Sunday, November 02, 2008

Kisah Dari Kota Kinabalu.....

Adapun sebagaimana yang para pembaca ketahui, sepanjang minggu lepas aksi mengheret beg Fendiosman sekali lagi telah membawa Fendiosman ke Kota Kinabalu. Tapi, Fendiosman takkan ceritakan kisah ke tempat2 biasa yang dikunjungi seperti Pasar Kraf, Bukit Bendera, Tanjung Aru dan tempat2 yang telah dilaporkan dalam pengkisahan sebelum ini.

Apa yang menarik hati Fendiosman mengenai Kota Kinabalu ini adalah kedudukan geografinya yang berada di tepi laut yang menjadikan keadaannya cukup indah terutamanya tatkala menikmati pemandangan apabila sang suria melabuhkan tirainya (motif tetibe berbunga2 bahasa?). Ya, sewaktu menikmati makan malam di Anjung Samudera (alaaa..yang depan Warisan tuuuu), suasananya sangat mendamaikan (Nota : Fendiosman dalam mode musafir, boleh solat diskaun).



Pada kunjungan kali ni juga, Fendiosman berpeluang untuk ke Pasar Besar Kota Kinabalu bagi mendapatkan hasil laut segar untuk dibawa pulang ke Semenanjung.


Seawal jam 6 pagi, dengan bantuan Abang Sama, Fendiosman jejakkan juga kaki ke pasar basah. Tujuannya hanya satu, untuk membeli ikan dan udang yang dikirim oleh Fahmiosman. Murah, dan segar. Dan yang paling menarik hati, ada jugak ikan yang sukar didapati di Semenanjung boleh diperolehi di pasar ini. Ala....ikan yang macam burung parrot kaler biru tu. Apa nama tahhhh......

Enough about pasar. Well, BKI (murid-murid sekelian, BKI tu adalah IATA code untuk Kota Kinabalu - waaaahhhh.....crewkah? Well....ada orang kata aku crew! Ye ke? Sape ek?) mengalami cuaca yang tidak menentu sepanjang minggu lepas. Pesawat yang aku naik terpaksa berada dalam holding position due to heavy rain. Cukup untuk meloyakan Fendiosman gara-gara dilambung angin.

Tapi...pada hari terakhir kunjungan, sempat juga Fendiosman bersama seorang sahabat dari 334 clan, Sang Semut menjejakkan kaki ke Pulau Manukan yang terletak kira-kira 20 minit perjalanan dengan menaiki bot dari Jesselton Point. Manukan je...Mamutik, Sulug dan Pulau Sapi tidak sempat untuk dikunjungi gara-gara waktu yang terhad kerana jadual penerbangan di sebelah petang (tapi tetap jugak delay kannnn? due to late inbound plane katanya!).

For those yang teringin nak pergi, trip ke Manukan ni menelan belanja tak sampai 50 ringgit. 13 ringgit untuk bot, 6 ringgit untuk service charge, 10 ringgit untuk sewa snorkeling gear, 10 ringgit untuk life jacket (untuk spesis tapak sulaiman, aku sewa gak.....bukan sebab tak reti berenang, tapi takut kaki krem macam kat swimming pool INTAN dulu. Kang ada plak menesia kena buat CPR kat aku. Mampukah?), 6 ringgit untuk bayaran masuk ke Taman. Bot boleh didapati di Jesselton Point, ataupun di Sutera Harbor. Banyak bot, tunggu je kat situ, mesti ada orang yang turut sama hendak ke pulau-pulau tersebut.

Sejenak di Manukan, acara dimulakan dengan jungle trekking di laluan yang telah disediakan. Destinasi? Sunset Point. Kalau waktu sunset, memang la cantik. Tapi dah pegi awal pagi, nak set amendenye? Dengan kira-kira 1.5KM dari jeti, perjalanan mengambil masa 30 minit untuk naik turun bukit ke tempat tu. Cantik! Menenangkan! Gambar-gambar yang sempat dirakamkan cukup untuk menggambarkan keindahan persekitarannya tu.

The Jetty @ Jesselton Point.
The journey to Manukan.
Mamutik Island, cenonet je pulau ni. Tapi raaaaamai orang.
The jetty on the island


The entrance

The sandy bitch......motif? Kau reti mengeja tak?

Some of the fotogedik mode......


Sulug Island

Sunset Point, we were greeted by a gigantic monitor lizard upon arrival.

1500M, journey to Sunset Point.


Cam-whoring mode. Heippp....whoring? Apakah?



Trek untuk ke Sunset Point. Naik bukit turun bukit. Mengah la jugak dibuatnya!

Antara penghuni pulau....bunga yang cantik!


The other side of the island. Pantai berbatu!
Ikan bawal kot? Nampak macam yaaa

Acara snorkeling tak dirakamkan. Takkan la nak masukkan henset dalam air kot? Aku tak mampu lagi nak beli kamera masuk air macam Sang Semut. Huhuhu....takde tujuan. Fendiosman bukanlah sejenis hidupan laut! Hahahaha....tapi, secara keseluruhannya Manukan adalah destinasi yang menarik dan mampu dikunjungi. Cumanya ada segelintir orang (or shall I say mangkuk hayun bengap) yang suka mengotorkan kawasan sekeliling. Plastik Chikedees la, botol mineral laaa. Ish....sometimes I just don't understand kenapa orang tak reti-reti. Fendiosman pun ada bawak sampah, tapi Fendiosman letak dalam poket! Jumpa tong sampah baru buang.

After about half a day at Manukan, time to go. We went back to the hotel, freshen up, packing, and check-out. Ye lah, crew katakan, kena amek masa untuk siap. Trolley bag lagi, garment carrier lagi, dokumen2 lagi.....(sapa ye Phachat?). Tapi, seminggu lamanya di BKI ni, rindu sangat kat Semenanjung. Laaaaagi la Fendiosman memikirkan, adakah benar hasrat hati untuk membawa diri ke sini? Apa yang ada? Walaupun masih di Malaysia, tapi untuk Fendiosman....masih terlalu banyak untuk difikirkan.

Kadang-kadang kita rasa suka kepada sesuatu, tapi yang kita suka tu la kita kena lepaskan. Kadang-kadang kita rasa ada sesuatu, tapi sebenarnya sesuatu tu langsung tidak wujud buat kita. Kadang-kadang kita rasa boleh berjumpa dengan sesuatu yang menyenangkan, tapi yang menyenangkan tu sebenarnya amat menyedihkan. Kadang-kadang kita ada rasa sesuatu yang menunggu, tapi yang kita sangkakan menunggu tu langsung tak menjelma. Renung-renungkan......

9 comments:

azanov said...

aku pun tak faham, knapa ko cdg nak mbawa diri ke sabah, maybe idea yg bagus, ada org yang berjaya, tapi dapat ke apa yg kita cari, bebas ke kita dari apa yg kita lari..
aku pun penah ada idea ala2 gini, tp tuhan lebih mengetahui, mungkin aku lebih sesuai di sini, byk benda berharga yg mungkin kita akan tinggalkan nanti, kite je yg belum sedar kot. (but this is subjectif, every individual is diff kan..)
=)

syita114 said...

memandangkan dah seminggu ko kat BKI nun..buat2la cukup2la ke sana ek...jgn nak menjeleskan makhluk2 lain..aku pun nak g sana...uwahhhhhhhh...

Adi Osman said...

AZANOV

cadangan je. belum masuk pembentangan dalam jemaah kabinet lagik!

kalau kabinet tak luluskan, aku tak pegi la....

apa pun kena istikharah jugak dulu. mintak petunjuk dari DIA.


SYITOT

bukan korang hanimun dulu kat sana ke?

Rush Murad said...

memang meriah trip ke KK kali ni kan? kaaaannnnn??? kaaannnn??? bila kita nak pi KK sesama nih???

Adi Osman said...

BANG SHIDI

sangat meriah katanya!
tapi berjalan2 tetaaaaaaaaaaaappp sensorang.

maklumlah...orang sibuk dengan kawan2. kita ni datang tak diundang. adatlah....orang menumpang!

phachat said...

Er, motif mengambil gambar2 bernuansakan (boleh guna ke ayat nih?)konsep bimbo-bambino ni kenapa?? Ko rasa ko PRAM terlampaukah? *ooppss...

Gambar bunga yg cantek tu bukankah namanya bunga jenjarum? Kalu jaman2 kecit dulu suka cabut, sebut dia nya pangkal. Merasalah jadik kupu2 kejap.... Hahaha....

p/s: word verification aku kena tulis adalah tetis! Sib baek tak t*st*s!!!

Adi Osman said...

PHACHAT

bunga jenjarum aku kenal. bunga tu bunga apa tah....daun dia lain daripada daun pokok jenjarum yang biasa ditemui di taman-taman bunga mahupun di pagar-pagar sekolah.

ko sebut ke ko sedut?
sebut apa tah? kau mandrem pangkal bunga ittewww? apakah?

konsep gambar ala bimbo bambino ni bertujuan untuk membuktikan bahawa walaupun tanpa jurugambar rasmi, aku masih tetap menggunakan mode fotogedik yang biasa aku amalkan.

hahahaha...

nanti la aku buat outdoor shoot....boleh aku letak kat sini!
kameraman dah ada...

nak cari lokasi dan masa yang sesuai sajor...

Vann said...

Saya suka petikan ini dari yang lain

"Kadang-kadang kita rasa suka kepada sesuatu, tapi yang kita suka tu la kita kena lepaskan. Kadang-kadang kita rasa ada sesuatu, tapi sebenarnya sesuatu tu langsung tidak wujud buat kita. Kadang-kadang kita rasa boleh berjumpa dengan sesuatu yang menyenangkan, tapi yang menyenangkan tu sebenarnya amat menyedihkan. Kadang-kadang kita ada rasa sesuatu yang menunggu, tapi yang kita sangkakan menunggu tu langsung tak menjelma. Renung-renungkan...... "

Nuisanc3 said...

ape ni antar kitorang sampai beverly je.. patut panjangkan lagi kursus tu bawak kitorang sekali gi trip manukan sume... hahaha

anyway, thx for the course, i had a great time in KK. :)