Monday, June 23, 2008

Kisah Sebuah Impian


Pernah tak korang semua terpikir, adakah pekerjaan yang korang buat sekarang tu mencapai apa yang diimpikan sejak dari kecik dulu? Untuk sesetengah (aku rasa sebahagian kecik saja kot) orang, mungkin apa yang diharapkan itu tercapai, tapi untuk sesetengah lagi, mungkin pekerjaan yang dilakukan sekarang ni tak tersenarai langsung dalam Kad 001 yang diisi sewaktu sekolah rendah dulu. Aku hampir pasti setiap tahun, apabila ditanya oleh cikgu mengenai cita-cita, aku akan memberikan jawapan JURUTERBANG sebagai impian yang ingin dicapai apabila dewasa kelak.

Tak pernah terlintas untuk aku menjadi PTD. Hang tau ka PTD tu apa waktu kecik2 dulu? Teringat jugak harapan seorang kawan di sekolah rendah dulu untuk menjadi komunis. Harapnya impian menjadi komunis tu takde la dicapai. Hehe. Sekolah aku dulu sekolah kampung je. SEKOLAH KEBANGSAAN SIMPOR, TIKAM BATU, KEDAH. Lokasinya di luar bandar, dan rata-rata sahabat sekolah dahulu hanya mengimpikan kerjaya Askar, Bomba, Polis, Cikgu, Jururawat, Doktor (ni terlalu sikit sangat....dan aku rasa none of us yang jadi doktor).

Kisah impian menjadi juruterbang tu memang aku simpan dan pendamkan sampai bila-bila. Aku hampir pasti menjawat jawatan yang aku inginkan sewaktu aku hadir ke temuduga Cadet Pilot bersama Singapore Airlines beberapa tahun yang lalu. I made to the final round in Singapore and unluckily pada waktu tersebut wabak SARS melanda dan pengambilan dibekukan buat sementara.

Pada masa yang sama, aku turut hadir ke temuduga terbuka jawatan pengheret beg di airport merangkap pelayan di awan biru. Dalam hati, terdetik, tak dapat terbang jadi drebar pun takpe, janji dapat naik kapal terbang. Hahaha....sounds desperado tapi itu lah hakikat yang harus diterima. Jawatan heret beg ni berjaya aku dapatkan (untuk crew semua....no offense ha! indeed heret beg kat epot tu nampak elegant wooo). Tapi keberkatan daripada ibu bapa itu harus kita ambilkira dalam sebarang pekerjaan yang kita lakukan lalu aku mencuba nasib untuk memilih kerjaya yang tidak melibatkan aku dengan kehidupan yang dikatakan glamor ini.

Apa terjadi? Setakat pengalaman aku menghadiri temuduga, aku takde masalah untuk mendapatkan kerja. Ada jugak kerja yang langsung aku tak ditemuduga! Tau tau je dah ada orang suruh pegi amek surat tawaran kerja. Hehe...kerja tang mana tatau? Thanks to Tan Sri A.A. yang menaruh sepenuh kepercayaan untuk aku menjawat jawatan yang telah aku sandang sebelum ini. Hanya Allah Taala sahaja yang boleh membalas jasa Tan Sri.

Dalam kegembiraan aku bekerja di tempat tersebut, ada juga hasrat yang aku kena tunaikan. Pernah arwah Baba berkata nak tengok anak dia sorang jadi PTD lantas aku meringankan tangan aku untuk memohon jawatan tersebut. Kalau ikutkan, langsung aku taktau apa itu PTD sebab aku hanya bercita-cita untuk terbang di awan. Macam aku katakan, impian itu masih aku simpan sampai sekarang.

Mungkin doa ayah ibu ada di situ, dan restu yang diberikan menyebabkan aku terpilih untuk memegang jawatan yang aku sandang sekarang. Alhamdulillah. Kelulusan? Pada aku Ijazah Pertama itu adalah syarat untuk mendapatkan kerja pada masa sekarang. Tak perlu nak demanding banyak-banyak. Kalau engineering degree, tak mesti jadi engineer ye dak? Lain la kalau medical degree, demand tinggi dalam sektor kesihatan, kompem dapat kerja lepas grad. Makanya, pengajaran untuk para graduan sekarang, jangan la dok demand macam nak rak! Nak gaji sekian itu sekian ini. Ya, perlu diakui kos sara hidup tinggi tapi untuk mendapatkan pengalaman, ambil saja apa-apa peluang yang ada di depan mata.

Berbalik kepada kisah sebuah impian yang aku pendam, walaupun hati aku melonjak untuk terbang, tapi berbalik kepada doa dan restu ibu bapa, mungkin inilah takdir yang telah ditentukan buat aku. Jadi, redha dan terima apa yang telah ditulis. Apa pun, aku masih nak terbang. Kalau diberi peluang boleh buat 2 kerja satu masa, memang aku nak capai apa yang aku idamkan. Chopppp....kau rabun pastu kau feeling nak terbang? Cehhhh.....

17 comments:

phachat said...

yey, dh boleh bukak blog ko!!!

wahahaha... heret beg katanya... aku rasa itu pasal la ko meroyan mencopet segala bagai peralatan dlm kapal terbang! Sib baik ko x terima PENDI oooii... kalu x, berkongsi dosa arak la ko! tak pon jd yg TERLAMPAU itew!! wahahaha...

Adi Osman said...

itulah yang arwah babaku berkata...

"aku hantaq hang pi skolah arab ingatkan hang reti? tapi tak reti-reti jugak....."

swit@kon said...

umur 7,8 tawun, atuk yang bergelar bekas guru merangkap bilal mesjid merah muka bila cucu nak jadik model/stewardess.

da masuk U, nak jadik chemist..yo lah..chemist yang berangan nak g keje pakai baju cantik2..

PTD - doa seorang mak yg nak anaknya jadi pegawai kerajaan...

alhamdulillah :)

Adi Osman said...

switakon

more or less....lebih kurang sama je backgroundnye. cumanya fendiosman takde la nak jadi pram...

kapalkeras said...

aku berangan nak jadi ahli bomba dulu. sebab boleh main air. dan dapat duduk rumah batu.

sekarang, aku berangan nak jadi budak tu balik.. tak pening paler.

Mediviron UOA Clinic said...

HAHA! what a funny pic the last one!

Adi Osman said...

KHAI

berangan jadi bomba ek? aku tau pasai pa! pasai nak masuk sewer kan? tak pun masuk BA Gallery! ke kau nak buat kawad hos?

laaaariikkkk....


CHEN

suka ye? hehehehe....

zyrin said...

motif hang letak gambar terakhir tuhhh??? trauma aku dibuatnya.

masa aku kecik2, aku nak jadi...
a) pilot
b) wartawan
c) penulis buku
d) cikgu muzik
e) kerja macam ayah aku

... hanya yang (e) tu jer yang tak masuk senarai bila orang tanya, sebab masa kecik2 dulu aku x tahu ayah aku kerja apa... hahahahaha... hanya aku tahu dia dok kat meja, pegang pen, buat muka serius, pastu petang2 dia bawak balik suratkhabar... lalalala~

orangrawa said...

Aku plak kecik-kecik nak jadi pegawai bank...merasa pon tapi at last, resign sebab aku pun suka terbang macam hang! Alhamdulillah termakbul. Syukur!!!!

Adi Osman said...

ZYRIN

hehehe....biasa la, propa. skang ni kene cari gambo kontroversi cket.

anyway kenapa cikgu muzik ek? sebab nama kau muzi ke?


ORANG RAWA

suka terbang as passenger ke suka terbang as waiter?

teeeettt....laariiikkk!

zyrin said...

takkkkk... sebab aku nak jadi rockstar.

tapi sedar diri kan, x leh nyanyi... jadi cikgu muzik lahhh... mana tahu anak murid aku jadi rockstar... hehehe...

Anonymous said...

Tea..coffee..or Me? would like raw, medium or weldone...? Seat upright and seatbelt fasten... gedebushhhhh

Adi Osman said...

ZYRIN

cmane ek kalo ko jadik rockstar?
tak dapat aku nak membayangkan laa!

laaariikkk.....

*sambil membayangkan kau menyanyi menghitung hari versi pitching tinggi


FAIZAL ADINDA

saya tak makan udang....

hehehehe.....

orangrawa said...

Nak jadi captain tak cukup pandai, nak jadi waiter tak cukup hansem, so jadi passenger je la nampaknye...

Rush Murad said...

i always nak jadi 'POLIS'... sebab pakai uniform nampak segak, bila dah sekolah menengah, nak jadi 'LAWYER', hambik ko tercampak kat London sorang2... tak jadi 'LAWYER' punggg... last2 la ni bekerja yg tak pernah termimpi.. menjadi 'FULL TIME BLOGGER'!!! and get hefty salary... :P i loike...

Adi Osman said...

ORANG RAWA

jadik passenger la best. boleh accumulate enrich.

tu pun kalo naik MH la...

teringin nak wat safety demokah?


BANG SHIDI

polis?

askoke takmo kah?

Rush Murad said...

askoke? manone bulole jadode askoke.... nantote tido'de 'fokus'... asose-asose enone masose 'camp'... melacoce... hikssss....