Pejam celik pejam celik, hari ni dah masuk hari ke 26 Fendiosman ada di Nihon. Dan....hari ni adalah penutup bagi kursus yang telah Fendiosman lalui. Esok pagi, Insya Allah Fendiosman akan berangkat pulang ke Mareshia dengan semangat dan harapan baru untuk memimpin organisasi tempat Fendiosman menabur bakti mencari rezeki. Cumanya sedikit risau dengan wabak yang melanda seantero dunia yakni selsema babi ittewww. Babi yang sakit, habis manusia semua berjangkit. Makanya esok dalam penerbangan terpaksalah bertopeng segala, sebagai langkah pencegahan. Mudah-mudahan semuanya selamat dan dirahmati Allah. Amin ya Rabbal 'alamin.
Semalam sesi pembentangan berlangsung. Semua kumpulan diberi tajuk yang tersendiri dan masing2 memberikan informasi yang berguna dapatan daripada pemerhatian dan pembelajaran selama beberapa minggu di sini.
Masing-masing gigih memberi yang terbaik. Waaaalaupun.....but the course is really fruitful, and I gained a lot from it. Gained knowledge takpa, jangan gained weight. Hmmm..pagi tadi timbang, berat menunjukkan pengurangan sebanyak 6kg sepanjang berada di Nihon. Wahhh...harapnya bila balik nanti takde la nak naik 12kg ye murid-murid!
Setiap kumpulan dengan gaya pembentangan tersendiri. Yang ni versi promo wayang ya! Dengan ala2 Norish Karman dalam Spa-Q, bersama Datin Sofiera di sebelah serta hero Tamil seantero Malaya. Hehehe.....memang kreatif la bab2 bergambar ni kan?
Presentation kami dinilai oleh Prof Lau yang banyak memberi input yang berguna dan penambahbaikan yang sangat bermakna. Nampak rileks, tapi mendalam. Tak tergambar nak di ucapkan dengan kata-kata.
Daaaannn...selepas sesi ittewww, ada get together session, ada makanan Mareshia katanya walaupun takde la rasa Mareshia seperti di kedutaan. But JICA tried their best to accomodate us with Malaysian flavor. Alhamdulillah.
Haaa..baked macaroni with cheese. Abaikan program penurunan berat badan buat seketika untuk melantak. Ahaks....
Mode feeling2 bergambar bersama Prof Lau ittewww...
Kat acara get together tu, we managed to make our coordinators sing. Mrasa la depa menggelabah sebab kena paksa nyanyi. In return, we sang Kau Ilhamku for them. Tribute katanya!
Pagi tadi, evaluation meeting berlangsung. Kat sini ada la diorang mintak cadangan itu ini begitu begini dari kami untuk penambahbaikan kursus di masa hadapan. Ada yang kata masa pendek. Ada yang suruh tambah lecture itu ini begitu begini, dan ada jugak yang mintak attachment kat agensi kerajaan Nihon untuk rasa apa yang depa buat. Menariksss....dan paling penting, perlu diwajibkan kelas Nihon untuk semua dan bilangan kelas perlu ditambah.
We were clad in Baju Melayu and Baju Kurung. Feeling2 bagi ucapan katanya!
Hmm...will miss both of them. Seronok diorang dapat serunding ikan dari Fendiosman...
And the closing ceremony went well....Alhamdulillah, kursus dah tamat. Mari kemas barang untuk balik Mareshia. Entah apa la yang menunggu di pejabat ittewwww.....
4 comments:
Selamat kembali ke Mareshia!
yeay! dah balik.....yeay!
ye la ..
mmg nampak kekurusan fendi osman
itu baru sebulan kat jepun
cuba kalau bertahun2 lamanya
aiyoo .. x boleh dibayangkan !!
:D
I loike baju merah menyala itu. Baju apa taktau???
Post a Comment