
Adapun hari ini Fendiosman nak mempromosi aktiviti yang dijalankan oleh Jabatan tempat Fendiosman mencari rejeki. Ada sesetengah orang memanggil Jabatan ini Jabatan Joget, Ketua Pengarahnya jadi Ketua Jabatan Joget. Makanya, Fendiosman jadi Pengarah Joget la ye? Keh keh keh......
Festival Tari Malaysia 2009 ni merupakan acara yang diadakan 2 tahun sekali. Festival kali ni pada hemat Fendiosman memang sebagai platform kepada kumpulan-kumpulan tari amatur untuk menunjukkan bakat masing-masing.
Kalau dulu, waktu jadi kabaret di UKM, Fendiosman pernah jadi peserta, 2 tahun lepas, jadi penonton, dan kali ni, jadi urusetia pulak. Makanya Fendiosman dah rasa semua part dalam penganjuran pertandingan ni.
Bila ya? Pembaca sekelian, kalau berkelapangan jemputlah beramai-ramai ke Auditorium DBKL di Jalan Raja Laut ittewww pada 28-31 Julai 2009, jam 8.00 malam. 28-30 adalah hari pertandingan, dan 31 Julai adalah hari keputusan pertandingan. Kalau sebelum ni, kesemua negeri layak bertanding di peringkat kebangsaan tapi tahun ni hanya 6 kumpulan yang terbaik dipilih di peringkat zon untuk bertarung di peringkat akhir. Peringkat zon telahpun diadakan sewaktu peninggalan Fendiosman ke Nihon dulu. Kumpulan yang berjaya adalah dari Pulau Pinang, Selangor, Melaka, Johor, Sarawak dan Sabah.
Jadi, apa lagi, jom kita ke Auditorium Bandaraya! Masuk percuma, datang awal boleh dapat seat yang cantik untuk menonton.....
Jom laaaa.....untuk maklumat lanjut boleh berhubung dengan urusetia di talian 03-20523600
5 comments:
Tarian apa taktau???
Tango ka? Cha cha ka?
Run!!!!!!!!!!!!!
i plan to go.
bunyi macam menarik.. tak pernah lagi pergi tengok pertandingan menari2 ni.. nanti try test cuba la tengok.
...nak sokong kumpulan dari Johor jer... nak sangat pi..tapi tak sempat ler... next week ada joget2 lain tak?
Datang sini bulan depan nanti nak nengok pengarah joget berjoget sikit boleh tak? Huhuhu...
Post a Comment