Monday, October 26, 2009

Feeling-feeling Raja....

Lama sungguh Fendiosman tak mengarut dalam blog ni. Sibuk sangat. Minggu lepas kereta kena langgar tu Fendiosman terlantar tak berapa sihat, sampai masuk hospital. Pastu last week seminggu merantau ke Sibu dan Miri untuk ujian amali Pegawai Kebudayaan B41 lantikan baru. Ditambah pulak dengan line maxis broadband yang macam hamjads kat rumah, dan kebizian yang amat di pejabat. Makanya urusan mengemaskini blog memang terganggu.


Hari ni Fendiosman nak cerita pasal seorang Raja. Orang kata Raja adil raja disembah (skang ni dah tak boleh pakai...kita kena sembah Allah sahaja ye....), Raja zalim raja disanggah! Raja ni bukanlah Raja sebenar macam zaman Melayu Melaka dulu, tapi dia ni feeling-feeling jadi Raja sebab katanya dalam hierarki tu dia lah paling tinggi. Perlu dilayan bagaikan raja. Rakyat jelata dia ni memang layan dia macam tu sebab takut kena herdik. Tapi ada la seorang pengembara yang melintas masuk negeri tu, konon berkelana la sekejap, mengutip ilmu di dada, pengembara ni memang sangat tak suka dengan kelakuan Raja tu. Bila ditanya kat rakyat semua, rakyat akan berkata,

"Kami pasrah, dah dia Raja kami, lain la Tuan Hamba...datang menumpang mencari rezeki"

Bila melawat jajahan takluk, bilik memang kena tip top. Kalau hotel cap ayam yang diberi....

"Bilik ni tak setaraf dengan Beta"


Bilik tu patutnya dibayar sendiri......tapi sebab dia ni Raja, berusahalah rakyat jajahan takluk ni mencari duit untuk dibayar. Bilik mesti yang besar....lebih dari kelayakan sebenar. Suite 500 ringgit katanya. Boleh ke kalau langgar peraturan macam tu?


Tu baru jenis bilik. Belum kira dalam bilik lagi, kalau ke Negeri Kesulai Terebai, kena sedia hidangan wajib, setiap 2 hari kena tukar hidangan tu. Duit mana? Mana lagi kalau bukan duit rakyat. Ish ish ish...sampai hati Raja tu buat macam tu. Tapi nak buat macam mana kan...dia Raja....

Tu belum kira bunga di bilik, wajib ditukar berselang hari, dan juga pot pourri, dan jugak biskut, untuk santapan perut yang besar....semua tu pakai wang rakyat jugak. Apa nak buat......kesian rakyat jelata!


Kalau dalam lawatan menjelajah negeri yang ditakluk tu, tuding jadi saja, sebut saja di mulut, terus terketar-ketar rakyat jelata ni menunaikan perintah. Takut Raja murka, nanti ditulah pulak. Duit? Raja banyak duit, tapi rakyat jugak kena keluarkan duit. Tengah malam pun sanggup mencari hidangan untuk disantap. Alahai.....


Kata rakyat, Raja ni memang kedekut. Kalau ke mana-mana saja memang terlupa bawak 'kopek'. Tak pun lupa cucuk duit. Kisah nak pow duit rakyat jelata la ni. Kalau menginap di hotel, memang takkan bayar. Alasannya, lambat nak tunggu check out. Makanya berhempas pulas rakyat jelata memusing duit belanjawan untuk bayar bil hotel. Pusing sana pusing sini, masuk sana masuk sini, kena bayar pakai duit mana tatau la. Rekod akaun memang perrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrfect. Tak dapat dikesan. Pelik la sang pengembara yang berkelana bila menyaksikan keajaiban itu! 7 wonders of the world katanya, macam Taj Mahal.


Tu belum kira naik pesawat. Sebab dia Raja, memang ada tempat duduk khusus untuk beliau. Tak kira la ada ribut ka ada taufan ka, memang tempat duduk tu dah dia punya. Aisle seat, second from front. Kalau tak dapat seat tu...memang la kena maki hamun rakyat yang tolong buat booking. Sama jugak bila ke hotel tertentu, nak jugak bilik tertentu. Kalau ada tetamu lain menginap, mungkin tetamu tu kena keluar dari bilik tu sebab Raja ni nak jugak dok bilik yang dia biasa menginap. Hai....macam-macam kisah Raja ni.

Kesian pulak sang pengembara.  Nak mengadu, tak tahu tempat. Nak berkata, dia menumpang. Nak membela nasib rakyat, dia orang asing. Jadi, sang pengembara tunggu dan lihat saja, ada juga pengembara suarakan pada pemerintah negara pengembara. Harapnya lepas ni boleh la diserang sang Raja supaya sedar akan tingkah lakunya itu memang salah dan perlu disanggah.

NOTA: CERITA INI SEKADAR TULISAN SEMATA. KALAU ADA SESIAPA YANG TERASA, MAKA BETULLAH APA YANG DIKATA. TAK TUMBUH TAK MELATA, TAK SUNGGUH ORANG TAK KATA. WALLAHUA'ALAM

7 comments:

Aida Manap said...

to that extend?
tariq...caner account blh lepas je tu?? muskil aku..

swit@kon said...

omg!!!!!!!!!!!!

musykil juga macam puan aida. tapi kan encik tariq, divanya dah mengalahkan J.Lo. apakah tindakan PPK?

masmera said...

bunyi macam seorang rajarina..adakah?? btw gambar pertama tu king of swaziland yg banyak isteri!! i pernah jadi LO dia.. tapi dia Raja yang baik.. walaupun ada jugak unsur2 mcm yg u crita dlm posting ni...

X-weatherman said...

Kalau cik masmera jadi LO King..i jadi LO Queen..tapi LO dari jauh sajerk..sebab Queen x bole bercakap dengan lelaki asing..King murka katanya...hehehe. Terpaksalah guna sorang lagi LO wanita..

phachat said...

Silalah menjadik Jebat, ye???

cacah said...

kalau JLo dan Mariah Carey nak bilik best2 takpelah diaorang banyak duit dan duit pulak atas usaha diorang. ini kalau betul memeras duit rakyat boleh menimbulkan kemurkaan rakyat ni!

Lyd's said...

sangaaaat memahami...apa lah lagi aku semut kecil ni kan...berbanding raja yang agong lagi berkuasa...sekali hembus jer..terpelanting si semut ni lintang pukang..