Tuesday, October 05, 2010

Chào bạn.....another ASEAN Escapade Series

NOTA : KONSEP POSTING KALI NI ADALAH SEPERTI NOVEL BERSIRI, MAKANYA AKAN ADA PERKATAAN-PERKATAAN DARI SIRI LEPAS YANG AKAN TERBIT DALAM SIRI INI JUGA DEMI MEMASTIKAN PARA PEMBACA MEMAHAMI KAEDAH PENCERITAAN YANG FENDIOSMAN CUBA SAMPAIKAN. (AHADIAT AKASHAH KAH?)

"Rumah kau tingkat berapa?"

"Semua ni la rumah aku..........................."

Pitemmmmmmmmmmmmmmmmmm....rumah 4 tingkat macam apartment tapi satu tuan je! Mampooo?
 
 
Dari luar dah macam sinetron, lebih kurang penginapan kat Jakarta dulu. Masuk la pulak ke sebelah dalam, dan inilah bilik penginapan Fendiosman. A room beyond 5-star hotel katanya. 
 
Setelah 'check-in', Fendiosman dibawa untuk makan tengahari merangkap minum petang di bandaraya Hanoi. Kebetulan waktu Fendiosman berkunjung ni, ada sambutan 1000 tahun Hanoi. Jadi sana sini penuh dengan banner dan bendera serta hiasan-hiasan yang menarik. Kira langkah kanan la kunjungan Fendiosman kali ni.

Jalan raya pun agak sibuk dengan kenderaan. Katanya orang dari 'province' semuanya pakat turun berkampung di Hanoi untuk sama-sama menyambut sambutan Thang Long ni. Ya la kan, 1000 tahun sekali baru sambut.

Walaupun hidup 1000 tahun, kalau tak sembahyang apa gunanya (Eh.....jadi Saujana kah? Harusla pergi audition One in a Million lepas ni)

Destinasi makan?

Di Hanoi ni, kebanyakan tempat makan dibuka untuk lunch dan dinner sahaja. Makanya waktu in-between tu kenalah cari kedai lain. Memandangkan ketibaan Fendiosman dah dekat nak jam 3 petang ke bandaraya, hanya satu kedai yang boleh diredah. Untuk makluman, kedai HALAL ada 3 buah sahaja, dan semuanya guna konsep buka lunch dan dinner. Well, the option is to go to kedai yang jual makanan laut ataupun Pork Free.

Makanya....................Thai Express lah menjadi tempat tujuan. Walaupun rasa lebih kurang je kat KL, demi mengalas perut (hakikatnya dari KL lagi dah melantak tak hengat), makanlah hidangan yang sedia ada.

Untuk mengelakkan rasa was-was anda, bukalah page menu yang ada nama buah-buahan, dan sayur-sayuran. Walaupun restoran pork free, tapi kadang-kadang tu perasaan yang bercampur-baur tu tetap ada. Fendiosman paham dan tau macam mana perasaan tu. Jadinya, eloklah kita cari benda yang takkan timbulkan rasa tak selesa. Barulah boleh nak melantak. Dan satu lagi.......................konsep makan bukan untuk kenyang ya. Makan takat alas perut sudah!

Heh, dari tingkap tempat makan, sempat jugaklah Fendiosman merenung architecture bandaraya Hanoi ni dengan lebih dekat. Memang sangat kolonial dan sangat menarik. Kawasan kunjungan untuk makan tengahari ni terletak di dalam 'old quarter' Hanoi. Kira macam pusat bandar la lebih kurang. Kalau di Bangkok, ada Silom. Di Manila, ada Makati. Di Kuala Lumpur, ada Segitiga Emas. Di sini, Old Quarter ni tempat tumpuan perniagaan, dan jugak kawasan membeli belah untuk rakyat Malaysia yang saaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaangat suka membeli dan menawar tidak kira di mana sahaja mereka berkunjung.

Tapi hari pertama ni, takdelah Fendiosman terus meredah kesesakan kota. Cukup sekadar membuat tinjauan kasar untuk mengetahui apakah yang Hanoi ada sebagai 'hadiah' kepada Fendiosman.

First impression, Hanoi adalah sebuah tempat yang bersih. Tapi kawan Fendiosman kata, mungkin sebab ada sambutan 1000 tahun tu, dan bandaraya dibersihkan untuk menyambut pelancong dalam dan luar negara. Hanoi, macam zaman dulu-dulu pulak rasanya. Dengan antique architecture, colonial color, and slow rakyatnya yang sangat rileks macam takde apa-apa yang berlaku di sekeliling. Mungkin sebab Fendiosman dah terbiasa di Kuala Lumpur yang sibuk. Satu pemerhatian Fendiosman, orang sini cukup suka menggunakan hon. Tet sana tet sini, pon sana pon sini. Tapi, pemandu kat sini reti hormat pejalan kaki. Kalau kita lintas, dia akan berhenti. Di Malaysia, kalau kita lintas waktu kenderaan sedang bergerak, alamatnya memang kena maki. Kalau nasib lagi tak baik, memang kena langgar dan bersepai. Tak pun, dapat hadiah 'f**k finger' dari pemandu! Betul tak?

Hari ni, Fendiosman sekadar memerhati dari kejauhan saja. I wasn't in hurry. Inilah punca-punca kenapa Fendiosman suka melancong bersendirian. I just looooooooooooove to plan according to my own sweet time. Kalau tak, banyak hati nak kena jaga. Kang jadi pulak insiden datin-datin kena carut macam kat Jepun satu masa dulu.

Aktiviti malam? Mungkin sebab Fendiosman ni jenis dididik tak reti keluar malam, Fendiosman lebih selesa duduk di rumah. Tapi bukak la channel tv Vietnam ni. Among all rancangan, Vietnam Next Top Model menarik hati untuk ditonton. Sambil tu, googlekan juga tempat-tempat menarik di samping bertanya apa yang ada di Hanoi kepada tuan rumah. Baru la tak sesat! Kan? Dah pulak tu, kita ni menumpang rumah orang, takkan nak buat macam hotel? At least spend jugak la masa dengan tuan rumah demi mengeratkan hubungan silaturrahim.

Penat seharian, bilik yang cantik pun memanggil Fendiosman untuk beradu. Esoknya, seharian Fendiosman akan menjelajah ke seluruh bandar.

Sebelum datang ke mari, Fendiosman ada meng'google'kan tempat-tempat yang sesuai untuk dilawati. Sempatlah jugak Fendiosman membelek-belek sebelum Fendiosman tidur, dan dapatlah jugak gambaran ke manakah arah tuju langkah kaki Fendiosman seterusnya. (motip tetibe ayat Ahadiat Akashah?)

to be continued..........

No comments: