Pada satu malam minggu yang hening, tatkala Fendiosman sedang khusyuk memandu pulang setelah selesai menonton Bangsawan Mahsuri di Panggung Bandaraya, Fendiosman berhenti di lampu isyarat berhampiran Stesen Keretapi Kuala Lumpur dan Mahkamah Syariah kerana warna lampunya merah. Sedang elok Fendiosman menunggu lampu isyarat bertukar warna, kelihatan di belakang sebuah motosikal yang meluru laju ke arah belakang kereta Fendiosman. Dalam hati terdetik; "Kejap lagi mesti dia bantai bontot kereta aku"
Sah dan tepat, jangkaan Fendiosman itu tidak meleset. Motorsikal itu melanggar belakang kereta Fendiosman dan kedua-dua penunggang dan pembonceng terpelanting atas jalan. Fendiosman nyalakan lampu kecemasan dan terus keluar dari kereta untuk melihat keadaan penunggang motosikal itu. Kedua-dua mereka bingkas bangun dan memohon maaf kepada Fendiosman. Fendiosman ingatkan sikit kerosakan, sekali tengok..................OH SEDIH, kemek dan lampu pecah.
Kedua-dua mereka tanpa henti memohon maaf dan meminta agar diselesaikan hal kemalangan di situ juga. Dari tona suara dan lenggok bahasa, Fendiosman merasakan mereka bukanlah orang tempatan tapi dari Negara yang penduduknya sibuk nak usir rakyat Malaysia dari sana dengan buluh runcing.
Fendiosman bungkam, dan terus mendail pegawai yang sepejabat dengan Fendiosman untuk datang membantu. Mujur beliau tidak keberatan. Alhamdulillah. Dalam menanti pegawai tersebut tiba, Fendiosman bertanya perihal lesen memandu penunggang berkenaan. Beliau memaklumkan yang beliau hanya ada cukai jalan sahaja, dan merayu untuk membayar 200 ringgit kepada Fendiosman.
Fendiosman bercadang untuk menuntut insuran, dan memaklumkan bahawa perlu dibuat laporan polis dan membawa kedua-dua mereka ke balai. Belum sempat Fendiosman berpaling, kedua-dua mereka telah lari bagaikan lipas kudung meninggalkan Fendiosman. Oleh sebab Fendiosman berseorangan, Fendiosman hanya mampu marah, nak dikejar takut diapa-apakan, buatnya nasib malang, ada pisau kerambit, sah terburai perut Fendiosman. Bangsa dari negara buluh runcing ni sukar diduga. Yang penting keselamatan diri perlu dijaga.
Seketika kemudian datanglah pegawai Fendiosman dan membawa Fendiosman ke Polis Trafik Jalan Bandar untuk laporan. Hati Fendiosman sedih, sebab tak dapat kejar orang yang melanggar. Tapi terfikir sejenak, mungkin ini kaffarah Allah atas dosa-dosa sebelum ni. Fendiosman redha je, taknak difikirkan sangat. Buat sakit hati kalau difikir berulang kali. Selesai laporan, Fendiosman pulang dengan hati yang remuk redam. Ada juga terdetik untuk ditukar kereta Myvinats ittewww kepada sebuah kenderaan yang baru. Akan dimasukkan dalam pertimbangan perbelanjaan. Kata Mama, "tukaq la kereta tuuuu....dah 2 3 kali kena hentam"
Terapi sakit hati, terapi merawat luka yang tercalar, Fendiosman pergi Nilai3 bersama rakan-rakan pada hari Ahad. Beli langsir untuk dipadankan dengan sofa baru, dan juga karpet untuk menambah seri rumah.
Daaaaannn...alas lantai untuk ruang makan yang bersesuaian dengan warna placemat. Kereta? Biar insuran yang buat. Hari ni Cuti Kecemasan. Uruskan kereta yang dilanggar ittewww. Makanya seminggu la patah kaki takde kereta. Nak menunggang, motorsikal pun dah dicuri 2 tahun lalu. Pasrah dan redha je. Janji kepala tak pening. Kaaaaaaaan?
10 comments:
laa..tak dpt tangkap ke yg langgar ko tu tariq?
patutnya pow rm200.00 pastu cakap jugak nak pegi balai...
kejam tak aku??
Tariq,nnt claim skali kat insurans tambang teksi ko ulang-alik opis selama mana kete kat bengkel
Aku stuju kekdah AIDA! ahaha... rm200 tu leh guna utk bayar 'kereta sewa'. Kannn???
sama kes dgn aku baru2 ni.dua kali pulak tu. mula2 budak sekolah naik motor hentam keta aku dari belakang. budak tu cedera teruk, kesian.so we all setel kat luar je. x buat report.
second time, kancil reverse dari depan, dan langgar keta aku kat bhg depan. then, senang hati jer melarikan diri.dr source2 tertentu, aku dpt trace alamat umah orgnya, cuma belum sempat nak bersemuka jer.. huhu.. terpikir gak, adakah perlu utk menukar kereta..
oh, btw, concept living room umah kita kebetulan sama la esp kaler curtain..ahaks :) x nak tambah wall paper?
-Syiqah-
segan saya melihat rumah en tariq....harini jugak saya balik kemaskan rumah!!!!
Wah...keta kena langgar, beli kapet utk tenteramkan hati...baek punya kaedah...hehehe
Adalah wajar untuk anda wahai tuan pengarah untuk menukar kenderaan baru..Honda pilihanku, anda?? (iklan kejap)..
Tengok umah hang..jeles plak aku..nak hias lawa-lawa, nanti ada toyol jalan tergedek-gedek pastu slow-slow dia main pasu bunga..mak bapak tak sedar sampailah bunyi pasu pecah..tu baru sorang..kalu tambah sorang lagi..lagi haru..
bengong punye indon, boleh cabut lari mcm tu je....
waduhhh... sian ko ek... aku boleh faham la ape yg ko rasa tp musti ade la hikmahnye tuh... tak tahu dan tak nampak je lagi... sabo aje la ek
Post a Comment