
Dah dekat seminggu Fendiosman tak update blog. Sibuk katanya. Sambai berbawang berakar umbi blog. Bawang? Kenapakah? Hanya johari yang mengenal maniam.
Adapun sejak balik dari Nihon ni jadual kerja memang padat. Penstrukturan kementerian sejak penggabungan tempohari nampaknya dah menunjukkan kekuatan. Masing2 dah mula memainkan peranan sebagai satu kementerian yang kedua besarnya dari segi fungsi. Makanya kerja pun memang terus masuk ke gear 4 la. Tercungap la jugak nak mengejar. Maklumlah....dah jadi pondan tua katanya.....walaupun. Lantaklah orang nak kata apa pun, hanya yang betul2 kenal Fendiosman saja yang tau dan layak untuk menilai diri Fendiosman.
Weekend ni berjaya jugak menyelinap balik ke bandaraya Sungai Petani yang semakin hari semakin membesar ittewww. Balik panjat pokok mo'tan yang dah berbuah lebat tapi takde orang nak makan. Ye la....mama sorang2 je kat rumah. Selain sakit rumah yang dihadapi, memang Fendiosman balik nak menghantar barang2 yang dibeli untuk mama di Nihon tempohari.
Dan minggu ni bermulalah jadual heret beg ke sana ke mari. Awal pagi Isnin, ke Kota Bharu, balik hari. Awal pagi Rabu, heret beg jugak, balik hari jugak. Jumaat-Ahad pun heret beg lagi. Ditambah dengan mesyuarat tak habis2 pagi petang siang malam. Macam itik pulak rasanya, ada jugak orang perhatikan cara Fendiosman jalan ye? Tugas2 untuk acara yang bakal berlangsung jugak perlu dibuat. Apa pun, Fendiosman memang enjoy dengan kerja yang ada sekarang ni. Walaupun melayan kerenah Madamme Eyebrow tu agak mencabar, tapi pada Fendiosman dengan cabaran yang ada tu la mengajar Fendiosman untuk jadi lebih matang dalam membuat tugas harian.Err.....rasanya taknak tulis panjang2. Kang tertulis benda2 tak elok, nanti orang kata Fendiosman suka mencaci maki orang lain, macam Fendiosman sorang je yang bagus. Eloklah berenti takat sini je.
Oh ye, sebelum terlupa. Untuk pembaca yang budiman, BLOG INI ADALAH BLOG FENDIOSMAN, JADI KALAU TAK SUKA DENGAN TULISAN FENDIOSMAN, SILA BAWA CURSOR ANDA KE PENJURU KANAN WINDOW INI, DAN TEKAN X YANG BERWARNA MERAH ITU. SENANG CERITA, ANDA YANG BACA PUN TAK SAKIT HATI, FENDIOSMAN PUN TAKDE NAK GELAK GULING2 BACA KOMENTAR PEMBACA YANG SANGAT MEMBINA ITU.
Wallahua'alam.....
3 comments:
allahuakbar, ada lagiyang tak pueh hati ko..isk isk..leceh aaa camni. takkan tiap kali entry kena buat disclaimer.
oh btw, mana ada pondan tua. meletop ada lah...best aaa. nak join jkkn juge :D
Ai pondan muda, boleh? Pondan tua je mampu dapat Enrich Gold... banyak sgt miles berjalan katanya!!! OOpppppsss....
beb,
sorry lah pasal haritue. mata tengah melilau di bandar KK... biasalah, perempuan. apa2 pun, i trust the issue has been settled
(efficient tak warga unit aku? ngehehehehe...)
tapi kalau ada buah rambutan extra tu... pass2 la kat aku ni haaa... pokok rambutan umah aku ni ntah kenapa tak berbuah lah pulak tahun ni...
Post a Comment