Monday, October 13, 2008

BELASUNGKAWA - Al Fatihah buat Allahyarhamah Monaliza Hamzah

Terasa bagaikan semalam berjumpa dengan MONALIZA di PPUKM. Tapi siapa sangka, lambaian beliau kepada Fendiosman tempohari adalah lambaian terakhir yang akan Fendiosman kenang buat selama-lamanya. Petang 13 Oktober 2008 bersamaan 13 Syawal pada jam 6, MONALIZA pergi setelah dijemput oleh Yang Maha Pencipta. Tapi Fendiosman tak rasa terkilan sebab hari Khamis yang lalu Fendiosman sempat pergi melawat beliau, sempat berbicara, sempat bergurau senda, sempat memohon maaf, sempat memberikan semangat tapi DIA lebih sayangkan MONALIZA, setelah beberapa bulan menderita dengan penyakit kanser.

Petang Isnin, lebih kurang jam 2, SueTokBibah hantar sms memberitahu yang keadaan MONALIZA sudah kritikal dan beliau tidak sedarkan diri. Lantas jari jemari Fendiosman mendail mana-mana nombor yang perlu untuk disebarkan. CKBakar menelefon dengan teresak-esak, tak boleh berkata-kata gara-gara terlalu sebak dan sukar mempercayai keadaan yang telah berlaku kepada MONALIZA.

Dengan seberapa segera, Fendiosman mengajak beberapa rakan untuk terus ke PPUKM menziarahi beliau. Dalam hati, Fendiosman berdoa supaya dipermudahkan urusan, dan diberikan yang terbaik buat beliau. Kami terus melangkah masuk ke wad yang dikunjungi beberapa hari lalu. Terkedu, terkesima, terpaku melihat keadaan yang sedang berlaku. Tanpa sebarang perkataan yang mampu diucapkan, Fendiosman terus mendapatkan suami beliau yang berlinangan air mata. Hiba! Sayu! Hanya senyuman tawar yang mampu diberikan.

Di atas katil, dada MONALIZA berombak kencang, menghadapi detik-detik terakhir. Rakan taulan dan saudara-mara masing-masing membaca Yaasin, semoga diberikan penyudah yang terbaik buat beliau. Tapi Fendiosman tak sanggup nak melihat semua yang berlaku, terus beredar keluar dari wad, sambil menantikan sahabat yang datang bersama menghabiskan bacaan Yaasin.

Selesai urusan, terus kami melangkah keluar dari wad untuk pulang ke pejabat. Namun, setelah beberapa ketika di pejabat, sekali lagi SueTokBibah menghantar sms. Hanya tiga perkataan;

"Mona dah takde"

Innalillahiwainnailaihiroojiun.

Walaubagaimanapun, macam yang Fendiosman sebutkan awal tadi, Fendiosman tidak terkilan sebab dah berjumpa dengan beliau pada Khamis yang lalu. Hanya iringan doa dan Al-Fatihah sahaja yang Fendiosman mampu kirimkan buat sahabat yang telah pergi menemui Yang Maha Pencipta.

Untuk MONALIZA, semoga tenang di sisi Yang Maha Esa, semoga damai di alam abadi.

AL-FATIHAH; MONALIZA HAMZAH (1977-2008)

33 comments:

♥ a i z a ♥ said...

walaupun aku tidak mengenali arwah dengan rapat sekadar tahu beliau adalah sahabat 2/2004, aku tetap merasa sedih dan sebak dengan pemergiannya.. tp Allah lebih sayangkan die.. tidak sanggup melihat die menanggung lagi derita.. berlinang airmata aku baca entry ko ni tariq (dah aku ni mmg drama queen/ratu airmata)..
semoga keluarga arwah akan tabah menghadapi ketentuan Allah..
dan semoga roh beliau akan ditempatkan bersama roh2 orang beriman..
Al-Fatihah

perantau.tt said...

Innalillah wainna ilaihi rojiun..

sorang2 pergi meninggal kita.. Ya Allah tabahkan hati keluarga arwah menerima ujian Mu ini...

Kematian yang terbaik adalah kematian yang datangnya sakit sebelumnya.. maka masa diberikan untuk kita bermaafan dan bertaubat...

my batchmate pun meinggal bulan puasa yang lepas.. kali ni batchmate ko pulak yer..

sabar la fendi.. peringatan buat kita yang sering luper..

emmm... music background blog ko ni leh tukar kot?

swit@kon said...

sebak. i'm touched. i'm glad for you that u visited her last thursday. semoga rohnya di tempatkan di kalangan yang dirahmatiNya. Al-Fatihah.

phachat said...

Ditto, Aiza. Aku pun tak mampu nak komen panjang. Life is so fragile....


Alfatihah.

The Undertaker said...

Alfatihah buat arwah...tersentak jugak di hati bila dapat sms semalam.... mmg dah plan ngan hadi nak pi melawat die semalam, tapi tak sempat.... apa2 pun takziah buat family arwah...semoga ditempatkan di kalangan org2 beriman...

Kawan2 sekalian , eloklah kita halalkan sahaja apa2 yang mungkin terhutang or whatever perasaan kita kpd arwah....Semuga beliau aman dan damai di sana.

A.Y.U.N.I.E said...

Alfatihah buat arwah...
yang pasti memang tak dapat nak dirungkaikan dengan kata-kata...

petang semalam walaupun lambat tapi sempat gak aku sampai..tunggu sampai jenazah arwah bergerak ke batu pahat..

semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..
Aminnn...

Adi Osman said...

SAUDARA / SAUDARI

DariNya kita datang, kepadaNya kita kembali.

Takde kata yang mampu diucapkan, hanya doa saja yang boleh dikirimkan buat Allahyarhamah

Zamil Afiq Zulkifli said...

Innalillahi wainna ilaihi rojiun..
takziah buat keluarga allahyarhamah.. semoga beliau dicucuri rahmat oleh yang maha Esa.

u.g.l.y.d.u.c.k.l.i.n.g said...

aku sedih.
tak mampu nak reka ayat nak menerangkan perasaan sebak.
tak sanggup nak tengok gambar2 mona,especially masa kat wad tu..and tak sanggup nak dengar lagu kat blog kau sekarang ni.
tak mampu jugak nak mengenang peristiwa2 yang ada mona di dalamnya.
sesungguhnya aku tak kuat..and aku tabik pada kawan2 yang berada di samping mona pada nafas terakhirnya dan mengiringi jenazah ke batu pahat.
AKU TAK KUAT.
tapi aku iringkan ALFATIHAH untuk allahyarhamah..semoga Allah mencucuri ke atas rohnya dan menempatkan beliau di kalangan orang2 yang beriman.
innalillahi wainna ilaihi rajiuun..

cacah said...

Al-Fatihah.
sebak jugak bila baca entri ni. Sedangkan aku tak kenal pun dia.

Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat.

HaNiE said...

Innalillahi wainna ilaihi rojiun..

Al-Fatihah untuk Mona...

afzan said...

Al - Fatihah untuk arwah...

Sedih aku baca entry ko nih tariq..tambah plak ngan backgroung music nih ..hadus....aku pon leh linang2 air mata nih....

Shah said...

Innalillah... Sedih baca. Tapi ini menjadi satu pengajaran buat diri - sakit & ajal tak mengira tua atau muda. Sapa2 pun boleh pergi dgn tiba2 cuma bezanya samada kita dah bersedia nak menghadapi saat tu...

xtopak said...

bila tgk gambar2 arwah.. teringat kenangan dpa dulu. terngiang-ngiang suara dia. tu semua kenangan terindah..

semoga arwah ditempatkan bersama-sama org yg beriman.

Gidong said...

Nak menangis baca entri ni ... huhu

Anonymous said...

Salam, saya kawan arwah masa first degree dulu di pusat persediaan pelajar Uitm, shah alam. Arwah memang baik, pendiam dan tak kedekut ilmu orangnya.

Semalam sempat tengok arwah tapi tak sempat nak pegang dia, tak sempat nak bagitau dia saya ada kat situ. Masa tengok beliau dah siap di kapankan sebak sangat rasa hati ni, one of our friend said, moon kalu tido cam gitu la,sama.

Dah sampai masa arwah, kita ni tak tau lagi bila. Marilah sesama doakan arwah di tempatkan dikalangan orang yang beriman.AMIN~

wahaza extra said...

Al-Fatihah...

orangrawa said...

alfatihah dan moga rohnya dicucuri rahmat!

Eija @ Purple28 said...

aL-FATIHAH

ikandugong said...

I'm might be new to this Blog..but this really touched my heart, allahyarham was in the same batch with me when we were in USM-STAR matriculation, and I was shocked when when I learnt about her death from a friend, and prompt me to google her name ( as I try not to believe it ), and I find this blog which proved I'm wrong! that was her after seeing your posted photos of her... !! Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya, thanks for the nice piece of writing .....

wfaiziah said...

Salam..
saya mengenali arwah waktu matrix USM di STAR dan juga di USM Penang.Sekelas dengan saya. Terkejut, sedih , hiba dengan berita kematiannya. Terasa ingin tahu detail ttg penyakitnya. Apakan daya..waktu arwah terlantar kesakitan saya tidak tahu..apapun mdahan rohnya ditempatkan bersama para solihin...mudahan keluarganya tabah..amin..

Adi Osman said...

SAUDARA SAUDARI

ucapan takziah ini insya allah akan diperpanjangkan kepada pihak keluarga Allahyarhamah.

untuk yang baru mengunjung laman ni, ya...berita yang ditulis ni sememangnya benar.

sekali lagi, hanya iringan doa yang mampu mengiringi roh beliau di alam yang abadi.

bagi yang tidak mengetahui penyakit yang dialami, boleh rujuk kepada posting terdahulu bertarikh 9.10.2008.

kin hashim said...

baru dapat tahu berita ni ari nih...terkejut, beliau adalah kawan saya masa matrik dulu...alfatihah..

shazali said...

Al-Fatihah utk Allahyarhamah!

DaripadaNya kita dijadikan, kepadaNya kita kan dijemput pulang..

MOLY said...

Al-Fatihah ..
Semoga arwah ditempatkan bersama golongan yang beriman

tuan umah said...

salam semua kwn yg mengenali mona

saya juga one of her fren masa ppp,itm tu,sama2 ambik deg marketing n she's really kind la..baik sesgt plus best student masa tu.really sad this new,terbyg2 suara dia yg comel tuh.tp,saya ingin tau jika kak mona ada anak ke tidak sb tuan punya umh ada sebut suami.siapa suaminya ya?saya dh lama lost contact

adifaizal said...

al fatihah...

kismis_emas said...

salam. terima kasih en. fendi krn menulis entry ini. saya berkawan baik dgn arwah masa matrik star. kami satu dorm & satu kelas. sentiasa bersama ke mana2. matrik usm pun kami masih bersama, arwah mohon ditukarkan ke kelas tutorial saya sbb di kelasnya hanya dia sorg perempuan, yg lain lelaki (pembahagian kelas ikut nama, kelas asal arwah penuh dgn mohd.) arwah selalu lepak di bilik saya walaupun tinggal di desasiswa yg lain. bila masuk 1st year degree kami terpisah, saya kekal di main campus usm, arwah ke kampus caw. perak. masa tu handphone baru diperkenalkan, maka takde cara nak contact melainkan berjumpa. kemudian saya dpt tau arwah sambung belajar di uitm pulak, terus lost contact. kali terakhir kami berhubung masa arwah baru jadi ptd, itu pun melalui email. arwah cerita psl kerjanya, camana dia masuk ke kpg2 kat johor nak cerita hal keselamatan negara pd org2 kpg, camana dia buat pengagihan wang ihsan utk mangsa banjir di johor. lps drp tu terus terputus hubungan. saya dapat tau arwah kawin pun melalui kawannya di batu pahat. cuma saya terkilan sgt2 sbb tak dpt jumpa arwah semasa hayatnya. terkilan sbb tak tau pun arwah sakit, tak tau arwah ada di hukm. kalaulah saya tau... tapi cuma mampu menghadiahkan doa...

@xiM said...

AL-FATIHAH...

faeznur_hamzah said...

Assalammualaikum...
Saya, Nurul Faezah Hamzah, adik kepada allahyarhamah Monaliza Hamzah mewakili ibu saya, Hajah Salmah Yaacob, ingin mengucapkan terima kasih di atas ucapan takziah dan doa yang diberikan oleh kenalan-kenalan kakak saya yang lebih mesra dengan pangilan Kak Ngah di kalangan keluarga terdekat. Sungguh kami tidak menyangka akan kehilangan Kak Ngah pada usia yang terlalu muda - sekejapan cuma Allah pinjamkan Kak Ngah kepada kami, belum puas rasanya bermanja dengannya. Kehilangan dua orang yang amat-amat kami sayangi dalam jarak masa kurang setahun (ayahanda kami, Haji Hamzah Md. Seh menyahut panggilan Ilahi pada November 2007) merupakan satu ujian yang amat berat untuk kami sekeluarga tapi apakan daya, dunia ini pinjam-pinjaman cuma. Suatu hari nanti, kita semua juga akan kembali ke 'kampung halaman' kita yang sejati. Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon ampun dan maaf bagi pihak Kak Ngah sekiranya sepanjang perkenalan kalian ada hati yang terguris dan perasaan yang tercalar oleh kata-kata atau perbuatan Kak Ngah. Makan minumnya harap dihalalkan dunia akhirat. Dan, sekiranya Kak Ngah ada berhutang dalam bentuk wang ringgit, silalah berhubung dengan saya di: faeznur_hamzah@yahoo.com.
Semasa pemergian ayahanda kami, saya dan Kak Ngah yang mengiringinya...Kak Ngah berbisik ke telinganya..."Bak, Bak pergi dulu...nanti orang jumpa Bak lagi..." Hasrat Kak Ngah telah Allah kabulkan...Kak Ngah, kami relakan pemergianmu kerana kami percaya Kak Ngah akan lebih bahagia di sana, insya Allah. Sekali lagi, terima kasih semua. Alfatihah...

Angah said...

Aku dapat berita masa dalam perjalanan ke Kuantan.

Kenangan dengan arwah terus replay dalam kepala.

Satu jabatan, satu rumah, satu sidang, satu kumpulan...

Al-fatihah...

Joanna Abdul said...

Inna lillah.. Alfatihah untuk arwah, yang saya kenali sebagai Kak Mon.. Sama-sama belajar di PPP Uitm, dan seterusnya di UiTM shah alam. Tapi selepas graduation terus lost contact.. Tak sangka.. Tak pernah terfikir yang dier sakit... ;-(

Ucapan takziah kepada keluarga arwah.. Tabahkan hati dan semangat untuk terus hidup, dan sentiasalah sedekahkan al-fatihah, semoga rohnya dicucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang-orang yang soleh dan beriman... Amin.... Ya rabbal'alamin..

Anonymous said...

ARi tu saya dah post my comment, tuan umah tak kuarkan....

Saya ni salah seorang staff nurse yang ditugaskan menjaga arwah..

Arwah seorang yang comel, manja dan tak pernah nak complaint apa-apa sepanjang arwah berada di wad onkologi sejak bulan mei 2008.

Saya teringat masa saat akhir sebelum arwah menjadi tenat.. lebih kurang pada jam 11.30 pagi, 13 okt 2008, saya dan 2 orang staff nurse telah bergegas ke katil arwah kerana arwah mengadu sesak nafas.

Arwah tidak dapat bercakap atau berkata-kata kerana sesak nafas. namun arwah masih boleh memahami apa yang kami katakan. apa yang kami arahkan pun dia lakukan.

Salah seorang staff nurse bertanyakan pada arwah untuk menghubungi keluarganya.. arwah memberikan hp nya. Kawan saya tanya pada arwah... suami... arwah mengangguk kuat dan banyak kali... sememangnya suami arwah seorang yang baik dan setia menjaga arwah. Untung arwah mendapat suami yang baik sebegini..

kemudian staff nurse kata, panggilan tidak dijawap, lalu kawan saya bertanya lagi... adik... arwah diam dan tidak memberi respon... kawan saya terus dail dan dapat bercakap dgn adik.. mungkin adik arwah... kemudian, mak.. arwah mengeleng kepala... mungkin arwah tidak mahu merisaukan maknya.. namun saya difahamkan mak arwah juga kawan saya dail dan dapat bercakap...

masalahnya suami arwah.... masih tidak dapat dihubungi... jadinya kawan saya menghantar sms aje menggunakan hp arwah... lebih kurang beberapa minit, ada panggilan telefon masuk... katanya staff arwah dari putrajaya... terus kawan saya minta mereka datang segera...

suami arwah telah menelofon wad.... dan beliau dimaklumkan keadaan arwah ketika itu...

setelah ramai kawan dan suami arwah sampai kami ke kaunter dan menyambung tugas... kawan arwah mulamembca surah Yaasin... pada jam 3 ptg, saya habis tugas dan pada keesokan hari nya, saya terkejut bila diberitahu bahawa arwah sudah tiada dan pergi pada jam 6 petng.

Semungguhnya Allah maha penyayang. Allah lebih menyayangi arwah. Sama-samalah kita sedekahkan Al Fatihah kepada arwah...

Kami di wad onko hukm, berdoa agar roh arwah ditempatkan bersama orang-orang yang berimam dan dikasihi Allah.

Kepada suami arwah, tabahkan hati kuatkan semangat, kami tahu bagaimana susahnya saudara menjaga arwah. Saudara menjaga dengan penuh kasih sayang. Kami memuji saudara yang tidak penat dan jemu menjaga serta melayani kerenah arwah.... Arwah pun sangat bangga mendapat suami yang baik seperti saudara.....