nak wat bisnis kita ni bos, tak boleh menceburkan diri dalam perniagaan. Jadi takat consume untuk diri sendiri je. Kita ni jadi downline Mama yang tak pernah langsung buat sale. Hahaha...kesian Mama, asal balik je dia dok tanya pasal sale. Hiks...puas Fendiosman dok terangkan kat Mama. Salah di sisi undang-undang, boleh kena tatatertib ooo.....


Haaaa.....sebagai rakyat Malaysia, memang Fendiosman beli barangan Malaysia. Makanya isi minyak pun kat Petronas. Mana la tau kot2 ada chance menang kereta baru ke. Kaaaaan? Dapat la jugak accumulate points sikit-sikit.


Ada jugak kad klinik, kad kedai kopi dan jugak kalendar untuk tengok tarikh. Kalau-kalau terlupa kan. Tengah2 mesyuarat tetibe ditanya tarikh, at least ada gak penyelamat. Huhuhu....


Daaaann...last but not least, gambar sendiri berukuran paspot 2-3 keping. Sebab awek pun yang ado...jadi takde la letak kan. Mama Baba tak boleh letak dalam wallet, sebab wallet ni kadang2 letak kat poket belakang. Jadi...takkan nak duduk atas Mama Baba dak?

Dalam kopek korang ada apa ye? Sama tak lebih kurang macam Fendiosman?

5 comments:

phachat said...

90% sama. Tapi ai tak dak kad Tupperware tuh!!

*TEKSI!!!

A.Y.U.N.I.E said...

tariq, camne ko wat kad hotel leh convert ke ENRICH itewww?

insan pendidik said...

Salam fendiosman,

IP dulu selalu gak layan blog ini. Seronok lihat kehidupan seorang PTD. Untung jadi PTD ni peluang naik pangkat cukup luas. Tapi bebannya berat juga kan. Berbanding pendidik ni kena ikut time based. Fast tracknya jadi guru cemerlang. Anyway, good luck ...

saya said...

wahh..macam2 pulak isi purse tu ye. heheheh.. memang la hari tu dok terkejut bila bukak blog 'private' katanya. now dahboleh baca cerita raya fendi. apa pon have a nice day...

Cybernetics Mind said...

alamak...sama laa pulak ngan CM punya Bonia tuh...tapi baru tukaq laaa...dah buruk sesangat...tapi tahan...bertahun pakai :)