Monday, October 05, 2009

Keciwian Terserlah

Adapun Alhamdulillah gaji bulan 9 tempohari ala2 bonus jugalah buat Fendiosman, walaupun nan ado bonus sebenar untuk anggota perkhidmatan awam. Mana taknya, dapat juga tunggakan gaji untuk pemangkuan setelah sekian lama bertahan dengan gaji tangga lama. Berapa ya? Hmm.....kira boleh la raya hari tu bergembira sejenak. Lepas tu terduduk lagi. Padan muka ang! Hiks...


Bulan puasa yang sudah, lepas dapat je gaji ittewwww, teruslah mengajak Sang Hansuari (eh..bukankah dah beristeri? Motif? Kebetulan isteri beliau takde, boleh la pinjam sekejap menemani Fendiosman menjengah koleksi barang terbaru untuk dimuatkan ke dalam ruang tamu yang kosong ittewwww.

Makanya ada suatu hari yang hening pada bulan Remdan yang lalu, bergegaslah kami berdua ke Macy Serdang untuk membeli barang idaman Fendiosman. Orang pakat pi teraweh, Fendiosman pi beli perabot. Mengejar diskaun katanya. Sebab beberapa hari sebelum tu memang kami pakat pi tengok dah, ada rebate untuk pembelian sempena bulan Remdan ittewwww. Sebab duit tak berapa nak cukup, kena tunggu bagi cukup la. Bila dah dapat sekelempap duit, boleh la beli cash. Tak perlu guna kad hutang ya murid-murid!

Minggu ke minggu menunggu, sabar menanti ketibaan barang baru. At last, semalam seawal jam 10, lori delivery pun menghantar sofa idaman Fendiosman. Memang ciwi la kan, sanggup tak pi openhouse sana sini sebab nak tunggu sofa. Hadhorrrrrrrr.....



Tadaaaaa...ni la set sofa baru Fendiosman. Kaler itam belang2 bagaikan kuda belang. Senang, kalau kotor tak nampak sangat. Lagipun, kena matchkan dengan karpet yang berkonsepkan itam putih kelabu. Pasni rasanya nak tukar langsir bagi sama warna dengan keadaan sekeliling. Cumanya susun atur tu kena buat semula. Takat beli 3+2 je, nak ambik 3+2+1+ottoman nanti tak muat ruang tamu yang sempit ittewww. Lagipun, kalau beli banyak-banyak, kau ada anak 10 kah? Kaaaan?

Dah ada sofa ni takde la tetamu duduk atas lantai sambil feeling-feeling jadi Sayuri. Selama ni nak ajak orang mai rumah pun segan sebab takde tempat nak duduk. Jadi, lepas ni sah Fendiosman akan jadi lebih yakin untuk berhadapan dengan orang ramai. Hiks....

Tapi, kalau berharap Fendiosman nak buat openhaus tu mintak maaf la ye. Memang takkan buat, korang datang, aku masak, korang nak suruh aku buat openhaus? Neber eber foreber......walaupun pinggan mangkuk Claytan kat rumah tu ada, tapi tak cukup. Nanti pecah, sapa nak ganti? (*matila show-off....abisla orang kata aku bongkak pasni!)


Hmm...dah ada benda baru ni, memang ciwi la. Asyik nak duduk je kat situ, kejap-kejap belek, kejap-kejap duduk, kejap-kejap baring. Waktu beli BGY dan BJE dulu pun tak seciwi ni!  Nak gi otstesen pun rasa macam nak balik hari je, pasal nak duduk atas sofa empuk yang cantik ittewww (cantik pada pandangan mataku la...mata korang buat apa aku kisah?)


Tapi kan, serius puas hati dengan sofa set Macy ini. Untuk Sang Hansuari dan Puan Hansuarina, mekaseh la perkenalkan Macy kat Fendiosman. Harga berpatutan, finishing pun cantik. Pasni nak beli apa pulak eh? (sambil mencongak-congak duit.......)

3 comments:

kapalkeras said...

sofandiosman

swit@kon said...

bulleh la jemput open haus ni!!! jom open 'mic' kat kotak ijau!!

Zana Jay. said...

eh...taste macam sama jek kita nih...