Macam-macam ada kat sini untuk orang yang minat sejarah. Mungkin boring bagi sesetengah orang, tapi to know a place, we have to know the history. Baru la kita boleh jatuh cinta. Tak gitu? Macam dialog dalam cerita Legenda Budak Setan tu...
"Awak dah curi hati saya......."
"Macam mana saya nak pulangkan?"
"Takpelah, awak simpan saja................"
(Ehhhhhhhhhhhhh...kantoi tengok cerita budak asrama tu! Hiks............)
Kiranya so far Hanoi memang berjaya menambat hati Fendiosman la...............................
Bedasarkan bacaan Fendiosman, terdapat lagi dua tempat yang menarik berhampiran dengan kawasan rayapan Fendiosman pada pagi ittewwww. Habis peta dipusing dilipat semata-mata nak mengetahui arah. Dengan bantuan abang askar yang berteduh di bawah pos kawalan, Fendiosman dapat mengagak arah tujunya. Tapi, letih jugak la nak guna bahasa isyarat, disulami dengan bahasa Inggeris mudah.
"Excuse me......you know where this?" (sambil menunjukkan gambar pada peta....)
Dari Memorial, Fendiosman ke One Pillar Pagoda...
"The temple was built by Emperor Lý Thái Tông, who ruled from 1028 to 1054. According to the court records, Lý Thái Tông was childless and dreamt that he met the bodhisattva Avalokiteshvara, who handed him a baby son while seated on a lotus flower. Lý Thái Tông then married a peasant girl that he had met and she bore him a son. The emperor constructed the temple in gratitude for this in 1049,having been told by a monk named Thiền Tuệ to build the temple, by erecting a pillar in the middle of a lotus pond, similar to the one he saw in the dream" - sumber dari Wikipedia (though some informations from Wikipedia leaves a lot to be desired)
Alibi berada di tempat kejadian, gambar musti diambil. Kalau tak nanti kata ambik kat google je! Huuuuuuuuu.....
Kat Hanoi ni satu benda lagi yang Fendiosman terperasan adalah kehadiran muzium yang baaaaanyak sekali. Ada muzium wanita, ada muzium sastera, ada muzium segala makneka. Sama la jugak macam satu negeri kat Malaysia ni, Setem pun ada muzium khas. Pengunjung? Yang adooooooooooooooooooo!
Haaaa, this is Ho Chi Minh Museum. (Nota : sila jangan betulkan skrin anda apabila melihat gambar ni sebab memang Fendiosman sengaja ambik gambar senget. Artistik katanya) Ho Chi Minh Museum is a museum dedicated to Ho Chi Minh, a revolutionary hero. Macam memorial la, semua cerita Ho Chi Minh ni ada terpapar kat sini. Ada jugak segala macam benda milik mendiang yang disimpan. Tapi, muzium ni agak boring sikit la.....
Kat sebelahnya ada Pintu Kebahagiaan (Ni mengikut kata Tauke Panggung Sari Istana Budaya yang mahir membaca tulisan Cina). Tapi ni tak masuk dalam list 10-must visit place in Hanoi. Memandangkan dia kat sebelah muzium dan pagoda ittewww, bolehlah ambik gambar. Sampai ke sudah Fendiosman dok heran, kenapa bangunan kat Hanoi banyak warna kuning eh?
Alibi mesti ada.....(konsep mengambil gambar lobang idung dari bawah. Slalu orang ambik mendongak, apa kata kita cuba dari bawah pulak....)
Dan lagi....(dan seperti yang Fendiosman dah nyatakan, kesukaran bila travel sorang-sorang ialah bila termasuk part mengambil gambar! Mujurlah kamera digital. Kalau macam dulu punya kamera yang guna filem?)
Kata tuan rumah, hiasan cantik macam di atas ni hanya bersifat sementara. Jadi janganlah salahkan Fendiosman kalau bila anda pergi nanti takde pulak tulisan-tulisan macam ni untuk diambik gambar. Kebetulan Fendiosman pergi waktu langkah kanan.
Dah selesai satu part di Hanoi sebelum tengahari. Fendiosman tandakan dalam peta yang mana satu Fendiosman dah pergi. Untuk memudahkan dan untuk mengelakkan keciciran katanya. Kalau tak masuk pun, lintas pun jadilah.................
Jam 11 pagi. Tuan rumah mintak Fendiosman ke pejabat beliau untuk makan tengahari dan solat Jumaat.
Haaaaaaaaaaaaaaaaaa, hari ni kami makan kat restoran Nisa. (Fendiosman fobia dengan nama Nisa ni, tapi demi sesuap nasik, abaikanlah nama itu. Apa ada pada nama kan?)
Restoran ni milik warga Malaysia yang berkahwin dengan warga Vietnam, dan ini adalah salah satu dari tempat makan yang halal tanpa perlu diragui kebersihan makanannya. Uniknya di sini, konsep dia buat betul-betul Malaysia. Nasi campur, dan bentuk tempat hidangan makanan pun macam di gerai-gerai di Malaysia. Orang kata kat negara orang, jangan makan makanan Malaysia demi memberi peluang kepada makanan tempatan, tapi kalau dah yang lain tak halal, nak makan apa? Vegetarian kah? Rugi tau..........
Menu untuk tengahari itu.....nasi putih, ayam masak merah, dan sayur! Tajaan tuan rumah.....
Dan sirap bandung. Kat Bandung pun belum tentu ada sirap Bandung tau! Jauh sampai Hanoi pun ada..........
Perut kenyang, hati senang. Barulah boleh solat Jumaat.
Masjid di Hanoi ni ada sebuah je, dan di sinilah tempat rakyat Malaysia yang datang dari dalam dan luar Vietnam berkumpul bersama-sama umat Islam yang lain.
Khutbahnya dalam Bahasa Arab. Kata tuan rumah lagi, orang Hanoi yang betul-betul Muslim ada dalam 3-4 buah keluarga je. Lain-lain semuanya expat serta pengembara macam Fendiosman.
Selesai solat, masa untuk explore another side of the city. Nak masuk ke dalam Old Quarter pulak. Masih lagi dalam mode jalan kaki. Bukan apa, senang. Lagipun cuaca tak panas terik sangat. Kira mekap pun tak cair la, sambil tengok gelagat orang tempatan bersiar-siar. Apa salahnya dak? Di samping dapat menguruskan badan....................................kuruskah masalahnya?
to be continued..........
to be continued..........
No comments:
Post a Comment