Isnin, pagi2 aku naik komuter datang opis. Hari ni tak merempit pasal petangnye aku nak ke JB. JB lagi? Haha..kali ni bukan UTM, tapi kali ni ke Kem Majidee untuk pemilihan Pegawai Kadet kelas 2006 fasa II. My journey started at 1400 hrs, naik komuter ke KLSentral (thanks Lt Kdr Hardy sebab hantar gue ke BTS). Check in kat Sentral, kali ni aku terbang GCC, mrasa la lepak kat Golden Lounge. Apa pun sakitnye ati aku bila kamera aku buat hal..dah banyak la sangat gambar aku snap dari KLSentral tetibe je kamera bengong tu buat perangai lama dia balik. Abis sume gambo ilang. Macam tu la jadinya kat Bomba ngan OBS dulu, gambar2 pose maut lenyap begitu saja tanpa dapat dikesan. Ada hikmah kot? Kalau macam kat bomba dulu, aku pose dalam kokpit heli (puas tanya soalan maut dekat pilot tu, at last dia bagi pose dalam kokpit). Dalam hati tu ada perasaan kerek, Tuhan nak balas dia bagi cash on the spot. Takpe la, dah takde rezeki. 

Hmm...ni je la keje aku, ngambik gambo...takde keje lain dah. Well, about 40 minutes later sampai la ke JB tapi time nak landing tu Masya Allah macam nak mati dah aku rasa. Ujan lebat, circle 2-3 kali kat situ. Turbulance teruk, tak nampak tanah..aku mengucap panjang. Touchdown, amek beg kat carousel, terus naik cab ke hotel. Kali ni Mutiara JB. Not bad, cuma tak happening macam kat Puteri Pac. Rehat2 kejap, layan Desperate Housewives Season 2 kat Singapore nye channel. Laju sehhh kat sana, sini kat Mesia tak kuar pun lagik.
Early Tuesday morning, pickup datang amek kat Hotel. Ahaks, sah2 bellboy tu ingat aku askar, untuk tak nak orang salah sangka, aku terangkan keadaan sebenar. Hmm, sampai kat Majidee terus ke Dewan Kem Majidee. Thanks for the ride. Takde la aku kene tahan kat depan guard tu. Kalau tak terpaksa la buat muka kerek tayang BAT C8.
Macam2 ragam jugak kali ni. Untuk prelim round 2 ni, calon2 walk in yang ke MINDEF hari tu dipanggil. Dalam 200 orang. Aku mula la buat keje aku menengok result SPM budak2 ni. Satu satu...sabar! sabar! Ni antara petikan dialog aku dengan budak2 nak masuk kadet ni
Aku : Knape kamu nak masuk ATMA
Budak X : Nak jadi askar ada degree
Aku : Kamu rasa kamu cukup best ke nak jadik askar?
Budak X : Saya layak tuan!
Aku: Nak apply kursus apa?
Budak X: Electrical engineering...saya nak letak semua pilihan electrical, boleh ke tuan?
Aku : (soalan killer) Kamu rasa kamu pandai ke yang nak jadi engineer ni?
Budak X : Sekurang2nya saya mencuba tuan.
Aku : Dik, banyak lagi cabang engineering yang ada kat ATMA ni. Letak la kursus lain sekali. Koman-koman kalau tak layak untuk Electrical, masih ada peluang untuk engineering lain.
Fuh..takpe la. Lantak korang nak jadi apa pun. Pada aku ada banyak sebab orang nak join ATMA ni, satu, pasal memang nak jadi tentera. Dua, pasal free tak bayar apa2. Tiga, pasal parents susah, nak kurangkan beban keluarga (bagus la kalau pikir camni). Empat, dapat gaji! Sempat jugak aku snap2 suasana kat dewan tu. Dengan parents, dengan kadet. Ex-Putera (RMC) dah mula berafting ramai2 dengan tie hijau belang2 diorang tu. 
Isk..teringat keasabiyyahan sidang2 kat INTAN tu. Keje aku sampai tengahari je. Lunch kat Mess dengan Tim Pemilihan ATMA dari CTK C MINDEF, pastu pickup hantar ke Senai, yang bestnye driver ni 1st time datang JB. Time nak hantar aku tu ok la, aku tunjuk jalan. Sampai ke kat Senai, dia tanya aku "Tuan, kang saya nak balik ikut jalan mana?" Oh tuhan, terpaksa la aku explain smula jalan2 yang dia kene ikut nak ke Majidee. Cheewaahhh...macam aku orang JB la pulak!
Kat airport, macam biasa snap2 gambo lagik. Ragam orang, hmm..gambo kat atas sekali tu aku amek kat airport la, instrumen ghazal. Aku ni suka sangat ghazal nih. Tak tau apsal tapi bila nak tido je, aku akan layan sampai aku tak sedar dah. Sesuai sangat nak dijadikan ubat tido. Haha. Time to board the plane. Nothing much sangat kali ni pasal aku tido je, penat sangat kot. Tah hape la yang penatnye aku pun tak tau. Sampai KLIA ujan lebat lagik. Terus amek limo direct ke umah. Ujan sepanjang perjalanan. Fuh..selesai part kali ni, hari Sabtu pagi terbang ke JB semula untuk selesaikan urusan borang OMR budak2 ni. Nak bahagi jurusan lagi, kali ni panjang sikit kot! 5 hari duduk JB. Bila nak balik kampung ni? Oii...balik la..balik....mlm tadi dah kene lecture ngan mami dedi, pasalnye tak reti balik kg. Huhuhu...

3 comments:
lamanya aku tak jumpa hang tariq ....
apa cerita gamaknya ....
Banyaknye naik flight! Hehehe sukenye dia snappy² pix dalam flight. Heheh sama la kite. Heheeh... senang² visit lah
http://www.lealaurielle.com
http://lealaurielle.blogdrive.com
nah?
LL
salam kenal. saja nak nyibuk kat dalam blog kau ni..... naik pening kepala tengok pic dalam flight, macam aku plak yg duduk kat dalam tu sekali... huggghhhhh...
Post a Comment