Friday, October 08, 2010

Chào bạn.....another ASEAN Escapade Series

Selesai solat,  masa untuk explore another side of the city. Nak masuk ke dalam Old Quarter pulak. Masih lagi dalam mode jalan kaki. Bukan apa, senang. Lagipun cuaca tak panas terik sangat. Kira mekap pun tak cair la, sambil tengok gelagat orang tempatan bersiar-siar. Apa salahnya dak? Di samping dapat menguruskan badan....................................kuruskah masalahnya?

Bahagian kedua penjelajahan Bandaraya dimulakan apabila tuan rumah menghantar Fendiosman ke kawasan Hang Gai, kawasan membeli belah yang terkenal di Hanoi. Ala-ala Jalan TAR di Kuala Lumpur, Hun Gai menjual pelbagai jenis barangan dari sutera, cenderamata, dan imitation branded item yang bergred A. Tapi itu bukalah tujuan Fendiosman ya murid-murid.

Hajatnya adalah untuk memenuhi sasaran 10-must visit place in Hanoi. Jadinya, terus saja Fendiosman ke Hoan Kiem Lake, sebuah tasik di tengah-tengah Old Kuarter. Di Hanoi ni ada banyak tasik, dan tasik ni antara salah satu tempat tarikan pelancongan yang terkemuka.

Kalau Tasik Chini di Pahang ada legenda naganya, Loch Ness di Scotland ada raksasanya, Hoan Kiem Lake ni pun ada ceritanya tersendiri. Seperti yang diceritakan oleh isteri tuan rumah (tudiaaahhhh......dah jadi orang tempatan katanya), dalam tasik ni pula diriwayatkan ada seekor kura-kura yang aaaaaaaaaaaaaaaamat besar. Usianya dah memakan abad lamanya. Dan sesiapa yang berjaya nampak kura-kura itu, dikatakan orang itu akan mendapat tuah di dalam hidupnya. Heh, kalau kita ni dah kira khurafat, tapi tales remain as tales, and legend will always be remembered as legend. Macam Fendiosman jugak! Kaaaaaaaaaaaaaaaan?

Di tasik ni, ada pulau yang terdapat sebuah tokong ditengah-tengahnya dan dihubungkan dengan sebuah jambatan merah yang menjadi antara trademark pelancongan di sini. Ibarat makan lauk tidak bergaram, kunjungan ke Hanoi tak sah kalau tak singgah di tasik yang popular ini.

Sempat juga Fendiosman melangkah masuk ke dalam pulau tasik tu dengan bayaran 20,000 dong. Nak jugak tengok apa yang orang dok berpusu-pusu masuk tu......

Rupanya ada tokong ha.....


Disebabkan Vietnam ni terletak di Indo-China, makanya banyaklah binaan oriental yang mirip kepada bangunan di China. Kalau di Bangkok dulu, lain bentuknya! Ni pun lain la jugak, nak kata macam kat Jepun pun ada, kat Beijing pun ada.....

Dah selesai menjengok pulau, Fendiosman merayau lagi. Oleh kerana maklumat dalam peta terlalu terhad, Fendiosman masuk ke Tourist Information Centre untuk mengetahui kedudukan tempat-tempat yag strategik berhampiran Fendioman.

Belum sempat habis, tiba-tiba lampu idea menyala atas kepala. Dalam posting terdahulu sebelum datang ke Hanoi, Fendiosman ada postkan satu gambar dari atas bangunan di tengah-tengah Hanoi, dannnnnn.....rupanya tempat tu terletak di sebelah Tourist Informaion Centre.

Ada kafe yang dibuka di atas bangunan tu. Di tingkat 3 ada Highland Coffee, kira glamer macam Starbucks la jugak. Rata-rata di Hanoi ni ada outletnya. Di tingkat 5 pula ada Cityview Cafe. Cuaca agak panas di Hanoi walaupun di tengah-tengah Vietnam hujan sampai banjir, jadinya sambil study peta, sambil menikmati pemandangan, sempat jugak hilangkan dahaga.

Dan sebagai alibi lagi, tapi gambar ni diambil dari sudut bertentangan. Haaa, kalau nampak kat belakang Fendiosman tu ada pentas, tu sebenarnya untuk sambutan 1000 tahun Hanoi. Kebetulan waktu Fendiosman dok melepak tu, ada pulak konsert kanak-kanak sekolah main electone, ada tarian tradisional, ada nyanyi-nyanyi. Kira meriah la tempat tu.....

Pemandangan kat kafe ni pun cantik. Boleh tengok tasik kura-kura, boleh jugak tengok pemandangan sekitar Old Quarter, dan bangunan-bangunan yang lain di sekelilingnya.

Tapi sebab Fendiosman ada misi lain yang perlu diteruskan, tak bolehlah lepak lama-lama. Fendiosman teruskan perjalanan dengan misi merosakkan wang tunai di Hang Gai untuk mendapatkan beberapa cenderamata kiriman. Tipsnya, tawarlah separuh dari harga yang diletak, tapi Fendiosman ni tak reti nak menawar sangat, dan oleh sebab masa yang terhad, kenalah pantas. Capai dan capai....bayar dan terus beredar. Kalau datang dengan rombongan Che Kiah, mungkin dalam masa 15 minit tak boleh selesai macam yang Fendiosman berjaya lakukan. Heh..........

to be continued.......... 

1 comment:

swit@kon said...

habiskah 10-must see places itu?
oh tak sabar....sila haplod lagi..