Monday, June 16, 2008

My New Old Look....

Hari ni posting aku takde nak mengomel membebel panjang-panjang. Sori la ek, last week sempat sekali je aku update blog. Bizi, dan tak berapa nak sihat badanku, sampailah aku mengadap Cik Spongebob Squarepants Kaunselor. Terurailah isu yang menjadi beban kepada benakku selama ini.

Hari ni Fendiosman nak meminta para pembaca sekelian membuat comparative study mengenai penampilan Fendiosman.

Adapun dikisahkan Fendiosman sememangnya seorang yang rabun semenjak dari darjah 5 lagi. Dan pada waktu itu, hanya cermin mata tebal yang menutupi wajah Fendiosman. Masa beredar, Fendiosman makin membesar, dan kanta sentuh menjadi pilihan Fendiosman sebab tiada cermin mata yang sesuai dengan wajah Fendiosman yang bulat dan mata Fendiosman yang besar.

Selama ini memang Fendiosman akan bercermin mata sewaktu ujung minggu dan tatlaka berada di rumah. Dan, sebagaimana pernyataan yang telah dibuat sebelum ini, wajah Fendiosman diibaratkan bagaikan Betty tanpa pendakap gigi apabila mengenakan cermin mata. Namun usia cermin mata Fendiosman itu sudah memakan tahun, usang dan kusam.

Dan nak dijadikan cerita, minggu lepas Fendiosman mengajak Cik Sincere dan Cik Spongebob ke kedai cermin mata untuk membuat cermin mata baru di Alamanda. Lebih sejam diambil untuk memilih bingkai yang sesuai (walhal biasa je....) untuk wajah Fendiosman.

Hari ni, Fendiosman memakai cermin mata tersebut ke pejabat. Kesannya lebih kurang begini la kalau Fendiosman bercermin mata:-Soalan Fendiosman....sila ulas wajah Fendiosman bercermin mata tebal dan bandingkan dengan wajah Fendiosman tanpa bercermin mata.

24 comments:

kapalkeras said...

sebelum : dah biasa tengok
selepas : tak biasa tengok. barangkali jika fotonya tidak beraksi ketiak sebegitu, gambarnya nampak normal je.

beb. oklah spek tuh. kena.

swit@kon said...

saya lebih menyukai gambaran terbaru iaitu memakai cermin mata....nampak lebih best (ape best tu taktau nak ungkap...) secara kesimpulan nya saya suka yang bercermin mata (rahsia : saya ni teringin nak pakai sepek, tapi tak rabun...huhuhu)

Adi Osman said...

KHAI

kalo dulu jaman kecik2 lagi beso speknye! ye la mak aku yang pilihkan....

bila tengok cite ali setan aku tingat la jaman tu! ala yang akak sebilik dengan ogy tuuuu....


Swit@kon

tak rabun tu elok la jaga mata.

fendiosman waktu mula2 rabun dulu abis semua orang kutuk...

pasal orang kata perasan, nak tunjuk macam orang pandai la...pasal tu pakai spek!

hakikatnye fendiosman memang pandai pun dulu kat skolah rendah....

hehehehe

*matila perasan

Angah said...

Ko pakai spek nampak profesional. tapi I like u without it, playfulness side tuh terserlah.

DBI said...

setelah buat t test,kai square bagai ..dapat lah disimpulkan bahawa mata encik kelihatan lebih bundar dan sedikit kuyu bila memakai spek :-P

DBI said...

luper plak>>x pakai spek lagi ensem gitu.. pakai spek cam bekeng jer skit..

phachat said...

wahahaha... apakah maksud beraksi ketiak itew wahai encik khair???

nway PENDI-yg-suke-tepon-ketika-aku-bercuti,

komentar tak ikhlas:
-nampak kacak, hebat, bergaya dan harum wangi!!!

komentar ikhlas:
-lebih 'matang' *in a good way la psl kite (aku la... ko - aku tak tau!) asek diperkotak-katikkan dgn kata2:'jawatan tinggi, tapi muka pon tak abis berhingus lagik!'. ketahuilah, persona mu terserlah dgn imej baru ini dan sudah tiada lagi hingus berselepet di muka!(if u kno what i mean...)

Kembara Musafir said...

without specs better... it takes 5 years of your age.. sumpah tak tipu never bohong...!!:)

nadzate said...

hoho macho siol pakai spek...!!!

Rush Murad said...

pakai cermin mata elok atau sesuai mana pun, kalau ambik pic tak reti nak senyummmm...... tak der maknanya..... control macho kahhhh???? :O just miss ur smiles...

zyrin said...

aku tengok spek ko aku teringat ala2 cikgu disiplin garang zaman 60an tuhhh... hehehehehehehe...

apa kata ganti2? kadang2 pakai mata dalam, kadang2 pakai mata luar...

-aku yang tengah mati kesejukan kat level hang-

Adi Osman said...

ANGAH

muka takde cermin mata nampak nakal ek? terperanjat budak2 ni tengok aku pakai spek semalam....

hehehehehe....


BANG DBI

bekeng ek? muka tu muka tengah tensen....

adapun muka fendiosman memang muka bongkak, menurut kata2 sesetengah sahabat la.

itu la antara punca fendiosman takde ramai kawan.


PHACHAT

beraksi ketiak tu gambo sebelum ditukar....lepas ditegur terus gambar bertukar. muahahahahah


KEMBARA MUSAFIR

yes i admit the fact, it takes 5 years of my age, and i look older than i suppose to be. akan di alternate antara spek dan konteklens


PAKMAT TEMPE AJIM

macho leh? hancho ada la kot!


BANG SHIDI

saje taknak senyum pasal ada orang tegur, senyum kita ni sepesen je, cut and paste kat semua gambar.

nak wat cmane kan, dah ada charming smile, sesekali buat serius apa salahnya dak?

*matila perasan lagi!

Dina said...

ntahlah...aku bekenan plak nengok gambor yg pkai spek ni sbb nmpak lg ensem & macho compare to yg tk pkai tu...yelah, lain org lain plak tastenya.

Adi Osman said...

ZYRIN

sejuk ye
ni la selama ni yang orang level 10 dok rasa...beku! sunyi! macam umah mayat tau.


slama ni memang ganti ganti pun, cumanya tak penah pakai mai opis. kalau kat umah memang berceremin mata.

aku rasa macam tahun 60'an pun ada...ala time spek tajam tuuuu


dina

ok...antara orang yang suka tengok spek! hehehehe

mekaseh

orangrawa said...

dua dua nampak ok je apa???? wah komen sebab dah lama tak bersiaran!!

perantau.tt said...

bro, buat laser treatment bro.. pakai spek leceh sikit la bro.. senang sikit ko nak bersukan. sukan padanag ke sukan air ke.. :)

emm aku rasa nampak lebih muda tanpa spec.. matang tu ikut gaya badan, bahasa, senyum ko. so takperlu lah pakai spec tuk nampak matured.

Adi Osman said...

ORANG RAWA

hehehe...ayat sedapkan ati tu!


AZRAL

bukan kira nak nampak matured, tapi memikirkan sampai bila nak meletakkan kanta dalam bijik mata inniewww

LeannY said...

la bila masa mamu ni tak berapa klear ni? cheq tak tau pun....lain bangat nampak bila dah ada dok tergantung kat muka....

NN said...

u look good without cermin mata..
:)

X-weatherman said...

Aku nampak tak banyak beza pun pakai spek ngan tak pakai spek..ko tetap Tariq..

Bangla Tambak Johor said...

incik fendi..
tak pakai glasess better!nampak muda 5 tahun..hehhee.

Adi Osman said...

LANNY

lama dahhhh...tak penah tengok ka slama dok mai umah cek tu?


NIKLI

ya....i admit that!


WADI

memang aku tetap aku! hiks.....terpulang pada penerimaan orang. kalau semua orang pendapat sama macam hang, aman dunia!


SAKURA

heheheh....dah tua! kena sedaq diri laaa

MOLY said...

bg kita pakai spek nampak smart
;)

shazali said...

you look better without your spectacles!

encik azral perantau, i couldnt agree more with you. kalau ade ongkos lebih, buatlah rawatan laser mata. Itupun kena test dulu bcoz x semua org rabun boleh selesaikan masalah rabun dgn rawatan laser....