Wednesday, October 29, 2008

Away From The Office

Adapun tatkala Fendiosman membuat posting ini, dah masuk hari ke-2 Fendiosman tak masuk ke pejabat. Mana Fendiosman pergi? Haaaaaa.....sekali lagi Fendiosman menjejakkan kaki ke daerah asing yang Fendiosman kunjungi beberapa minggu lalu. Kalau hari tu Fendiosman skodeng hotel, tapi kali ni menjadi urusetia kursus yang dianjurkan. Macam siri-siri yang telah diadakan sebelum ni di JB (February) dan KT (May), kali ni kursus ni menebarkan sayap ke daerah asing di Negeri Di Bawah Bayu.

Ya, acara mengheret beg bagaikan trolley dolly telahpun bermula pada hari Ahad yang lalu, dan akan berterusan sehingga penghujung November. Cumanya minggu depan saja terpaksa merehatkan diri untuk menyelesaikan appointment pakar di HKL. Ala...kisah nak tengok ginjal yang terlalu berasid urik itu.

Kadang-kadang terdengar jugak cakap-cakap orang, seronok jenjalan ni! Hakikatnya memang ada keseronokan, tapi dah kalau dah hari-hari melantak makanan hotel, huuuuu...Tuhan saja yang tau apa yang terselindung di balik keseronokan tu.

Berbalik pada cerita kursus ni, peserta ada yang datang dari Tanah Besar Semenanjung, ada yang dari Sarawak dan ada yang dari Sabah. Kisah datang ke Sabah ni, macam biasa la kan, ada yang pertama kali menjejakkan kaki ke mari, lebih menarik, ada yang kali pertama naik kapal terbang (MOTIF buat S.P kat sini). Tapi yang paling Fendiosman rasa nak tergelak, selesai pendaftaran kursus, sementara menantikan waktu kelas bermula di malam hari, destinasi tujuan Hahahaa...tidak lain tidak bukan, pergi tawaf pasar yang menjual barang-barang kemas tu. Tak cukup satu hari, hari kedua setelah selesai kursus di sebelah petang, sementara menantikan kelas waktu malam, kali kedua mereka tawaf pasar tu. Hari ni, mungkin kali ketiga. Hahahha......sangat menghiburkan hati sebenarnya. (wahhh..mengumpat katanya! hampun kawan-kawan)

Hmmm..kali ni takde la Fendiosman nak merayau2, sebab Fendiosman menantikan hujung minggu yang mendatang untuk berjalan bersama-sama rakan yang turut terbang dari Semenanjung untuk berlibur bersama-sama di hujung minggu. Heh....KK? Ada apa di KK? Balik-balik Fendiosman ke KK! Hanya Johari yang mengenal Maniam.

Ate....udah le tu! Sebenarnya saje je mengarut tatkala kekeringan idea ni. Bagi cukup kuota posting sebulan. Heh.....nanti Fendiosman postkan aktiviti-aktiviti melaha dan melahu di KK sewaktu ujung minggu. Till then, Bayen Duiiiii


10 comments:

swit@kon said...

syiok lah. bejalan sokmo. nak g MOH muleh ka?
hahaha

phachat said...

sape yg ko SP tak penah naik kapal terbang tuh???

Melahu melaha, melahu melaha lah jugak... Yg asek ke pasar barang kemas (kemaskah kau?) sana tapi seutas barang kemas pon bonda tak pernah dapat???

Adi Osman said...

SWIT@KON

sebenarnya takde la semua orang dapat heret beg sana sini macam Fendiosman. Ada yang tak keluar2 langsung. tengok tempat la....


PHACHAT

ada la sorang sahabat Fendiosman yang pertama kali jejak kaki berjumpa pramugarai ittewwww.....

adapun Fendiosman langsung tak jejakkan kali lagi pergi pasar itteewwwwww

@xiM said...

hamboih...ke KK lagi nampak gayanya..

sakan hang berjalan nooo....


awat tak hangkut ceq skali..

phachat said...

wei, gambarq apa pullek ko dgn baju be-bek MAWI tuh?

takpe, kat epot pon ade barang kemas, kan? ahem....

Wanpetunjuk said...

Salam bang....besh gak ek...asyik jejalan jeak...walaupun biznes trip...at least...hehehe...kejap timur, utara, selatan....seberang laut pung.....

Abg apa kabor skrg??? dan mata???...dah sihat...tengok gambar mata kena plaster putih...semoga ceria selalu!!!

Zach said...

fendiosman berjalan lagi.. memang best jejalan ni kan fendiosman.. tapi travelnya hanya tuhan yg tahu.. macam zach pi florida last april.. mak oiii.. flight more than 24 hours.. transit kat incheon, korea and atlanta lagi.. brapa kali nak lalu security.. mujurlah separa VIP,so kuranglah soal jawabnya.. kalo tak, faham2 ajalah nak masuk US kan..bukan tarik beg lagi.. tapi dah macam tarik kargo dah punya bawak barang.. tapi dok 2 minggu kira berbaloi la.. tapi tu ler time nak balik m'sia, bercintanya nak naik flight.. travel sesorang plak tu.. mati kutu dibuatnya coz takdak org nak bersembang.. kawan dgn uncle2 korean and minah2 salleh la jawabnya..so tahun ni nak pi course yang dekat2lah pulak.. apa2 pun fendiosman, selamat berkursus sambil berholiday.. take care. have a good one. cheers!! -zach-

Adi Osman said...

AXIMUD

buleh amek cuti ka?
haaaa...minggu depan kami nak pi kuantan lak...

nak ikut?


PHACHAT

hehehe..tu kan gambo waktu aku bergelar sang pelakon bernama LOGOS tatkala berkampung di INTAN dulu?

barang kemas kat epot mahal laaaaa


ADIKKU DAYAT

mata dah ok! dah cantik seperti dulu dah.....

penat tawwww heret beg ni! walaupun seronot sebab dapat lari dari opis! lalalalala.....


ZACH

kalau sensorang memang sangap!
makanya kena la pasang network kat sekitar destinasi tujuan!

tu la faedahnye kalau berblog ni!
kenal sana sini!

Zamil Afiq Zulkifli said...

heret beg kehulur ke hilir..
syoknye dpt jenjalan..

Naz said...

Tetiba aku rasa rindu giler kat KK dan member2 yang aku kenal masa kursus kat Beverly tu....
Wargh!! Rindu sioot!