Wednesday, October 06, 2010

Chào bạn.....another ASEAN Escapade Series

Sebelum datang ke mari, Fendiosman ada meng'google'kan tempat-tempat yang sesuai untuk dilawati. Sempatlah jugak Fendiosman membelek-belek sebelum Fendiosman tidur, dan dapatlah jugak gambaran ke manakah arah tuju langkah kaki Fendiosman seterusnya. (motip tetibe ayat Ahadiat Akashah?)

Pagi hari kedua, setelah merehatkan diri (almaklumlah...sebagai seorang model, Fendiosman memang perlukan tidur yang mencukupi untuk mengelakkan eyebag di bawah mata - *matila perasan), Fendiosma bangun dengan perasaan berkobar-kobar untuk explore bandaraya Hanoi. Cheeewahhhhh!

Dengan gaya ceria, beg sandang di bahu (walaupun beg sandang percuma), sebiji kamera dan peta, Fendiosman dibawa ke bandar oleh tuan rumah. Beliau nak pergi kerja, jadi beliau tinggalkan Fendiosman berhampiran tempat kerja beliau untuk Fendiosman memulakan eksplorasi seluruh bandaraya. (Tinggalkan? Buang bayikah? Gejala sosial meningkat di kalangan remajakah?)

Tapi sebelum tu, daptkanlah Dong secukupnya untuk perbelanjaan. Petuanya, tukar Ringgit ke USD di Malaysia. Dan ke Vietnam, jangan pergi ke Money Changer biasa ataupun bank. Tapi pergi ke kedai emas untuk mendapatkan tukaran wang yang baik. (Ni petua orang yang dok kat sana ajar......). Taktaulah kenapa kedai emas, tapi tu hakikat sebenar.

Dari kedai emas, destinasi pertama sudah semestinya tanah Malaysia di luar negara yakni Pejabat Kedutaan. Ye la kan, mana lagi nak pergi kalau dah tuan rumah kerja kat sini. Dari sini pergerakan Fendiosman akan dimulakan.

Kedutaan Malaysia kat sini takde la besar macam kat Tokyo maupun Bangkok. Apa lagi kalau nak dibandingkan kat London dan Jakarta nun. Cenonet je, tapi cukuplah untuk tujuan perhubungan diplomatik yang sihat antara dua negara.

Dari sini, Fendiosman melangkah ke Ho Chi Minh Mausoleum. Kat sini diletakkan mayat Mendiang Ho Chi Minh yang telah diawetkan untuk tayangan umum. Tapi kebetulan waktu Fendiosman pergi tu, tempatnya ditutup sempena sambutan 1000 tahun. Boleh tengok bangunan je la, tapi cukuplah sekadar menjadi alibi Fendiosman berada di Hanoi. Di sini jugaklah namanya Ba Dinh Square, tempat perisytiharan kemerdekaan Vietnam satu ketika dulu.

Kebetulan waktu tu ada raptai sambutan 1000 tahun di dataran yang sama. Penuhlah ummat di sekeliling jalan untuk tengok apa yang berlaku. Bergema muzik satu dataran tu. Ho Chi Minh Mausoleum ni macam Dataran Merdeka di Malaysia la. Tempat pusat aktiviti bercorak macam ni la kiranya. Kemerdekaan ka, apa ka...semua depa buat kat sini.

Konsep lawatan seorang diri ni ada jugak keburukannya. Especially bila masuk part bergambar. Jadi, jika anda perhatikan gambar Fendiosman, semuanya bercorak timer set-up ataupun pose setakat dada sahaja. Tapi kenalah menjadi model gedik yang tahan tohmahan orang sewaktu menyaksikan posing-posing yang dilakukan. Daaaaan, tak boleh buat kat semua tempat. Kalau tempat yang ada pickpocket, takut orang bawak lari kamera. Susah.............................

Dengan hanya berbekalkan peta bandaraya dan tanpa tour guide, Fendiosman teruskan jugak aktiviti yang ada. Gigih ni, mujurlah di Hanoi ni tulisannya semua tulisan Roman. Jadi, sangat senang difahami dan Insya Allah tak sesat kalau mengikut jalan yang terpapar di peta. Satu lagi, jalan yang ada pendek je. Takde la panjang kalau nak dibandingkan dengan Jalan Sultan Ismail. Bangunan Sime Darby pun Sultan Ismail, Hotel Istana pun Sultan Ismail. Tak ke jauh namanya tu? Uuuuuuuuuuuuuuuuu............

Architecture memang cantik, dengan rona warna yang cantik menjadikan tempat ni sesuai untuk sightseeing. Dan semuanya dalam walking distance saja.

Dari situ, terus ke Presidential Palace, sebelah menyebelah je.....pun masih dalam konsep warna yang sama. Kuning terang.

Jalan lagi.....terus ke War Memorial. Design dia cantik. Kalau kat tengah-tengah tu nampak macam Pagoda. Kira macam fusion architecture la. Menarik!

War Memorial ni mengikut sejarahnya adalah "monument which commemorates the sacrifice of courageous Vietnamese men and women who served the country in a time of great danger." Macam Tugu Negara la jugak. Different version....

Macam-macam ada kat sini untuk orang yang minat sejarah. Mungkin boring bagi sesetengah orang, tapi to know a place, we have to know the history. Baru la kita boleh jatuh cinta. Tak gitu? Macam dialog dalam cerita Legenda Budak Setan tu...

"Awak dah curi hati saya......."

"Macam mana saya nak pulangkan?"

"Takpelah, awak simpan saja................"

(Ehhhhhhhhhhhhh...kantoi tengok cerita budak asrama tu! Hiks............)

Kiranya so far Hanoi memang berjaya menambat hati Fendiosman la...............................

to be continued.......... 

2 comments:

swit@kon said...

betullah.
hanoi ini adalah old skool dan sangat kolonial.
saya suke.
ada lawatan tahun hadapan?
ikot!! tapi nak try duduk umah beyond 5 stars la. ok ke?

Hambali ® said...

sapa amik gambaq hang?