Selesai sudah acara eksplorasi pada hari pertama. Hari pun dah malam walaupun baru jam 5.30 petang. Tuan rumah pun dah selesai buat kerja di pejabat. Dah berapa tempat ye Fendiosman jejaki? Tak bertanda plak ye! Acara mengisi perut di malam hari. Masih ditaja tuan rumah. Kali ni di restoran India pula. Jangan khuatir, restoran ni pun halal......................
Heran tetibe ada lambang Malaysia Airlines. Kenapakah? Menurut tauke kedai, itu sebagai bukti yang restoran itu dikunjungi oleh pengunjung-pengunjung dari Malaysia. Halal...............
And the meal was sooooo sedap! Sehingga menjilat tulang............
Lovely!
And the price was lovely too. Mujurlah ditaja oleh tuan rumah. Kalau tak Fendiosman makan roti je sebab nak memenuhi impian trip tak lebih dari 500 hengget. Perut dah penuh, sebab badan letih, kaki pun dah lenguh, teruslah pulang ke rumah. Lagipun Hanoi sangat sesak dengan pengunjung yang nak sambut Thang Long ittewwww. Dan Fendiosman pula perlu bangun awal untuk trip ke Halong Bay pada keesokan harinya.
Pagi hari ketiga, pemandu menjemput Fendiosman di rumah untuk trip ke Halong. Dengan bayaran USD25, trip ke Halong termasuk bayaran kenderaan, makan tengahari, pemandu pelancong, serta tiket naik cruise orang kaya. Heh.......satu lagi, kenderaan akan jemput di tempat penginapan, dan hantar balik semula setelah trip selesai.
Fendiosman join tour group mana tah, dah Fendiosman satu2nya yang exotic waktu tu. Heh.........
Kata pemandu pelancong,
"Halong Bay is 170km away from Hanoi, and the journey will take 3 and half hours......"
Kejung la dalam van nanti! Dan perjalanan membawa kami melintasi kampung-kampung dan kawasan luar bandar di Vietnam ni. Dengan kelajuan lebih kurang 50km sejam, memanglah kebas duduk di seat yang tak boleh di'recline'kan ittewwww....
Tapi pemandangan yang cantik melupakan sejenak mengenai bontot yang kebas. Di pertengahan perjalanan, van yang Fendiosman tumpangi singgah di RnR untuk berehat sejenak.
Di sini dijual pelbagai kraf hasil kerja tangan tempatan, termasuklah silk stitch potrait yang sangat cantik. Tapi kat sini harganya mahal. Dia tekan abis-abisan.......
Ada jugak kopi Vietnam yang femes ittewwww, tapi yang ni dibuat dari tinja tupai yang makan bijik kopi. Sanggup ke nak minum dek?
Memandangkan Fendiosman taktau apa menu yang bakal disajikan di Halong Bay untuk makan tengahari, makanya perut perlu dilapik dengan buah buahan. Murah dan sedap..................walaupun dIkatakan seafood untuk menu tengahari, petuanya, expect the unexpected ya murid-murid.
Bedal je la selagi mampu
Dah pejam, dah bangun, dah ambik gambar, selepas beberapa jam kebas bontot, sampailah Fendiosman ke Halong Bay. Sebab pakejnya dah termasuk harga tiket naik kapal, jadinya tak perlulah membeli lagi tiket. Kat sini ada pelbagai pilihan, ada trip 4 jam, ada trip seharian, ada jugak trip sehari semalam, dan ada pelbagai pakej bintang yang boleh dipilih. Cruise 2,3,4 dan 5 bintang. Macam-macam ada......dan bergantunglah kepada duit yang anda miliki! Hehe...
Cantik cruise boat yang ada...trade mark di Halong ni la kononnya!
Heh....bukti naik cruise boat....mesti ada tiket!
Mulalah merasa macam tok arab kaya naik cruise di laut Carribean....
Pemandangan sangatlah cantik. Banyak bot datang dan pergi. Kiranya sangat mendamaikan. Kalaulah hari-hari dapat tengok pemandangan macam ni alangkah seronoknya! Dari kejauhan, berbalam pulau yang menggamit Fendiosman.......
to be continued..........
to be continued..........
No comments:
Post a Comment